Followers

Tuesday, May 26, 2009

BN berkempen di Penanti..?? gian ke beb..ahaks

http://perakexpress.com/www/wp-content/uploads/2009/05/dsc00159.jpg

Gambar ni korang tengok pelik ke tidak...??mesti tak pelikkan biasalah suasana pilihanraya kecil..mesti bendera2 parti akan berkibar di merata2 kawasan yang bertanding..tapi di PRK mana yang BN ada bertanding sekarang ni..?? heran jugak...gambar ni ummi ambik dari PerakExpress..

Malam tadi aku dapat tau…Umno juga sudah berkempen. Umno juga berceramah. Macam mana mereka dapat permit untuk berceramah sedangkan mereka tidak bertanding? Macam mana mereka boleh dibenarkan mengibarkan bendera kalau mereka tidak bertanding?..Pasal apa Umno nak sebok di Penanti kalau mereka tak bertanding? Mungkin menyesal pasal tak masuk bertanding?

Di Bukit Gantang…bendera PKR diperintahkan turun kerana yang bertanding ialah Pas. tapi di Penanti…bendera Umno bukan sahaja bebas berkibar..malah mereka juga boleh berceramah!! Bagi orang Penanti…Umno telah melakukan kesalahan…tapi bagi orang Perak…ia sudah menjadi kebiasaan. Kalau Umno melanggar undang-undang..bukan luar biasa.

Bukan takat gantung bendera dan berceramah…di Perak, Umno boleh heret Speaker dan merampas DUN, boleh tangkap orang pakai baju hitam dan hari ini menangkap orang berpuasa. Apa yang Umno tak buat? Kesalahan bagi kita…sudah jadi kebiasaan pada Umno.

baca seterusnya kat sini...cerita pasai Mak Minah pun ada..tapi kat banner2 calon bebas ni digelar sebagai Kak Min...manja la kononnya..ummi tak berapa nak seronok tulis pasal PRK Penanti ni..sebab seteru handalan tak ada..so tak berapa best sangat...hehehe

wallahualam..

http://perakexpress.com/www/wp-content/uploads/2009/05/dsc00156.jpg

7 comments:

Prof. Era Pasca said...

ish3... cantik blog... hijou sakan... :)

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

ni namanya pesta hijau...

teringat pulak lagu zainal Abidin..'ku lihat hijau..'lalala..

ponco hijau said...

ummi jangan jadi pembawa fitnah, gambar tu bukan di penanti jadi takpayah lah meraih dosa kering,siasat dulu setiap isu jangan terlalu gelojoh terus mengiyakannya. kalau macam ni mentaliti awak susahlah negara nak maju,, kalau nak berpolitik tak semestinya berbohong atau mengelirukan orang.

abgBro said...

kepala bapak SPR dan polis raja di msia yg bg permit ceramah kt umno!!

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam sam see

teman bukan macam berita hairan..utusan meloya atau tv3 suku..sumber yang ummi dapat dari yang sahih..kerana org yg ambik gambar tu ada kat Penanti sekarang ini..

so fikir2kan la..

PAPA GOMO said...

SALAM UMMI, PERGH CUN LAH WARNA HIJAU NI....
SEDAP JE MATA NI MEMANDANG...
HE HE HE

APA CERITA HUSSAM LARI BERDEBAT DENGAN EZAM???
KASI CERITA SIKIT...

AMINAH RONGGENG AZMIN TONGGENG http://www.gomounited.com/2009/05/aminah-ronggeng-kata-azmin-tonggeng.html

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam gomo

sah gomo tak baca artikel terbaru ummi..nak tau gak komen gomo pasal apa zahid tak sanggup nak berdepan dengan husam..

sapa lari dari sapa ni..??hehehe

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil