Ramai yang tanya kenapa hanya bloggers PAS saja yang dijemput..kenapa tidak dijemput sekali bloggers Pakatan Rakyat..ini jawapan yang ummi boleh beri..Oleh : albanjari
Dibawah wak sediakan map untuk sahabat2 blogger dari seluruh Perak dan negeri-negeri berdekatan yang akan hadir ke program dengan doa, jangan sesat noo !! Panduan jalan dah diberikan.Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini dalam posting [ DI SINI ] wak sediakan MAP lengkap untuk ke lokasi sebenar PROGRAM SANTAI BERSAMA BLOGGERS PAS PERAK yang akan diadakan pada 15hb. Ogos ini (Sabtu). Program Tertutup yang diadakan itu hanya untuk blogger yang memegang KEAHLIAN PAS sahaja. Aturcara bermula pada jam 3 petang hari tersebut.Program Santai ini juga turut dihadiri oleh pimpinan PAS negeri, kepada yang nak 'berkubang' di kawasan jeram selepas program ini, silakan tiada halangan ! Jumpa wak di sana !!
Bagi pihak Lujnah Penerangan PAS Negeri menjemput semua blogger PAS* untuk hadir ke pertemuan penting ini. JANGAN DI UZUR KAN !! Jemputan merujuk kepada Bloggers PAS* seperti di bawah :
- Blogger yang bekerja dan bermastautin di negeri Perak,
- Blogger yang berasal dari negeri Perak tapi bekerja di negeri lain,
- Blogger yang ada laman blog atau website sendiri,
- Ahli PAS berasal dari Perak yang mahu menjadi penulis blog.
PROGRAM SANTAI BERSAMA BLOGGERS PAS PERAK adalah program anjuran Penerangan PAS Negeri Perak..ianya adalah program dalaman PAS untuk bersuaikenal dengan para bloggers dari jemaah PAS..kita memang akan mengumpulkan semua bloggers Pakatan Rakyat nanti setelah Penerangan PAS Perak dapat mengenal pasti semua bloggers dari PAS..
Harap penjelasan ini dapat memberi gambaran sebenar program ini...harap takde sesiapa yang berkecil hati kerana telah ditetapkan dan dihadkan kepada satu parti aje... sesiapa saja boleh datang untuk sessi suai kenal dan ramah mesra tapi tang sessi taklimat ianya tertutup dan dikhususkan kepada bloggers ahli PAS saja..
diharap parti PKR dan DAP juga dapat buat program yang sama sebelum kita satukan dibawah Pakatan Rakyat..kemuncaknya kita akan gabungkan bloggers ketiga2 parti dan wujudkan satu sekreteriat dibawah Pakatan Rakyat bagi menghadapai PRU13 nanti..kita akan menjadikan bloggers sebagai jentera untuk pilihanraya..
InsyaAllah..
harap maklum..
No comments:
Post a Comment