DAP boleh hina Islam - Nik Aziz (betol ke TGNA cakap lagu tuu...? jangan nanti kena saman pulak )
seperti yang TGNA cakap..
“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.
Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.
Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.“Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang,” katanya. - Bernama
adakah gadis melayu/Islam ini tidak menghina Islam..??
adakah perlakuan melayu/Islam ini tidak menghina Islam..??
adakah pemimpin melayu/Islam ini tidak menghina Islam..?
adakah orang melayu/Islam ini tidak menghina Islam..?
adakah remaja melayu/Islam ini tidak menghina Islam..?
adakah perbuatan isteri pimpinan negara melayu /Islam ini tidak menghina Islam..?
Tidakkah apa yang kebanyakkan orang melayu/Islam sekarang buat banyak menghina Islam..kenapa kita pertikaikan bukan Islam hina Islam..sedangkan kita yang mengaku Islam tidak mempertahankan kesucian Islam itu sendiri..?
kenapa kita tidak cermin diri kita bila kita nak mengherdik orang..? di manakah kesungguhan kita mempertahankan Islam sedangkan dalam masa yang sama kita terlebih dulu telah menghina Islam..bukan setakat perkataan malahan dengan perbuatan lagi..
Bagaimana bukan Islam nak hormat Islam..sedangkan umatnya sendiri tidak menghormati ugamanya..ummi cukup rasa malu bila umat Islam sendiri tak nak menjaga maruah diri dan agamanya..
jadi salahkah mereka yang tidak tahu keindahan Islam menghina Islam.. ? keindahan Islam telah dizahirkan buruk oleh penganutnya sendiri...secara peribadi ummi memang rasa terkilan sangat kerana mereka sudah mencampuri urusan agama kita...tetapi kelantangan mereka adalah kerana kelalaian kita juga..
bagaimana kita nak mereka hormat Islam...?? senang saja..seluruh umat Islam yang mengaku dia Islam kenalah mengamal apa yang diperintah Allah dan tinggalkan yang dilarang Allah..InsyaAllah dengan sendirinya Islam itu akan dipandang mulia oleh seluruh makhluk..
Wallahua'lam..
9 comments:
terlajak kata parah akibatnya..
sesungguhnya ada orang yang mengaku islam tetapi akan masuk ke neraka terlebih dahulu berbanding orang orang kafir..dan salah satunya yang gua percaya antara org begitu adalah umat yang menolak hukum Allah bahkan menentang Allah..
hai donia sekarang... kadang2 kite tgk org melayu pun kite x tau nak ckp org tu islam.. dgn pakaian terdedah sana sini.. x kire tua muda semua sama..
Bermaana Ummi boleh terima orang bukan Islam terus menghina orang Islam.
Terima kasih Ummi. Ummi memang understanding. Ummi dan TGNA memang ngam.
kena cermin diri dulu la anon 9:45
kang nak ludah orang kena batang idung sendiri,ini adalah harga yang kita terima kerana membelakangkan huukum dan ajaran Allah..
DAP yang menghina itu dah tentu orang kafir dan tempat orang kafir di akhirat nanti di mana..??
memang mereka berhak bersuara dan berkata apa saja yg mereka suka kerana mereka diberi hak itu..
tetapi bila mereka telah mencampuri urusan bukan hak mereka(agama)..memang kita wajib merasa marah..
tetapi apa yang dikatakan oleh TGNA adalah kita yang sebagai orang Islam yang membuka ruang kepada mereka untuk menghina Islam..kerana orang Islam sendiri berlebih2 menghina agamanya dari mempertahankan kesucian agamanya..
ummi yakin TGNA juga marah dengan kelantangan mereka menghina Islam..tetapi TGNA lebih marah pada orang Islam yang terang2 menghina Islam..
wallahua'lam
betulah tu teguran harus diterima..tapi janji syurga PAS tu yang tak betul..guna aganma untuk politik..saya terus teranglah ikut lain jalan ke syurga..dari ikut jalan yang PAS buat..sebab saya kenal pemimpin PAS ditempat saya lagi teruk dari umno
kenapa anti sangat kat PKR
jangan ingat kor je islam.Pas pun banyak yang serong,tu yg tuhan tarik balik perak,berebut balak,tanya mat Comot.ummi jgn taksub dsangat.catering suk pun masuk satu nama org Pas ,smua bagi kat org umno punya catering balik.
Post a Comment