bermula dari Permatang Pauh kemudian Bukit Gantang Bloggers tak jemu2 datang membantu..walaupun tidak dilayan dan diiktiraf..tetapi sikap degil para bloggers kerana sayangkan perjuangan dan Pakatan Rakyat..maka dibuang jauh2 rasa terguris di hati tu...kerana pepatah ada menyebut kalau takut pada risiko jangan bicara tentang perjuangan..cehh wahh..
sebenarnya rungutan2 yang bloggers luahkan bukan kerana marah dan benci kepada pimpinan parti..tetapi mengharapkan perubahan minda dan pembaikpulihan sistem pengurusan parti saja..bloggers tidak duduk dalam barisan pentadbiran parti maka cadangan dan ide yang tercetus tidak tahu nak disalurkan melalui siapa dan apa..maka blog lah tempat meluahkan buah fikiran dan rasa hati..
Alhamdulillah..sekarang kita dapat melihat penerimaan pimpinan parti terhadap gerakkerja bloggers yang tujuan utamanya adalah ingin melihat PR dapat memantapkan barisan jenteranya dan dapat menawan hati rakyat Malaysia khususnya..
Maka dengan adanya PRK N31 ini.. barisan bloggers akan diuji lagi..tetapi kali ini akan melahirkan satu jentera yang maha hebat dengan gabungan bloggers dan pimpinan parti bagi menawan N31 ini..kita akan all out di Bagan Pinang..strategi sedang diatur dan dihalusi untuk melicinkan tugas semasa PRK ini..
kali ini juga kita melihat para pimpinan dan YB2 yang begitu menghargai peranan bloggers sebelum2 ini dengan rela hati memberi sumbangan berbentuk kediaman dengan segala bentuk kemudahan terutama internet dan pengangkutan semasa PRK nanti telah disediakan..para blogger mengucapkan setinggi terima kasih terhadap penyumbang2..
dengan ini bloggers dilihat sebagai barisan hadapan bagi satu angkatan perang..semboyan perang telah mula dibunyikan untuk menyusun barisan..maka para bloggers PR diseru untuk tampil ke hadapan ..
untuk keterangan lanjut..baca semboyan pertama yang telah ditiup Wak Al-banjari ini...
Oleh : albanjari
Alhamdulillah, jentera bloggers Pakatan Rakyat akan digerakkan lagi. Kali ini jentera bloggers akan berkampung di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Sesungguhnya peranan blogger-blogger di Bagan Pinang tentu lebih berbeza jika mahu diimbau semula kelibat dan peranan mereka sebelum ini terutamanya di Permatang Pasir dan Bukit Gantang mahupun Kuala Terangganu.
Melihat akan peri hebatnya tempur yang akan digalas kelak, mungkin pertempuran itu akan berakhir dengan peperangan 3 atau 4 penjuru, blogger sekali lagi diuji. Bukan hanya calon sahaja beb, kata orang lagi, ini kubu Umno, kubu tradisi, kubu yang sering punya nasib 'ong-ong' ! Lebih-lebih lagi di situ tersergam 5 kem tentera yang kukuh berdiri. Apapun, Lawan Tetap Lawan ! Biarpun harus mengalas keringat yang lencun membasah ketika bertempur. Itulah adatnya bila anak jantan berlawan, namun jangan terlalu mudah meletakkan harapan, biarpun Umno umpama 'kerusi roda', yang cacat lagi lumpuh kakinya, tetapi tidak mustahil jika mereka menang cemerlang seterusnya meninggalkan calon Pakatan Rakyat yang sihat serta gagah di marathon yang 'senget' di hujung garisan penamat.
Maka melihat dari hebatnya medan tempur ini, melalui beberapa siri perbincangan dan rundingan gelap di ruang siber, BloggersNetwork@Malaysia akan digerakkan sepenuhnya, 100 % di Bagan Pinang. Kombinasi dari 4 kumpulan blogger besar ini, disatukan dibawah 1 nama. Maka dengan itu, kumpulan blogger dari BloggersNetwork@Perak yang diketuai oleh MSK, barisan bloggers dari group Bloggers Barisan Rakyat yang dipimpin oleh Bro Zorro UnMasked, dan kumpulan Bloggers PAS Perak, yang diketuai sendiri oleh wak, albanjari, seterusnya anggota bersekutu di dalam BloggersNetwork@Malaysia sendiri akan bergabung dan digabungkan untuk turun bersama membantu calon Pakatan Rakyat meraih kemenangan seterusnya memberi 'ajar' buat Umno-BN kelak.
Begitu juga dari siri-siri perbincangan khusus, semua blogger-blogger tersebut akan dihimpunkan dibawah nama BloggersNetwork@Malaysia. Jika dilihat dari keaktifan kumpulan besar ini, Pakatan Rakyat mempunyai lebih dari 200 blogger aktif. Terima kasih wajar diberikan kepada semua pimpinan parti PR dan juga kepada Tuan Pesuruhjaya PAS Neg, Negeri Sembilan yang telah mengiktiraf tugas-tugas blogger sekarang. Begitu juga kepada Dr. Zulkefli Ahmad, YB Ravi dan banyak lagi nama-nama yang tidak dapat dituliskan di ruang yg serba terhad ini, TERIMA KASIH.
Bagi melicinkan gerak kerja bloggers di medan 'perang' ini, maka wak menyeru agar dapat disegerakan tindakan-tindakan dibawah diambil oleh bloggers Pakatan Rakyat untuk menghantar details dibawah ke kotak email albanjari, selewat-lewatnya sebelum atau pada 30hb. September 2009 bagi memudahkan pihak Seketariat BloggersNetwork@Malaysia :
a) Nama penuh atau Nama Glamer ( contoh : Aduka Taruna )
b) Nombor Kad Pengenalan
c) Nama blog berserta URL
Email wak : albanjari_online@yahoo.com
Tel : 012-4026129
(*) Bloggers Muslimah/Wanita juga turut disediakan bilik yang berasingan di blok apartment yang telah di tempah. Jangan bimbang, semua apartment yang di tempah mempunyai kemudahan sekuriti 24 jam.
Jika dilihat dari pola pengundi muda dibawah umur 49 tahun, terdapat hampir 10 ribu pengundi di N31, 78% adalah pengundi dibawah umur 39 tahun. Ada sebab figur ini wak tuliskan di sini. Dan wak akan ulas berkaitan itu pada posting yang berikutnya.

1) Mengaturkan tempat-tempat penginapan khusus untuk bloggers di N31. (sejumlah bilik apartment telah pun di tempah dan telah disediakan -besar jumlahnya di Port Dickson )...dan banyak lagi yang tidak dapat dituliskan disini. Walaubagaimanapun satu sesi PC oleh BloggersNetwork@Malaysia akan diadakan pada hari penamaan calon, 3 Oktober kelak. Maka dari itu kepada bloggers sila emailkan details yang dikehendaki oleh pihak Seketariat dalam kadar yang SEGERA !!
2) Menyediakan pas-pas Khas Media yang 'rasmi' bagi kemudahan blogger membuat liputan/berurusan dengan Pusat Gerakan Utama/Markas Induk.
3) Menyediakan 'full access' ke Pusat Media Bloggers yang dikawal 24 jam - Pusat ini dilengkapi dengan fasalitas dan kemudahan akses internet tahap 4 MB bagi mengelakkan 'kesesakan'.
4) Untuk pengkalan data bloggers - keselamatan.
5) Mengatur-selia kumpulan2 bloggers berdasarkan kepakaran masing-masing.
a) Nama penuh atau Nama Glamer ( contoh : Aduka Taruna )
b) Nombor Kad Pengenalan
c) Nama blog berserta URL
Email wak : albanjari_online@yahoo.com
Tel : 012-4026129
(*) Bloggers Muslimah/Wanita juga turut disediakan bilik yang berasingan di blok apartment yang telah di tempah. Jangan bimbang, semua apartment yang di tempah mempunyai kemudahan sekuriti 24 jam.
Jika dilihat dari pola pengundi muda dibawah umur 49 tahun, terdapat hampir 10 ribu pengundi di N31, 78% adalah pengundi dibawah umur 39 tahun. Ada sebab figur ini wak tuliskan di sini. Dan wak akan ulas berkaitan itu pada posting yang berikutnya.
(**) Wak akan mula berada di Bagan Pinang pada 29hb. September - 12hb. Oktober 2009, InsyaAllah..!! Jumpa wak di sana. Mohon kepada semua blog Pakatan Rakyat dapat memberi pautan kepada artikel ini diblog masing-masing dan menggunakan logo yang disediakan.
1 comment:
aku sokong PR tanpa ragu. Terima kasih atas usaha anda semua. Semoga aku boleh berada di hari penamaan calon 3 Okt nanti. Akan aku julang bendera kita. Akan ku teriakkan seruan takbir dan laungan reformasi.
Aku ingin bersama mencatat sejarah di saat kemenangan yang bakal menjelang.
Takbir
Post a Comment