Followers

Sunday, April 05, 2009

Black Operation@Bukit Gantang (bhg 2)

Cadangan Bantuan bagi Persediaan Pilihanraya Dun Bukit Gantang.

Bantuan Membaiki Perumahan.

Kumpulan Khas Pemantauan/pelaporan persediaan/aktiviti setiap satu cawangan di dalam Parlimen.


Sebab Perlaksanaan Bantuan Membaiki Rumah perlu di jalankan.

Perlasanaan boleh dilakukan di atas ticket Bank Smpanan Nasional sebagai Agensi Kerajaan yang menjalankan “ Mandated Roles “ sebagai aktiviti Sosial Rakyat yang di salurkan oleh kerajaan melalui Dana Prokhas Sdn Bhd di bawah kementerian kewangan. Arahan Mandated Roles adalah dirujuk.

Aktiviti tersebut telah di jalankan oleh BSN mulai seawal Feb 2008 boleh digunakan secara terus bagi menyalurkan bantuan terhadap komitmen intitusi ini membantu merelisasikan visi kerjaan dengan mensasarkan 30 buah rumah bagi ke 3 Dun sebagai bantuan kepada persediaan pilihan raya.

Perlaksanaan ini perlu mematuhi Garis Panduan yang diberikan oleh Prokhas sdn bhd mengikut compliance yang ditetapkan dengan tanpa gagal, merangkumi semua bangsa, sasaran penerima yang tepat betul, penjanaan ekonomi kepada tukang kampung, perniaga perniaga hardware (kaum cina ), pemantauan hasil dan kualiti yang tinggi termasuk ketelusan perlaksanaan mantap yang memberi kepuasan dan kegembiraan kepada penerima secara tidak lansung membuktikan keperihatinan kerajaan menjalankan program yang bermutu lantaran akan memberi kesan mendalam terhadap sokongan kepada kerajaan yang mampu menperngaruhi keputusan pilihanraya.

Perlaksanaan.

Mumpunyai 15 pasukan tukang kampung untuk perlaksanaan.

Kumpulan Khas Pemantauan/pelaporan persediaan/aktiviti setiap satu cawangan di dalam Parlimen.

Focus kumpulan ini adalah kepada BANTUAN persediaan bilik Gerakan seluruh Parlimen terhadap 5 aspek utama sebagai Finding pelapuran untuk tindakan sokongan.

Pendaftaran Pilihan Raya.

Pendaftaran ini perlu di pastikan mempunyai 4 copy bagi tujuan bantuan dari Cawangan angkat untuk membantu kelicinan memastikan pengundi cawangan.

Polling Agent.

Pengurusan Persediaan Polling agent dengan memastikan petukaran/penggantian orang sewaktu proses pengiraan pembuangan undi sabagai memastikan tiada ketirisan undian

Perayu Undi

Memastikan aktiviti perayu undi di jalankan di setiap Cawangan dengan betul dan menyeluruh bermula dari sekarang sehingga pilihanraya tanpa putus.

Kumpulan 10

Memastikan kumpulan ini menjalankan tanggung jawab seperti yang dikehendaki bagi seluruh kawasan sebagai memastikan jumlah pengundi keluar mengundi di tahap yang maksimum termasuk warga emas.

Kenderaan

Memastikan persediaan kumpulan kenderaan memberi Perkhidmatan yang optimum kepada pengundi pengundi yang di pastikan oleh kumpulan 10 dan perayu undi.

Sehubungan itu bagi cadangan ini ianya memerlukan perbelanjaan bagi menampung kos bahan api dan sebagainya bagi individu individu kumpulan tersebut yang terdiri dari bukan orang orang yang mempunyai Jawatan di dalam Bahagian yang boleh di kenali sebagai kumpulan NGO yang akan memantau dan memberikan pelapuran secara telus terhadap kelemahan kelemahan di setiap Cawangan secara terus sehinggan hari mengundi.

Kekuatan kumpulan mempunyai seramai 30 orang yang telah bersedia.

-PerakExpress.com
komen

No comments:

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil