Followers

Monday, August 10, 2009

jemputan untuk semua Bloggers PAS di Perak..moh ke dusun kita..!!! (kemaskini)

Program Santai Bersama Bloggers PAS.

Jika anda seorang bloggers, dan memiliki nombor keahlian PAS, maka ANDA dijemput ke program tersebut. Program santai bersama pimpinan ini akan diadakan pada 15hb. Ogos 2009.

Program yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Negeri Perak ini akan diadakan di kawasan kebun buah-buahan Pak Khalil, Gopeng Perak.

Di maklumkan, program ini akan bermula pada jam 3 petang hari tersebut yang jatuh pada hari Sabtu.

Di antaran tujuan utama program ini dibuat adalah bagi mengumpul dan mengenal pasti bloggers-bloggers PAS yang aktif menulis terutamanya melalui blog dari Negeri Perak. Dan kemungkinan besar selepas ini, akan diwujudkan satu Sekretariat khusus bagi memantau selain mengerakkan bloggers-bloggers yang dikenalpasti boleh bersama menyampaikan misi dan visi PAS negeri kepada khalayak rakyat Perak melalui blog.

Maka dengan ini, wak menjemput semua blogger-blogger PAS dari BloggersNetwork serta dari Perakini, juga blogger-blogger PAS yang bergerak sendiri khususnya dari Perak agar dapat hadir ke Program Santai bersama Bloggers PAS ini .

InsyaAllah, beberapa program yang lebih besar akan dirancangkan selepas perjumpaan kelak. Jumpa semua di sana. Mohon dapat disebarkan jemputan ini kepada rakan-rakan dan sahabat.

Email wak - albanjari_online@yahoo.com
Tel - 012 402 6129


tempat untuk program ini seperti di blog Ajijoi..

alamatnya

Hanifa Kem
Kg Jahang,
31600 Gopeng
Tel: 017-5036758
Pak Khalil Bin Mohd Ali

6 comments:

Anonymous said...

kalu ambo nak gi jgk tak leh ko?

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

mu takde nama ke..?

Anonymous said...

salam ummi...semalam pi rehlah pas gopeng kat hanifa kem... buah2annya dah habis....

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

bior betul ...tak aci mesti ummunaufal kasi perabih ekk...

nanti mai sekali ekk..kita bagi ramai muslimat kat program bloggers ni..

k jumpa disana..

Siti Aishah Shaik Ismail said...

Ummi satu soalan yang menjadi persoalan..emm kenapa bloggers PAS je yang dijemput yer???Kenapa tak tulis Bloggers PR..???Teman tanya pasal ada yang bertanya....

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam sya..

program ni dibawah Lajnah Penerangan Negeri Perak..kiranye ni program dalaman PAS..tu sebab ditekankan hanya untuk ahli PAS..ni kira program sulung Penerangan PAS..insyaAllah selepas ini akan dibuat dibawah Pakatan Rakyat pulak..ni baru nak berjumpa untuk pertama kali..jadi kena buat step by step ler..

PKR pun leh buat program yang sama juga...bila kita dah dapat kumpul blogger2 kita baru kita gabungkan bawah PR pulak..

ni kira program suai kenal dgn sesama blogger ahli je dulu..harap penjelasan ini memuaskan..

wallahu'alam

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil