Followers

Wednesday, May 27, 2009

Zahid takut dengan Husam ke..takut soalan dari Prof Agus...??

malam tadi rancangan Hujah sepatutnya dihadiri oleh Zahid Hamidi dan Husam Musa..tapi apakan daya oleh kerana 'keuzuran' Zahid Hamidi..(katakutan yang amat sangat telah menybabkan 'keuzuran' Zahid) maka Husam pun menarik diri kerana tak ada teman untuk berhujah..maka yang muncul adalah si Mat Kotak...

maka berhujahlah Mat Kotak sorang2 tanpa pihak lawan...tahniah kat Mat Kotak sebab misi dia masuk UMNO pasai nak benteras rasuah katanya..semoga cita2 Mat Kotak ni terlaksana..apa katanya UMNO telus sebab menubuhkan SPRM..?? citt porrahhh..

maka hari ini terpekik terlolonglah puak2 di sinun mengatakan 'tak jantan'nya Husam..ghope-ghopenya yang disangka 'jantan' itulah 'pondan'..tittle 'pondan' ni YB Hutan Melintang yang bagi semasa BN merampas Perak Februari lepas...banyaklah stori morinya mengenai si 'pondan'Bagan Datoh ni..lain kali kita cerita..

mari kita dengar penjelasan Husam Musa mengenai ketidakhadiran beliau di Program Hujah D9 malam tadi..lepas ni nak dengar jugak penjelasan dari Zahid pulak..apa kata dia ye...?

Malam tadi saya dijadualkan berdebat dengan Naib Presiden UMNO yang juga seorang menteri kanan kabinet Malaysia: Datuk Zahid Hamidi. Persoalan sekitar rasuah dan korupsi yang sangat relevan dengan ancaman negara masa kini.

Iklan mengenainya telah disiarkan berhari-hari oleh TV9 dan juga TV3. Saya telah menyatakan persetujuan saya menyertai debat ini selepas pegawai saya mengesahkan dengan pihak pengajur, Datuk Zahid confirm datang. Zahid, tegas saya, bukan orang lain.

Isu sepenting ini, jika kita serius, hendaklah dibincangkan dengan penyertaan pihak yang berautoriti, samada dalam parti mahu pun kerajaan. Itu sebab saya mensyaratkan tokoh seperti Datuk Zahid atau orang yang sepadan dengan beliau.

Jadualnya, 26 Mei, malam. 25 Mei, malam, TV3 mula menyiarkan iklan saya berdebat dengan Sdr Ezam, tanpa persetujuan saya terlebih dahulu. Pada hemat saya, penganjur langsung tidak profesional dan Datuk Zahid langsung tidak bertanggungjawab. Kalau Datuk Zahid menggantikan seseorang seperti Setiausaha Politik beliau, cukup untuk menunjukkan rasa hormat terhadap tanggungjawab beliau kepada masyarakat umum sebagai Menteri Kabinet.

Jika Zahid tak berkelapangan di saat akhir selepas berhari-hari iklan tersiar, saya mencadangkan kepada pengajur, ia diadakan pada tarikh lain Datuk Zahid berkelapangan.

Tengah hari semalam, saya telah meminta pegawai saya menyerahkan dengan serahan tangan satu surat meminta Datuk Zahid mengotakan janji beliau dan dapat hadhir seperti yang diiklankan.

Mengikut pembantu di pejabat Datuk Zahid, bos mereka ke luar negara! Saya rasa tak menasabah. Sebab itu, selepas sah Datuk Zahid tidak hadhir ketika program hampir dimulakan malam tadi, saya telah menalipon sendiri beliau. Datuk Zahid ada di Malaysia!

Saya meminta Datuk Zahid menetapkan satu tarikh baru bagi debat kami. Penganjur boleh menghubungi Datuk Zahid semula. Sebulan tak ada kosong, tiga emapat bulan lagi tidak menjadi masalah kepada saya.

Janganlah iklan berdegar-degar, tetapi tidak siapa ingin mengambil tanggungjawab dari gagalnya debat pada malam tadi. Tidak Zahid, tidak juga TV9?

Saya sudah berada di Sri Pentas malam tadi. Zahid tidak muncul.

Saya kesal, tapi saya bersedia menunggu untuk tarikh yang baru.
lorr..gitu ghopenya cerita dia ye...uisshhh..malunya teman jadi warga Bagan Datoh yang berwakil rakyatkan si 'pondan' macam ni...ishh..ngape le mike ni memalukan orang Bagan Datoh..teman dah berkobar2 duduk depan t.b malam tadi..alih2 keluar pulak Mat Kotak..hilang langsung selera teman nak ngadap kotak t.b teman...nyampah nebgok muka si Mat Kotak tu..

tapi teman rasa bukan Zahid takut dengan Husam aje... yang paling dia takut adalah soalan2 maut dari Prof Agus ni..hahaha..macam si Mat kotak malam tadi terkantoi dengan hal kotak2 nya..banyak pulak cengkadak kau mengalihkan kotak tu pada si Anuar pulak..

soalan cepumas dari Prof Agus

dr agus : ni sebenarnya sudah lama saya nanti-nantikan untuk tanya. mana perginya 6 kotak rasuah politik yang saudara katakan tu…?!!..

ezam: emmmm… huhuhu…. (terkantoi kat situ beb…)

kalau teman pun teman memang ternanti2 nak tanya soalan tu jugak..hehehe hambek ko Mat Kotak..

3 comments:

INFO said...

JADUAL CERAMAH PRK PENANTI


28 Mei 2009 (Khamis)
CERAMAH
Masa : 9:00 Malam
Tempat : Homestay Mengkuang Titi
Penceramah :
- YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
- YB Dato' Zahrain Hashim
- YB Dato' Johari Abdul
- YB Prof. Ramasamy
- YB Datuk Paduka Husam Musa


29 Mei 2009 (Jumaat)
CERAMAH
Masa : 9:00 Malam
Tempat : Kubang Semang
Penceramah :
- YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
- YB Tian Chua
- YB Dato' Mustafa Ali
- YB Nga Kok Meng


30 Mei 2009 (Sabtu)
CERAMAH
Masa : 9:00 Malam
Tempat : Taman Guar Perahu
Penceramah :
- YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
- YAB Lim Guan Eng
- YAB Tan Sri Khalid
- YB Azmin Ali
- Sdr. Mohd Sabu

PAPA GOMO said...

SALAM UMMI, KALAU LAH SI ZAHID TU TAKUT NAK BERDEBAT DENGAN HUSSAM. PASAL APA HUSSAM DAH SAMPAI PASTU LARI BILA NAK BERDEBAT DENGAN EZAM???
HE HE HE...

TAKKAN DENGAN EZAM PUN PANGLIMA EDROGAN TAKUT?
EZAM BUAKAN ADA APA PUN, TAKDA JAWATAN DAN PANGLAT PUN. YANG HUSSAM PI LARI TU PASAL APA???
HE HE HE

HUSSAM KECUT TELOR DAH TU DENGAN EZAM

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

apa barang nak berdebat dengan si Mat Kotak tu..

sapa si ezam tu..? tuan speaker ..?ahli parlimen ..? adun..??

kalau UBN tau nak berdebat dgn org yg setaraf...PAS pun...ahak2 ezam layak angkat kotak jek..

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil