kalau cerita di atas pentas sudah pasti di kalangan pimpinan tertinggi BN..tentang calon sebenar yang menjadi pilihan PM..tentang acara pintas memintas untuk mengumumkan calon berlaku di atas pentas ..antara Najib dan Muhyidin siapa yang tak tahu krisis antara mereka..TPM cuba memalukan sekali lagi PM 1 Malaysia..apa ceritanya ? wak Al-banjari akan singkapkan...
Nasi sudah menjadi bubur ! Itulah peribahasa yg sempurna buat Mahathir dan Najib ! Sumber yg tiba di meja bloggers pagi kelmarin, jelas menunjukkan Isa Samad bukan calon pilihan BN untuk N.31, Pn. Rohani bt. Yaakub atau dikenali dengan panggilan Kak Ani, dan itulah nama tunggal yg dihantar kepada PM oleh Umno Bahagian Teluk Kemang. Hey ! Apa sudah jadi ?
Juga dimaklumkan, pada majlis Rumah Terbuka BN yg diadakan di Port Dickson petang kelmarin, jelas menunjukkan bahawa nama Isa Samad disebut begitu tergesa-gesa oleh Muhyiddin setelah menyedari akan ketibaan Najib, dan ketika dan bilamana Najib masih di dalam mood ketibaan menghadiri majlis tersebut, Muhyiddin pula membuat kejutan ! Nampaknya Muhyiddin begitu 'licik' mencantas hasrat Najib untuk mengenepikan Isa Samad sebagai calon, dan padahnya, saranan keras dan lantang Mahathir untuk menolak Isa sebagai calon BN, jelas ditolak ! Seperti berteriak keras ke arah gunung, suara tak sampai, gunung tidak runtuh ! Itulah yg dapat disimpul bahasakan kepada Mahathir berhubung isu calon sebenar BN di Bagan Pinang.
Malah liputan yg dibuat oleh TV3 begitu hambar malam tadi, dan beritanya hanya sekali lalu tanpa ada ulasan khusus tentang calon yg diangkat itu. Sedangkan pada siri-siri PRK sebelum ini, calon BN seringnya akan dipromosikan sehebatnya dan penuh gemilang, tapi tidak kepada Isa Samad. Mengapa ? Muhyiddin dan Najib tentu ada jawabannya.
cerita di bawah pentas pulak mengenai mereka yang hadir untuk meramaikan dan memeriahkan majlis tersebut..berbas2 digunakan untuk membawa tetamu untuk majlis gilang gemilang itu..diambil dan dihantar semula dengan selamatnya ke rumah masing..
"nak ke mana kak ramai2 ni..?"
"kawan ajak datang sini..ada orang datang ambik kat rumah pastu nanti balik dianta balik..ada makan free..orang besar2 ramai yang datang..perdana menteri pun ada.."(loghat nogori)
oooohhh...tu yang ramai tu..bukan datang dengan rela hati rupanya..tapi tak kisah la..janji BN rasa hepi dgn kehadiran yang ramai..tapi janganlah sampai mengecewakan orang lain macam cite mat motor yang diupah untuk berkonvoi bermotosikal ke tempat majlis tu..
sumber cerita dari Wak Al-Banjari ni memang menjadi iktibar..kalau dah bapaknya kaki rasuah..tak hairan anak2 buahnya akan ikut jejak langkahnya..bak kata pepatah "bapak kencing berdiri..anak pulak kencing berlari.."
Kira-kira jam 7 malam kelmarin, satu lagi kejutan diburaikan. Kebetulan ketika sedang menikmati makan malam di sebuah kedai kopi, keseronokan menikmati roti canai PD diganggu oleh riuhnya sekumpulan anak-anak muda yg ditubuhnya tersalut baju baru berwarna putih, dan pastinya baju itu berlambangkan 'dacing' masuk dengan wajah kelaparan . Setelah didekati, mereka-mereka itu (baca : anak muda BN), memang sedang kelaparan.
Apa tidaknya, mereka benar2 kecewa setelah dikerah untuk berkonvoi motosikal yang dimaklumkan lebih 400 buah motor digunakan bagi meraikan pemgumuman calon BN, tidak sempat nak makan..kerana makanan sudah habis. Janji bagi makan pukul 3, tapi pukul 5 baru boleh makan, nasib badan..ketika tiba giliran mereka, makanan yg disediakan pula habis. Ramai yg tak makan ! Itu yg betul2 mengecewakan mereka. Salah seorgnya masih belum cukup umur pun untuk mengundi, maksudnya masih dibangku sekolah. Apakah Umno sanggup memperjudikan remaja yg masih belum layak mengundi hadir dalam programnyer ?
Cukup mengecewakan bila mereka turut memaklumkan, ketika siri temuramah spontan itu yg diadakan oleh wak di kedai kopi itu memberitahu bahawa mereka dibayar hanya sebanyak RM10 untuk 1 kepala dan bagi sebuah motor. Hadoii..!! Kedekutnya Umno-BN. Mereka tak puashati sungguh ! Bila ditanya tentang upah, belum dapat pun lagi duit RM10 tu, jawab mereka dengan wajah kelat mencebik !
fikir..fikirkan lah...nak ''BACK TO PAST..atau GO TO PAS.."
1 comment:
cukup-cukup la menabur fitnah! berdosa, kamu bukan ada bukti, dah la menafikan pilihan UMNO dan BN kerana apa? kerana aura TAn Sri ISa kali ini bakal menjahanamkan PAS
Post a Comment