Followers

Thursday, March 12, 2009

Najib...semua BOLEH...!!

Oleh: Tok Janggut

Perak kini dilanda krisis perlembagaan yang amat meruncing. Berbagai pihak memberi idea dan cadangan bahawa hanya satu cara saja untuk menyelamatkan krisis dan pergolakan politik ini iaitu dengan cara membubarkan Dewan Undangan negeri dan biar rakyat Perak sendiri menentukan siapakha yang mereka mahu untuk menjadi pemerintah dan kerajaan mereka.

Namun semua yang mempunyai kuasa melakukan pembubaran ini hanya pekak badak dan suka melihat rakyat bergaduh sesame sendiri, benci membenci, maki memaki sedangkan mereka ini seronok duduk dalam singgahsana dengan serba kemewahan dan kekayaan yang dihisap dari hasil milik Negara dan rakyat.

Mengapa sehingga kini Sultan Perak yang dianggap punya peranaan untuk meredakan ataupun untuk menghentikan segala polemik yang sedang berlaku di Perak ini tidak menggunakan kuasa baginda untuk membubarkan DUN? Malahan hasrat Dato Nizar bersama pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengadap baginda pun tidak dilayan, hanya pemimpin UMNO saja terutamanya Najib saja yang boleh mengadap baginda. Apa benda yang dijanjikan oleh Najib kepada baginda sekiranya baginda akur dengan kehendak Najib supaya tidak membubarkan DUN? Wang berjuta atau projek berbilion?

Kini jawapan semakin terserlah bahawa Najib kini menggunakan hakim-hakim atau mahkamah agar mengikut skrip telunjuk beliau demi menjaga nama beliau dan istana. Perintah injuksi mahkamah terhadap Speaker bahawa sidang DUN tidak boleh diadakan adalah merupakan jawapan yang pertama. Mana ada mahkamah boleh mengahalang Speaker untuk mengadakan sidang DUN atau Parlimen? UMNO bukan saja melanggar undang-undang bahkan polis juga turut diseretnya untuk memijak undang-undang jadi mana lojiknya mereka memaksa rakyat supaya mematuhi undang-undang?

Kini rakyat sudah dapat membaca apakah keputusan hakim dalam perbicaraan saman oleh Dato Nizar terhadap kerajaan haram jadah BN Perak dan saman Speaker terhadap tiga ekor lembu melompat yang sudah menghantar surat letak jawatan tapi dibela oleh UMNO itu.

Najib tahu, jika Sultan membubarkan DUN, nama baginda akan tercemar, nama Najib dan UMNO akan menjadi kutukan dan cacian rakyat, jalan yang terbaik ialah menggunakan kuasa dengan memastikan hakim yang terpilih akan membuat keputusan yang memihak kepada Najib dan kerajaan Haram Jadah BN Perak. Dengan cara ini walaupun menipu, maka rakyat dan Pakatan Rakyat tidak akan dapat bercakap atau membantah apa-apa lagi.

Perkara sebegini bukan pelik lagi di Malaysia. Najib punya kuasa yang amat besar sehinggakan dua orang polis yang dituduh membunuh Altantuya pun boleh menutup muka dan hakim tak boleh buat apa-apa. Perkara sebegini telah berlaku dalam perbicaraan DSAI dulu. Pesoalanya, benarkah kedua-dua itu Sirul dan Azilah? Atau kambing hitam yang dibawa pesalah dadah atau pembunuh lain yang diambil menggantikan kedua-dua polis tadi sebagai mengaburi mata rakyat sedangkan kedua-duanya yang sebenar entah ada dimana sedang berseronok atau bersembunyi diluar Negara dengan upahan wang berjuta. Tapi itulah Najib dengan kuasanya yang tiada siapa berani mencabar atau membantah.

Jika istana, polis, mahkamah dan SPRM serta SPR sudah ducucuk hidung dan mengikut telunjuk Najib dan UMNO, kemanakah lagi untuk rakyat mengadu, akhirnya rakyat akan bangkit sendiri memberontak kerana ada undang-undang pun hanya untuk kepentingan UMNO dan sekutunya sahaja.

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=3401

2 comments:

Anonymous said...

salam semua,
tuanku berhak membubarkan dun. jika tuanku berbuat demikian akan terlepaslah pemilihan kerajaan kepada rakyat jelata. selepas itu tuanku boleh tidur lena.

yoblan.

akira® said...

SALAM...
Sekiranya tuanku sultan masih sayangkan rakyat dan negeri Perak, hanya pembubaran dun dapat menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku. Rakyat akan menentukan semula pemimpin yang mereka mahu dan mungkin tidak ada pertikaian selepas itu. Semuanya dapat diselesaikan dengan hanya sekali tuanku bertitah.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil