Followers

Sunday, August 30, 2009

kedudukan sebenar kuil yang kontrovasi..

Memandangkan persoalan kuil Seksyen 19 yang ingin dipindahkan telah menjadi isu Nasional, saya sertakan di sini peta-peta yang menunjukkan kedudukan lokasi-lokasi yang relevan berhubung persoalan ini. Oleh yang demikian, tuan-tuan boleh menilai sendiri samada tapak cadangan di Seksyen 23 adalah wajar atau sebaliknya.



(Peta 1)

Peta pertama menunjukkan kedudukan Seksyen 19, 20, 22 dan 23 serta kedudukan kuil di Seksyen 19, tapak yang dicadangkan oleh BN di Seksyen 22 dan tapak yang dicadangkan di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa Seksyen 22 merupakan kawasan Industri berat (berwarna gelap) tanpa adanya rumah berhampiran seperti peta yang kedua. Dakwaan Seksyen 22 adalah kawasan majoriti masyarakat India adalah dakwaan palsu.



(Peta 2 )


( Peta 3 )

Peta ketiga menunjukkan ‘close-up’ Seksyen 19 dan bagaimana Kuil berkenaan dikelilingi rumah. Jarak di antara rumah terdekat dan Kuil adalah lebih kurang 20 kaki iaitu selebar jalan.


Peta keempat adalah ‘close-up’ lokasi di Seksyen 23. Harap diberi perhatian bahawa kedudukan yang dicadangkan adalah dipinggir kawasan Industri Seksyen 23. Jarak rumah terdekat ke Kuil adalah 200 meter atau 600 kaki iaitu 30 kali lebih jauh dari di Seksyen 19. Begitu juga dengan jarak dari tapak cadangan kuil ke surau. Di antara rumah dan kuil terdapat dewan orang ramai dan taman permainan kanak-kanak. Di antara Surau dan kuil adalah rumah pencawang TNB dan taman permainan kanak-kanak yang sama.


( Peta 4 )

Mungkin bagi orang-orang tertentu tiada bezanya di antara Seksyen 19 dan 23. Kedua-duanya kawasan majoriti ummat Islam. Namun harap maklum, Kuil Seksyen 19 dipindahkan BUKAN kerana Seksyen 19 merupakan kawasan majoriti ummat Islam. Ia dipindahkan kerana Kuil tersebut berada di depan rumah orang (20 kaki). Kawasan itu juga tidak mempunyai tempat parkir kereta dan ini menyebabkan kesesakan berlaku apabila pihak Kuil mengadakan upacara mereka.

Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat ‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini disebuah negara yang penuh dengan kepelbagaian kaum dan agama?


dari khalid Samad

6 comments:

hatiminda said...

khalid samad pun sama macam kelingggg!!! guna islam untuk dapat jadi wakil rakyat... dasar anak didik anwar ibrahim,,demi kuasa bulu anunya pun nak diberi..

Unknown said...

Itulah akibat terlampau cerdik sangat!!..Khalid samad ni pun jenis golongan berkepentingan...nak pengaruh politik punya pasai,sanggup guna agama Islam,..inilah Melayu Islam yang patut kita singkirkan...fahaman liberalisasi,,..malu ngaku racist konon,...walhal bangsa yng dia simpati tu lagi racist...tak percaya tanya ustazah ummiAnni ni..apa ada kt.Simpang Empat,H.Melintang Perak..gelapp...penuh ngan kaum ni...bersepah kuil depa....tunjuk lagak...polis pun depa tak takut...

Antusabun said...

Arghhh.... nape la sengalnya UMNO ni. benda2 bodoh ni pun tak reti2 nak nilai.... bangsat gila umno ni!!!!

Unknown said...

cerita pasal kuil ni teringat pm 1malaya bila pergi ke sabah tidak lama dulu sibuk dia berkata2 seronok tengok masjid dan church boleh duduk berhadapan dlm bandar tuaran(kalau tak silap). takde masalah dia kata. semua org tempatan(sabah)hidup dlm harmoni. kamu dgn agama kamu kami dgn agama kami.

tapi bila kes nak pindah kuil kat malaya takmau pulak pm 1malaya bagi nasihat heeheehee tak paham teman dgn pee em 1malaya ni

Anonymous said...

saya ni pengundi atas pagar.saya nak bagi pendapat pasal kuil ni.sebenarnya kuil di selangor berjumlah 4000 berbanding surau dan masjid hanya 2000.dah terlampau banyak,tunjuk taring dan fanatik.disebabkan apa???sebab org islam melayu yg menyokong dan mendiamkan diri.org islam melayu telah menjadi boneka dan pak turut takut kuasa hilang.saya sgt sedih dan kecewa.bila saya undi PAS,ingat dapat ketenangan ISLAM di selangor,tapi rupanya PAS tak bertaring dan hilang gigi.saya betul2 kecewa.saya pernah duduk diantara surau dan kuil.Bila diaorg buat perayaan waktu malam,org2 hindu selamba je kencing tepi2 pagar surau.langsung tidak hormat agama lain.rasa sedih RUMAH Allah diperlakukan begitu.tapi bdk2 muda islam tidak pernahlah kencing atau buang najis tepi2 kuil hindu.saya nak ingatkan saudara muslimin,masih belum terlambat untuk mencari KETENANGAN.

Anonymous said...

Salam ramadan.,ustazah,...sedih lihat orng Islam bertelagah dibulan mulia ni,...saya pun peyokong PAS,..dan telah mengundi untuk PAS, di Selangor,,...tapi sejak akhir2 ini..apa yng saya lihat..wakil rakyat PAS...bagai ikan kena tuba dan tak ubah spt. lembu tarik hidung!!!..seolah2 takut sesuatu...takut hilang pengaruhke???...lebih mengutamakan yang bukan saudara seagama!!!..insaflah!!rakyat golongan atas pagar memerhatikan ini semua!!!!..saya terkenang dizaman PAS dibawah Arwah ustaz Fadhil Noor dan Tuan Guru Yusuf Rawa......entahlah apa nak jadi!!!!...

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil