Blog kedaikopitepimasjid dengan ini mengucapkan terima kasih kepada pelayar-pelayar yang telah menyebarkan berita tentang kehilangan anak gadis En Alias. Setelah berita kehilangan gadis ini disebarkan dalam beberapa buah blog , gadis yang bernama Syera ini dengan izin Allah SWT telah berjaya ditemukan kembali kepada keluarganya. En Alias sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik anda sekalian.
Kehilangan anak gadis mereka sejak 21 Ogos yang lepas telah memberi kesan kepada mereka sekeluarga. Kini hari-hari terakhir Ramadhan akan digunakan untuk menebus kembali kerinduan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga Aidilfitri disambut dengan nada kesyukuran oleh En Alias sekeluarga.
Alhamdulillah...yang hilang telah pun pulang ke pangkuan keluarga..
seburuk2 keluarga ia adalah darah daging kita..sejahat2 keluarga merekalah tempat lahirnya kasih sayang..air dicincang takkan putus..maaf memaafkan adalah ubat yang paling mujarab untuk keutuhan silaturrahim..
Sayangi ibubapa..kasihi amanah(zuriat) anda..
hayati lirik ini
Kasih sayang
Terlalu indah untuk di kenal
Selamanya
Takkan pernah kau buang
Kasih sayang
Tiada pernah kenal usia
Tua muda
Akan menikmatinya
Terlalu indah untuk di kenal
Selamanya
Takkan pernah kau buang
Kasih sayang
Tiada pernah kenal usia
Tua muda
Akan menikmatinya
Namun jangan engkau lupa
Akan akibat masa nanti
Engkau dapat menderita
Kerana terlena rasa cinta aaa...
Kasih sayang
Terlalu pahit dan menyakitkan
Dan membuat
Remaja patah hati
Akan akibat masa nanti
Engkau dapat menderita
Kerana terlena rasa cinta aaa...
Kasih sayang
Terlalu pahit dan menyakitkan
Dan membuat
Remaja patah hati
wallahua'lam
2 comments:
salam Ummi..
sudah agak lama tak menziarah ke sini. Blog dah makin menarik dan canggih. Syabas, 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'
salam mr.kulat
terima kasih masih sudi menjengah ummi..Selamat Hari Raya juga buat mr.kulat sekeluarga...
Post a Comment