Followers

Thursday, May 28, 2009

tragedi bangunan runtuh di Petaling Jaya

PETALING JAYA: Bahagian lama bangunan empat tingkat Pasaraya Jaya di Seksyen 14 di sini runtuh pada jam 4.50 petang tadi, mengakibatkan seorang pekerja binaan maut manakala enam lagi tertimbus.

Pasukan penyelamat kini bertungkus lumus mencari mangsa yang tertimbus dan sehingga jam 7 petang tadi mereka menemui satu mayat mangsa.

Kira-kira 30 pekerja binaan sedang bertugas meroboh bangunan terbabit apabila ia tiba-tiba runtuh di luar kawalan.

ANGGOTA polis berkawal berhampiran tapak bangunan Pasaraya Jaya di Seksyen 14, Petaling Jaya, yang runtuh di luar kawalan ketika sedang dirobohkan petang tadi, mengakibatkan seorang pekerja binaan maut dan enam lagi tertimbus.

KEADAAN runtuhan bangunan bekas Pasaraya Jaya ketika usaha mencari dan menyelamat mangsa dijalankan malam ini.

Anggota Bomba dan Penyelamat giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa runtuhan, malam ini



Seorang daripada enam pekerja yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan empat tingkat bekas Pasaraya Jaya di Seksyen 14 di sini cuba dihubungi majikannya menerusi telefon bimbit miliknya.

Berita Harian Online difahamkan, anggota Bomba dan Penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mangsa berpandukan maklumat yang disampaikan.

Pasukan penyelamat cuba mengesan mangsa dengan menggunakan bantuan anjing pengesan dan kelengkapan berteknologi tinggi.

sumber BH

6 comments:

Tok Pawi said...

Ini mesti angkara BN bangunan ni runtuh!

Pyanhabib said...

bangunan pun tahu runtuh sebbelum diruntuhkan, ha!

Malaysian-2Day said...

tok pawi, hang ni bodoh la.

EQUILIBRIUM said...

hehehhe teringat jaman belajar dulu...rajin gak pi jaya tu.

malay2day...you ni bengap le huhuhu

Anonymous said...

eh tok pawi..bangunan tu runtuh sebab dah memang uzur..
apakah benda lah kau ni bodoh sangat mengaitkan bn, n politik sume.. ketara sangat kau ni bodoh!!!!!!!
mcm mana lah org melayu mcm korang ni nak maju.,..
nasib saya bukan org ,melayu..
huhu

Anonymous said...

nasib baik kedai2 kat sana semua dah pindah dan tutup dgn pagar biru tu, cuma buruh indon je mampos

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil