ummi suka tengok perkembangan yang begini..buat kerja dari banyak cakap...sebenarnya isu arak ni semua sudah maklum hukumnya...pada yang bukan Islam meh kita jelaskan apasal Islam tak kasi jual arak..
Hukum minum arak.....HARAM !!
Hukum jual arak...HARAM !!
Hukum buat arak...HARAM !!
Menghidangkan arak..HARAM !!
Hadiahkan arak...HARAM !!
Kerja tempat arak...HARAM !!
Makan hasil duit arak..HARAM !!
tapi larangan ini untuk orang Islam..yang bukan Islam gabra sangat apasal..ummi sarankan kalau nak jual arak khususkan satu kedai yang hanya jual arak saja..jadi senang nak pantau..agak ada orang Islam jenguk2 dalam kedai kasi halau sama dia...
harap di kawasan lain pun dah boleh dikuatkuasakan larangan ini..dan bagi pemerintah jangan la malu2 nak ikut langkah ini..jangan berdemo kata tak suka arak saja tau..tapi tak mau tolong sama pantau gejala minum arak ni..
zaman sekarang istilah jangan jaga tepi kain orang dah tak boleh pakai..kena sama2 jaga..tapi jangan sampai selak kain orang sudah..itu sudah lebeh..!!
fikir2kan..dan selamat beramal...
1 comment:
Asalammualaikum buat semua insan yang kamil.,
Saya nie..tak pandai.., nak tumpang tanya,,
Di Malaysia nie..ada kilang arak, judi dan juga yang berkaitan dengan bisnes haram di sisi Islam seperti yang disebut dalam Al-Quran(Kalam Allah) yang di Utuskan kepada Nabi Muhammad(Rasullulla h S.A.W).
Berkenaan dengan cukai yang diambil oleh kerajaan Malaysia keatas syarikat berkaitan bisnes haram nie..adakah disatukan atau dipisahkan dari segi pengagihannya kepada masyarakat Muslim dan Non-Muslim, contoh seperti pembinaan masjid dan sebagainya.
Ada sesiapa yang boleh terangkan kepada saya..
Sekian Wasalam,
Qayyim Ali
Post a Comment