Followers

Monday, August 03, 2009

Keranamu ISA.....

1 Ogos 09.. satu lagi sejarah hitam untuk PDRM tercatit di minda rakyat...kekerasan adalah hak mutlak PDRM..keganasan adalah cara tindakan PDRM..

ummi selalu ikut berdemo sebelum2 ini..cuma sebelum ini ummi selalu terlepas adengan disembur air kimia dan gas pemedih mata..tetapi semalam sejarah bagi ummi..kerana diberi peluang menghirup asap hadiah dari FRU..selalu orang nak kasi hadiah sekali jek..kali ini FRU cukup murah hati bukan satu tapi rasanya beratus kali juga hadiah dari FRU ni..kayo botul kerajaan ye...

semasa air kimia dan gas pemedih mata disembur ummi berada di tepi pagar sungai ..ummi tengok ada yang melompat masuk ke sungai..tapi jangan korang bayangkan depa masuk dalam air..bawah tu hanya lantai simen..dan ketinggiannya memang tinggi..tu sebab ada peserta yang patah kaki terjun ke sungai..ummi dalam pedih mata sesak nafas terpikior jugak nak lompat pagar tu..tapi bila tengok kat bawah..mak aihh mau patah riuk ni..maka ummi berselindung di belakang tandas awam..ada yang dah menjerit..menangis sebab kesesakan nafas..bersama2 dengan ummi ada 4/5 orang india yang sudah berumur...dah tak larat dengan gas yang memenuhi ruang mengganti oksigen untuk orang bernafas..kami berselindung di bawah sebuah bangunan kot2 kurang sikit la kesan gas tu..tapi memang hebat penangan gas depa ni..

muka ummi dah pedih2 hangat macam kena serbuk cili..tekak perit..belakang badan sikit kena siram air kimia..mata nak bukak pedih..tapi terpaksa juga bukak nak cari tempat selamat..sampai satu tahap dah rasa nak pengsan sebab takleh nak bernafas..ikut hidung perit ..ikut mulut lagi la banyak gas tu masuk..kemudian ummi basahkan towel dengan air minirel itu saja cara untuk melegakan dan baru la boleh neturalkan kesan gas tu...padanla masa BERSIH gas depa tak bape nak power sebab masa tu ada hujan..tapi kali ini cuaca panas..kalau hujan rasanya selamat sikit la peserta demo...alhamdulillah ummi dan peserta lain dapat berlindung di dalam sebuah bangunan..maka selamat dari tesedut gas yang memeritkan..tapi bayangkan mereka yang tak dapat berlindung..

Protesters run as Police fire water cannon during an anti-Internal Security Act (ISA) demonstration in downtown Kuala Lumpur, Saturday, Aug. 1, 2009. Riot police fired tear gas in a clash with at least 10,000 opposition supporters who marched in Malaysia's main city Saturday to protest a law allowing detention without trial.

cuma ummi hairan apakah tujuan gas dan air kimia dilepaskan..? bukankah tujuannya hanya nak menyuraikan peserta..? kalaulah hanya itu tujuannya perlukah dilepaskan bertubi2 sehingga orang ramai tak sempat nak sedut oksigen..cara fru semalam macam nak mendera..sepertinya yang ramai2 tu adalah musuh yang lengkap dengan alat pertahanan dan ada alat bantuan pernafasan...dan cara fru melepaskan berdas2 gas ummi nampak dalam keadaan geram..bukan dalam keadaan menjalankan tugas..kerana pihak polis meningkatkan serangan mereka apabila semua peserta sudah mahu bersurai untuk pulang...bukankah itu yang pihak berkuasa mahukan..tapi bila dah peserta nak balik jalan ditutup..disekat..untuk apa sekatan dibuat kalau tujuanya nak halau peserta balik..pihak polis membuat sekatan macam taknak bagi peserta balik..takkan nak kasi berdemo lak..? berdemo tak kasi..balik pun tak kasi..apa polis nak ajak main polis sentri ke..?? awat tak habaq..ni mesti kes rindu zaman kekanak ni...dulu pakai pistol air aje..pastu pakai senapang pelepah pisang...la ni kat tangan senjata betul..tu yang syiok sakan nak menggodam peserta demo..cuma tak kena pada tempat..gi la main polis sentri dengan perompak..perogol..penyamun..baru la real..pingat pun berkeping2 boleh dapat..



Malaysian riot police fire tear gas at protesters during a demonstration against the Internal Security Act (ISA) in downtown Kuala Lumpur August 1, 2009. Malaysian police fired tear gas and detained about 180 people on Saturday to break up an opposition-led rally of over 5,000 people protesting against ISA, a security law that allows detention without trial.


yang ummi geram keadaan masa itu peserta semua dah lintang pukang cari tempat perlindungan kiranya barisan yang padu dan padat sudah dapat dipecahkan tapi FRU tetap juga melepaskan gas tembakan demi tembakan..berdas2 tanpa belas kasihan..perhimpunan ini adalah perhimpunan aman..peserta bertangan kosong..tak malukah PDRM yang bersenjata lengkap tetapi hanya berdepan dengan musuh yang tangan kosong..? nak gelar PDRM kita ni apa ye..?? pepandai la korang kasi nama..



memang ummi rasa bangga berada dianatar peserta2 perhimpunan Mansuh ISA ni...kerana ummi tahu betapa zalimnya akta ISA ini...ummi tahu betapa tidak relevennya akta ini..dan ummi mahu waris ummi faham apa itu ISA....ummi mahu waris ummi faham apa bezanya hukum Allah dan hukum dari ciptaan manusia..



ummi nampak bagaimana kentalnya jiwa rakyat Malaysia yang boleh bersatu tak kira bangsa untuk satu tujuan iaitu MANSUHKAN ISA...dalam Islam tiada hukuman yang sekejam itu...setiap kesalahan perlu dibuktikan..perlu dibicarakan..walaupun bukan darah daging ummi yang ditahan dengan akta ISA ini..tetapi tidak hairan satu hari nanti kerajaan akan menggunakan akta ini membabi buta untuk kepentingan mereka..masa itu mungkin salah seorang dari darah daging kita akan terperangkap dengan akta zalim ini..adakah masa itu baru kita nakbantah akta ini..di akhir zaman ini tiada yang mustahil..semuanya akan berlaku tanpa kita pinta..jadi ummi tidak mahu bersikap angkuh dengan keselesaan yang Allah beri..sekurang2nya ummi dapat rasa keperitan keluarga mangsa untuk mendapatkan sedikit keadilan dalam hidup mereka...mereka adalah insan2 yang terpilih..terpilih dengan ujian Allah yang hebat ini..bukan semua hamba Allah diberi kekuatan seperti mereka.."tidak sempurna iman seseroang itu selagi tidak diuji " dan Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kekuatannya..jadi cuba kita ukur di tahap manakah kekuatan kita..? adakah kita jenis cepat mengalah..cepat putus asa..

kesal juga pada mereka yang menyatakan perhimpunan ini satu yang sia2...menyusahkan ramai orang..membuang masa..kenapa tak cuba cara yang lebih diplomasi untuk memohon kerajaan mansuhkan ISA ini...ini adalah kata2 orang yang lemah jiwanya...dia mengukur keselesaan dirinya sama dengan orang lain...dia anggap nasib orang ni sama saja..itu kata2 orang yang bernasib baik dalam kehidupannya...Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain. Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

kalaupun kita tak mampu nak menyertai apa2 demo jangan dipandang hina akan usaha orang...kalau tak setuju pun..berilah sedikit simpati kepada mangsa2 dan keluarga meraka..mereka tidak minta dijadikan mangsa akta ini..adakah kita akan dijamin tidak akan menjadi mangsa juga satu hari nanti..?cuba ahli keluarga korang yang ditahan di bawah akta ISA ni sekarang..apakah korang masih nak berkata ayat yang sama...?kita buat contoh kak Laila..8 tahun suami diISAkan..seorang diri menjaga rumahtangga..kalau seorang janda kematian suami kita dah pasti akan ketiadaan suaminya..ini suami ada tapi tiada bersama menjaga rumahtangga..punya ayah..tapi tidak dapat bermanja dengan ayah..apa anda rasa ianya hanya ujian kecil..tohmahan dan mehnah dah tentu sentiasa bersama mereka..cuba kita bayangkan jiwa si anak..apa kata teman2nya..pasti ada ejekan yang mengguriskan hati...pada yang faham mungkin bersimpati..pada yang tidak mengerti..pasti akan menggelar sebagai anak banduan..seksaan jiwa ini sebenarnya lebih perit dari seksaan fizikal..apakah sumbangan kita untuk meringankan beban mangsa akta ini..?

cuba bayangkan..kalau pihak polis tidak melakukan sekatan..sediakan laluan yang tidak mengganggu orang awam kepada peserta untuk menyerahkan memorendum..rasanya kekecohan takkan berlaku...dan perhimpunan ini akan selesai dengan cepat dan tanpa ada yang cedera...tanpa ada yang koyak baju dan polis tak payah susah2 nak penuhkan trak.. tak perlu nak bazir gas dan air kimia..sepatutnya PDRM menjaga keamanan tetapi yang terbukti sebaliknya..PDRM dilihat sebagai perosak keamanan..tugas pihak berkuasa membenteras penjenayah..peserta demo bukan penjenayah...kejadian kelmarin pencetusnya adalah pihak yang dikatakan sebagai penjaga keamanan..kejadian kelmarin sepatutnya tidak perlu diakhiri dengan cara yang ganas begitu...rakyat ada hak bersuara dan berkumpul..nama pun Malaysia negara yang mengamalkan demokrasi..

apa guna GMI(Gerakan Mansuh ISA) ditubuhkan..saja suka2 ke..? kalau tak bersebab takkan orang buat..kenapa 1 Ogos dipilih untuk turun ke jalan..? sebab cara lembut kita mintak kepada kerajaan untuk mansuhkan depa tak endah...di parlimen isu ini dibawa tapi diperlekehkan..segala macam cara yang bersopan santun pihak GMI telah usahakan untuk tujuan yang sama tetapi dibalas dengan kata2 nista..ISA ditubuhkan untuk komunis..korang pi Kemunting check kat sana yang mana satu ahli komunis kat dalam tu..? kalau ada dan buktinya ada..kami rakyat Malaysia takkan membantah..tetapi yang ada duk dalam sana adalah mereka2 yang pro pembangkang..mereka2 yang lantang bersuara tentang kepincangan pentadbiran kerajaan..mereka2 yang menegur kesilapan2 kerajaan..apakah mereka2 ini tidak ada hak untuk membela diri..? adakah itu yang dituntut dalam Islam..? Islam menyuruh pemerintah berlaku adil terhadap rakyatnya..bukan menzalimi..kalau betul mereka2 ini bersalah buktikan dan hukumlah dengan sewajarnya..

Tuan guru Nik Aziz pernah mengigatkan pihak berkenaan bahawa tiap helai bulu ruma,setitik peluh dan air mata yang gugur atau keluar dari tubuh tahanan tanpa bicara ini, maka akan dipertanggungjawab hadapan Allah kelak. Justeru, sedikit masa dan keringat kita semasa perhimpunan itu tentunya akan dipetanggungjawab juga hadapan Allah kelak. Bukan sahaja memberi sokongan kepada kegigihan Norlela serta keluarga Dr.Abdullah,lebih jauh dari itu adalah kita bersama-sma dengan golongan yang menentang kezaliman. Dalam satu himpunan, satu langkah,satu hasrat dan satu suara rakyat Malaysia HAPUSKAN ISA !!
komen

12 comments:

Anonymous said...

kuda tunggangan

daaksaytunk said...

Tanggal 1 Ogos 2009, satu lagi sejarah hitam negara berlaku di Kuala Lumpur.

satu anugerah telah diberi dan membawa gelaran Bapa Perpecahan Melayu kepada Bang Nuar.

Moga Impianmu Bang Nuar nak jadi PM terlaksana.

Hidup Bapa Perpecahan Melayu.

Tahniah! Tahniah!

Hidup Bang Nuar! Hidup Aljuburi..ops!

ISA forever said...

Dah siapa suruh join rusuhan tu. Kerajaan dah larang, polis lagi larang. Tak pasal free kena gas pemedih mata. Baik duk kat rumah tgk tv.

Tahniah FRU kerana berjaya menyembur Lembu-Lembu tungangan ni. Satu je ayat yang sesuai disebut. PADAN MUKA..!!!

Anonymous said...

watpe tok guru tak pergi atek... tengok kena gane... cakap duk umah boleh belake..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

padan muka..? gasak la hangpa nak kata apa..

sekurang2nya ummi tahu nilai sebuah kehidupan..nilai satu perjuangan.. betapa berharganya kehidupan yang tanpa penindasan dan kezaliman..

begini rasanya jerit perih pejuang2 dulu untuk mendapatkan sebuah kemerdekaan..walaupun tak sehebat mereka mengangkat senjata dan bermandikan darah..sekurang2nya dapat menerbitkan semangat untuk perjuangkan dan pertahankan hak diri sendiri..kalaulah ditakdirkan negara ini diserang musuh..ummi tak takut untuk ke hadapan mempertahankan tanah air ummi..

ummi anggap ini sebagai sekolah untuk menaikkan semangat..orang lain ummi tak tau..kot2 korang duk depan pc dapat naikkan semangat untuk lawan musuh dalam game online..mungkin juga boleh..tapi masing2 ada cara masing2..terpulang hangpa la...

lawan tetap lawan...inilah kemanisan orang yg berjuang..

Huhu said...

ko nie memang bodoh umie

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

BODOH pada yang tak paham..

takpe anda dimaafkan..kita berbeza..!!

Anonymous said...

Tujuan saya hanya untuk melihat kita semua bersabar. Isu nak hapuskan ISA tidak memadai dengan hanya melakukan perhimpunan haram. Itu adalah dasar kerajaan yang diperakui di Parlimen. Siapalah kita sebagai rakyat biasa nak hapuskan akta itu.

Jika kau rasa akta itu zalim sangat (mungkin ramai saudara mara kau dah bermastautin di Kemunting), pemansuhan perlu dilakukan dalam parlimen. Kerajaan baru perlu ditubuhkan untuk membolehkan dibentang dalam parlimen. Nak tubuh kerajaan baru, perlu menang majoriti dalam PRU. Nak menang PRU, kena undi pada PRU akan datang.

So, korang perlu bersabar banyak dan beristighfar panjang. Ini belum masanya lagi. Kesejahteraan hidup keluarga kita dan masyarakat sekeliling perlu diutamakan.

Jika ada ISA pun, selagi kita tak berbuat sesuatu yang menyalahi undang-undang berkenaan, apa perlu kita bimbangkan hidup dalam negara Malaysia yang aman ini?

Setiap harikah pihak kuasa tangkap rakyat Malaysia di bawah ISA?
Adakah semua tangkapan ISA itu hilang begitu sahaja?
Adakah keluarga tangkapan tak dapat melawat atau menziarahi tangkapan?
Adakah majoriti rakyat Malaysia nak kan ISA itu dihapuskan?

Anonymous said...

Perlu ke aku bagi Salam Sejahtera kat anon 1:13 angkat Najis ni? Tak payah la kau susun ayat macam cantik tapi isinya busuk. Minta maaf la, aku cukup benci orang BODOH macam kau tapi berlagak macam pandai. Buang masa aku je. Kau buat la tinjauan kau sendiri. Banyak sangat soalan yang kalau aku yang jawab pun takkan habis di sini. Kau ni ada baca ke isu-isu semasa dari sumber selain Utusan, TV3 dan RTM? Kalau kau tak nak aku panggil kau BEBAL, buka lah minda kau tu sikit. Pecahkan tembok yang menghalang kau melihat lebih jauh.

setapa said...

GMI dah tunjuk majoriti mansuh ISA.Orang umno bila nak tunjuk majoriti sokong ISA.Pergi la kalau berani.Bawak ISA SAMAD sekali supaya lebih semangat lagi.

Anonymous said...

Assalamualaikum. ..

"Siapalah kita sebagai rakyat biasa nak hapuskan akta itu."...

nampaknya hang jugak tak sokong pd ISA tetapi dalam masa yg sama hang jugak tak sokong kepada perhimpunan tersebut.apakah mesej yg hang nak sampaikan kepada umum pendirian hang terhadap ISA sebenarnya ni..??Takdak method lain yg boleh diguna pakai kaa selama berpuluh tahun memerintah.. ??

Sepatutnya dari awal lagi peneraju kerajaan Malaysia perlu melihat isu ni adalah serius membabitkan organisasi politik mahupun tidak di dalam terus mengulangi berhujah isu sebegini.Pd dasarnya kita hanya melihat ianya adlah kepentingan demi kesejahteraan rakyat malaysia namun manakan mahu baby menangis jika perut dah kenyang...tentu ada penyebabnya Isu sebegini semakin meruncing dan menular ke dalam pemikiran rakyat.

Bukan dengan hanya ambil mudah kesah2 yg posting ke egroups dan blog dari penulisan mangsa2 ISA mahupun mereka yg ditinggalkan, isu ISA senang dimainkan.Sudah tentu ianya berada di dalam tahap saturation point yg mana ianya kian mendatar dan perlu juga ada coercive force yg akn mengembalikan penyalah gunaan utk kepentingan yg hanya berpihak kepada organisasi tertentu sahaja.Bukan mudah menjadi pengganas dan bukan mudah mahu jadi pendamai.

Persekitaran malaysia jelas melihatkan bahawa tiada ancaman pengganas sebagaimana di Indon..Jd apakah masih lagi mahu menggunakan ISA sebagai method utk terus menerus menahan mereka yg dicop sebagai pengganas..? ?Kita juga mengekstradisi individu yg dikatakan Pengganas ke Guantanamo dengan menghantar mereka di KLIA dan diambil pergi oleh pesawat luar dengan sekelip mata sahaja.Sedih melihat kepala ditutup serta kaki dan tangan berantai bagaikan PUAKA di dalam Botol.Boleh pula mereka hantar ke sana.Apakah ISA itu hanya di kemunting sahaja...??

ComRade

Cinta Al-Aqsa. said...

orang penakut je dok rumah tengok TV,sementara kami berjuang untuk sesuatu yang korang tak faham. Takpe,pemikiran manusia lain2..

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil