Followers

Sunday, April 05, 2009

Black Operation@Bukit Gantang (bhg 3)

P59 BUKIT GANTANG

NAMA CALUN : ISMAIL SAFIAN

WAKIL CALUN: USTAZ JAMA'I

PENCADANG : EN.KAMALULAILL

PENYOKONG: CIKGU SEE

PEGAWAI KHAS: ROSLI RAFAE

BENDAHARI KHAS: MOHD SULAIMAN

SMS/INFO: KETUA PUTERI

BAJET PERINGKAT AWAL

Bajet Jentera Bahagian 60,000.00

Bajet Pemuda/Puteri/Wanita 70,000.00

Bajet Bilik Gerakan Cawangan 106 + Bilik Berakan Sampingan 140,000.00

Bajet Komponen 60,000.00

Bajet khas 'cash inhand' Calun 100,00.00 430,000.00

Database SMS/Digital Info 160,000.00

Comando team Risik/Info/Counter attack 50,000.00

Blogger Counter 30,000.00 240,000.00

Transport 4wd/Lori 50,000.00

PASystem & Canopy 60,000.00

Poster/TShirt,Badge/Belon/Billboard (Selain dari HQ/BPerhubungan) 100,000.00 210,000.00



JUMLAH 880,000.00



Permasalahan: Sehingga Tarikh 16 Mac 2009,INSYAALLAH PULIH


  1. Calun tidak ada modal
  2. Calun tidak tahu kedudukan Bajet sebenar.
  3. Bajet yang diberikan kpd Bahagian di simpan untuk kegunaan pengangkutan semasa pilihanraya.
  4. Bajet dari negeri nampaknya belum turun dan calun tidak tahu langsung jumlahnya.
  5. Jentera Bahagian tidak tunjuk komitmen dan sering bertelagah.
  6. Jelas jentera Bahagian sangat tidak berpengalaman.
  7. Bahagian bergantung kpd Calun untuk membuat semua keputusan.
  8. Calun tidak mendapat sokongan padu serta bantuan peribadi dari kalangan pimpinan Bahagian,masing-masing cuba cari kepentingan peribadi.
  9. Calun memerlukan Kepakaran Jentera khusus dari Badan Perhubungan Negeri atau

    HQ bagi membantu penyelarasan Bilik Gerakan Utama.

  1. Calun memerlukan maklum balas dari kumpulan komando bebas dalam mendapat info terkini untuk serangan balas.
  2. Calun sangat memerlukan sistem sms dalam menjejaki pengundi,info,bahan counter attack.
  3. Calun memerlukan jentera yang berpengalaman dalam menangkis serangan lawan selain ceramah-ceramah biasa.
  4. Kebanyakan Penyokong(pekerja) Calun tidak mendapat kerjasama Bahagian.
  5. Jentera Bahagian hanya dapat membantu dari segi ceramah/taklimat buat masa ini.
  6. Penyokong Cina amat 'keras' perlu bantuan pimpinan pusat i.e MCA,Gerakan
  7. Penyokong India boleh digembeling dengan 'bantuan' dan janji-janji
  8. Calun memerlukan jentera yang agak kuat dan ramai dalam memerangi parti lawan khusus kerjasama Badan Perhubungan Negeri.

-PerakExpress.com

komen

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil