Followers

Sunday, August 02, 2009

luahan rasa bekas orang kerajaan bila ikut berdemo..

Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.
Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata; mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA. Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita. Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.
Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA. Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club; kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.
Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi. Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Seorang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib manusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.
Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam. Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Dinegara kita apa pun boleh dilakukan Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ. Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.
Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat. Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.
Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman. Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.
Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini, InsyaAllah.

komen

17 comments:

Anonymous said...

apalah punya bangang puak-puak anjing anwar..sanggup menjadi bahan perisai anwar utk di bawa ke pengadilan..wei jangan jadi bodohlah ikut perangai sial anwar tu buat malu malaysia jer!!! cilakak punya anjing dan barua anwar!!

anti anjing dan barua anwar!! juga ketuanya

Mohamadazhan hjDesa said...

cakap berani tapi tak berani letak nama. panakut puak umno ni! haha

tembak sekali gas pemesih baru dia kelupoq.hehe

Anonymous said...

pecacai2 UMNO mmg berani ckp je....cube try turun demo...sorg pun xde...semua tau cekik duit rakyat ngan kenyangkan tembolok masing2...

celaka punya UMNO...

Anonymous said...

anon anti anjing...

jadilah kamu anjing dan barua syaitan yang menyokong kezaliman...

semuga kamu tidak akan mendapat pertolongan Allah di hari akhirat... sesungguhnya.... jangan lah kamu cenderung kepada orang-orang zalim, api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

Anonymous said...

cerita direka sendiri....
sapa yg suh p demo...
baik p ibadat kat masjid ramai2..
masuk waktu x penuh pn masjid...
suh wat benda x elok p sgt...
ada pikiran tp guna kepala lutut..
bekas pegawai kerajaan tu org pas...
mmg die ckp cam tu
x halal mkn minum keluarga kalu die maki hamun majikan die yg bagi rezeki

Anonymous said...

lupekah kita Allah Maha Adil..teringat kisah benar seorg bekas fru yg kini mengalami mental..sekejap2 menangis..sekejap2 minta maaf dgn sesiape shj dia jumpe..punca kisahnye..mamat fru ni memg ganas masa dlm tugas..tambah2 lg time org2 tk brsenjata berdemonstrasi..duk balun org2 awam dgn cota..satu hari ntah cmane..takdir Allah..mamat ni ke KL utk tugas dlm satu demo besar2an..duk hayun punyer hayun cota..terpukulkan anak sendiri yg duk berdemo dlm ribuan org tu..(anaknya belajar di universiti)..anaknya cedera parah dan hampir koma..
kesan dr peristiwa itu dia mula diselubungi rasa bersalah dan tertekan..sehingga menyebabkan dia mental sehingga kini.. .tkpelah kak,biarlah mereka syok sendiri dgn muke bengis mereka,kerana mgkin mereka begitu lupa tentang kekuasaan Allah..walau mereka boleh menjwb dgn "aku just ikut arahan"..tp akur dgn penguasa yg zalim tlh meletakkan kuasa pd tgn secara zalim pd rakyat tk berdosa yg ingin menuntut haknya..Allah bayar secara cash..(selagi tidak bertaubat(nasuha))..

Anonymous said...

sok bile PR merintah sok..kite tengok umno,katak ibrahim yg tk berape menyerlah smlm(hangat2 tk kucing) berdemo ke tk hehehe..insyaAllah kerajaan PR ms tu akan bg laluan utk demo secara aman..polis bkn utk pukui dan tgkap org tp ms tu polis utk mengawal program demo..ms tu rakyat akan tau itulah demokrasi..kebebasan hak bersuara..bkn hanya ckp je "rakyat didahulukan" konon..wayang tinggi ...

Anonymous said...

teringat masa puak2 umno dikelantan buat perhimpunan HARAM.. teringat plak KJ lakukan perarakan ramai2 .. Khit toyo pun sama.. hmm.. yg tu.. anjing gak ker?? ke BI EA BI AI umno.. kee.. anjing laut.. ke bangkai yang dicacai..???

Anonymous said...

Hurmmm....kala kene gas pemedih mata ada org2 atasan anda kisah???? Kenapa nk menyalahkan org yg menjalankan tugas...adakah anda pasti semua yang ada tidak membawa apa2 senjata.....adakah anda merasakan dengan berjalan secara aman...AMAN bagi mereka yang tidak mengikuti demonstrasi tersebut??? hurmmm tolonglah bukak mata dan nyatakan biler berdemonstrasi nih lebih byk mendatangkan kejayaan ker mendatangkan kepayahan..... cuba ada rasa berSYUKUR...... x payah la nk menyalahkan sesapa...diri sendiri pun belum tentu betul...lagi satu pasti ker yg datang berpuluh ribu mengikuti perarakan ataupun mereka tuh perhati jerkkk....suka sgt ckp besar tp satu pun x berjaya lagi....

Anonymous said...

knp tk pas ti semua tk bwk senjata? check ler..nk fight dgn org tk bersenjata memg ler..tugas2 jugak..kalo mak pak sendiri dtg pukui gak ke? tugas? knp nk zalim?knp ms kj,khir toyo.puak2 umno buat himpunan haram ,perarakan tanpa permit tk bantai pun dgn cota?tk semboq ayq asid pun?..tkyah ckp pasal "tugas" le bro..yg kita duk janji pd Allah tugas kita sbg khalifah..umno laksanakan ker??hukum islam mane? rasuah ape ke jadahnyer??..jgn jd mangkaq..hehehe

Anonymous said...

jgn syok sendiri ckp "tugas" bro..jwb le dgn Allah esok..sementara di dunia ni,rakyat satu malaysia memerhatikan gelagat hangpa..jgn lupa doa rakyat teraniaya yg dinafikan haknya maqbul tanpa hijab di sisi Allah..

Anonymous said...

Tak apa le orang umngok nak kata apa tetapi yang benar akan timbul kebenaran dan yang salah akan dihukum oleh Allah.Kita cuma buat yang termampu sahaja.Orang umngok ni bagitau cerita benar pun dia kata bohong.Yang bohong dia percaya pulak.buduh(Barisan Umno Dalam Usaha Haram) betul.
Nabi dulu berperang untuk menghapuskan kezaliman.Kita belum lagi pergi perang.Baru nak buat demo dulu.Dah nampak depa perang dengan asap dan air.Kalau nak lanyak polis pun boleh tapi kita bagi depa peluang dulu.Bagi satu dunia tengok dulu perangai depa.Polis FRU ni takkan korang tak tahu asal usul mereka.Kerja mereka memang dilatih hentam orang.Nanti orang kata makan gaji buta pulak.Polis pulak memang suka bekerja.Semua kerja dia nak buat.Rasuah,backup kerajaan,siasat orang,tangkap orang,aniaya orang,gertak orang dan lagi satu dimaki orang pun dia suka.Kerja polis ni mulia tetapi dah jadi tidak mulia jika tersilap menganiaya orang.Allah tak akan kira kebaikan untuknya walaupun tersilap tetapi akan dibalas kerana doa orang yang teraniaya.

Anonymous said...

Ukays

Di Sana Menanti Di Sini Menunggu

Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk
Oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

Kalau ku pilih di sini
Apa kata di sana
Kalau ku pilih di sana
Di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya
Bahagi kasih adil-adilnya

1
Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah
Namunku ada pepatah
Yang aku gubah...

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namunku tahu dia setia

Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang ketabahanmu menawanku

( ulang dari 1 )

Ku terima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri
Dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi
Yang datang sekadar...
Untuk menguji...

hujan emas said...

Sapa suruh pegi, Polis dah bagitahu perhimpunan itu haram, menganggu orang nak berniaga,nak uruskan tugas, kalau nak protes gunakan jalan yang betul, Takkan sebagai bekasa kakitangan kerajaan pun tak tahu nak guna saluran.

Anonymous said...

saluran najis bn ada le.Tak tengok parlimen ke.Asyik tengok hiburan je.banyak saluran digunakan tapi liat sungguh orang atas hampa nak pakai.Takut tak kebal lagi.Sampai bila,hukum karma kezaliman akan dibalas kezaliman juga.Satu hari nanti tengoklah senjata akan makan tuan.InsyAllah.

Anonymous said...

dy bekas org kerajaan kan.
pasni mintak dy jgn amik duit pencen. duit pecen pun duit kerajaan gak. duit kerajaan pun duit rakyat gak kan. n kalau ade yg benci kat kerajaan, pasni x yag baya cukai semua tu. lari g dok tempat lain.

bg kes gas pemedih mata ni... pedih kan kalau kene. sakit mata, sakit tekak. cube kalau x kene, mesti x de rase pape kan. tu la yg tejadi kat anuar. sebab dy g anta memorendm naik kete.n kalau x nak kene gas tu gak, x yah la join.

korang nak tutup ISA kan. ok tutup lah, x kesah pn. tp kalau terjadi lg sekali kes mcm HINDRAF dulu, aku mintak semua yg turun sabtu aritu, turun gak tk kes HINDRAF. harap2 berani.

kes HINDRAF tu x jd pun sebab 4 pemimin diorang kene tahan masuk ISA. kalau ISA dah dibubarkan..... tah la tak tau la.

so bagi aku ISA ni ade kebaikkan dan ade gak keburukkannya.

zaman nabi dulu ade cerita tau. seorang perompak masuk syurga n seorang alim ulamak masuk neraka. jgn menilai buku melalui cover dy.

sebelum menilai org, baik kita nilai diri kita sendiri. cukup ke kita solat 5 kali sehari? khusyuk ke kita, n sedangkan guru kepada imam syafie "mazhab kita" tidak berani mengatakan yg solat beliau khusyk. kerana yg mengetahui hanya ALLAH SWT.

jgn risau kerana ALLAH SWT lebih mengetahui sesuatu perkara.

Anonymous said...

lupe lak, time demo tu , ibu bapa yg bawak anak2 kecik diorang sekali pg aku nak kata kat diorang, yg diorang antara ibu bapa yg x bertanggungjawab. ko rang dah boleh target yg bendani akan terjadi. tp korang still bawak anak2 korang. " korang BODOH"

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil