Followers

Wednesday, July 09, 2008

PAS mesti keluar PR..???

aku suka artikel dibawah ni....aku dapat di TKO...
dan ini jawapan aku...

pandangan ini yang boleh membantu mereka2 yg mudah marah supaya berfikir dengan tenang..tak guna kita cepat melatah..bukan membantu tapi lagi mengeruhkan keadaan...kita kena fikir..kemenangan yang sdikit ini adalah ujian bagi kita untuk mencari keserasian dalam nak menjaga dan mengekalkan sebuah kemenangan..ini bukan satu tugas yg ringan..kalau kita tak bersatu maka mudahlah kita roboh...

PR sekarang ni ibarat pengantin baru..dalm proses nak mengenali dan mencari keserasian..biasalah..masa bercinta semua cantik belaka takde cacat cela..bila dah kawin baru la semua terserlah..abis takkan kita terus nak bercerai kalau ada perangai yg kita tak suka pada pasangan kita..?tentu kita bawak berbincang...tegur dia dan beritahu apa yg dia buat tu kita tak bekenan..mintak dia ubah perangai..jaga maruah keluarga...jaga nama baik pasanagan masing2..bertolak ansur...hormat menghormati...baru lah rumahtangga aman..kalau tak cukup pentarbiyyahan..kena la ditarbiyyah...ni gaduh sikit mintak cerai..majuk balik rumah mak..takkan takde rasa sayang sikit pun kot pada pasangan kita ni...

wallahualam

PAS mesti keluar Pakatan Rakyat" seorang sahabat memulakan bicara."Kenapa?" saya menyambut dengan tujuan membuka gelanggang perbincangan." Banyak sebab antaranya;

1. Kehadiran PAS dalam PR tak dihormati, contoh;
a) Kit Siang nak pulau perlantikan MB Perak,
b) Karpal bantah hasrat PAS nak buat Islam.
c) Guan Eng tak lantik wakil PAS dalam kerajaan PP walaupun untuk majlis agama.
d) MB Selangor teruskan konsert Ella walaupun dibantah Pemuda PAS.
e) Guan Eng kritik MB Kedah secara terbuka.
bla.bla.bla...katanya bersungguh sungguh.


Saya seakan membenarkan hujjahnya.... mengangguk. "Kalau PAS keluar PR apa pulak hasil yang boleh kita dapat??" saya memancing hujjahnya. Sahabat tadi terdiam. "Kita terus macam dulu.... Allah akan tolong kita bila berjuang dalam Islam.Kita mesti pertahankan prinsip perjuangan.katanya sekadar menambah kata tanpa hujjah yang kukuh.


Kata kata begini kerap kedengaran akhir akhir ini terutama selepas tragedi PROTES di Petaling Jaya yang dicemari Konsert Gila tajaan HIshamudin Rais.Kita tidak menafikan sebahagian dari hujjah golongan yang berfikiran sebegini. Sebahagian besar mereka adalah golongan yang sayang kepada perjuangan PAS. Mereka tidak mahu PAS keluar dari landasan perjuangan. Saya amat bersetuju.!!! Namun ianya bukan semudah kita menyalin baju. Pakai kemudian tanggal. Ia mesti mengambil kira untung rugi.Rugi pula bukan dikira berdasarkan jangkaan untung yang tak dapat tetapi mestilah dinilai dari modal yang hilang. apa yang kita hilang???


PAS masih baru bersama PR. Ditambah lagi baru menjadi kerajan di beberapa negeri. Terlalu banyak yang mesti diseragamkan. Kaedah Al Quran ialah mengajak kita mencari titik persamaan bukan perbezaan. Penilaian untung rugi mesti diukur dengan perbandingan bukan sekadar matlamat dan impian yang belum dicapai. Apa untung menjadi kerajaan bersama PR di beberapa negeri dengan keuntungan minimum berbanding menjadi pembangkang di bawah kerajaan BN dalam keadaan terus ditindas dan disekat.


Keuntungan juga bukan hanya di sudut politik semata mata tetapi juga disudut dakwah. Kita ghairah membincangkan apa yang kita tak boleh buat dan dapat walaupun menjadi kerajaan bersama PR. Kita terlupa membincangkan apakah yang kita ingin buat dan dapat jika kita menjadi pembangkang di bawah kerajaan BN boleh kita dapat? Semua kita maklum dengan kejahatan dan kezaliman BN yang tak pernah berubah. Di Selangor dulunya TGNA nak ceramah pun tak boleh... sekarang ianya dibuka seluas luasnya malah kita boleh menggunakan Premis yang dulunya dinafikan hak seperti Stadium. padang awam, dewan orang ramai dan beberapa premis awam lain lagi. Begitu juga di beberapa negeri PR.


Dulu terlalu sukar kita mendekati atau orang bukan Islam ingin hadir di majlis PAS, tetapi kini keadaan berubah mendadak malah kelab penyokong PAS ditubuhkan dengan banyaknya. Di dalam kerajaan, walaupun suara kita tidak didengar semuanya, tetapi sebahagian darinya didengari, sekurang kurangnya diberi perhatian. Beberapa pemimpin kita khususnya diperingkat negeri tertonjol mendadak sekali. Nama Nizar yang tak pernah dikenali melainkan bagi kami di Perak muncul tiba tiba. Jangan kita lupa bahawa kejayaan Kedah juga hasil persefahaman kita terlibat dengan PR. Jangan juga kita lupa, dengan tertubuhnya kerajaan PR di negeri lain, Kelantan tidak lagi menjadi sasaran tunggal BN. Kini BN terkial kial menembak me"khinzir" buta tanpa sasaran khusus. Tidakkah ini menguntungkan PAS???


Kita mesti ingat bahawa kini adalah masanya menerangkan konsep dan perjuangan PAS kepada masyarakat. Terlibat dengan PR adalah jalan pintas memperkenalkan PAS kepada rakyat Malaysia. Tiada lagi kebimbangan bukan Islam terhadap PAS.


Inilah kebijaksanaan pimpinan PAS menilai. Hasilnya bukan hari ini, mungkin esok atau lusa. Contoh Turki adalah paling ideal. AK menafikan langsung mereka memperjuangkan Islam. Namun mereka membuka ruang yang luas terhadap Islam apabila menjadi kerajaan. Tudung di Universiti cuba diperjuangkan. Kuasa Presiden dan tentera cuba dikurangkan. Tujuan utama mematikan benih dan akar yang melindungi sekular di Turki. Tugas seterusnya mesti disambung oleh generasi berikutnya. Tidakkah hayat Islam di Turki hanya disambung dengan sekolah Imam yang kemudiannya pun diharamkan setelah kerajaan sekular menyedari bahayanya. Sekolah Imam yang begitu terhad dan terbatas bidangnya inilah yang menyambung talian hayat hingga Islam muncul tiba tiba di Turki. Belajarlah dari realiti!!!


Perjuangan Islam mestilah di bina dengan kesabaran dan kesungguhan. Tempoh 13 tahun adalah tempoh lama seorang rasul di Mekah. Hasilnya terlalu sikit malah seolah tak kelihatan Hasilnya hanya dilihat di Madinah. kITA MESTILAH BIJAK MENGAMBIL PELUANG. Tidakkah Allahyarham Datuk Fadhil Nor dikritik habis habisan apabila bertindak bertemu dan membela DSAI ketika dibuang dari kerajaan??? hasilnya kita nikmati kini. Setelah ketiadaan Allahyarham.


Akhirnya diharapkan kita menilai dengan akal bukan dengan perasaan semata mata. Kita takkan mungkin mendapat semua yang kita inginkan, tetapi sekurang kurangnya kita mendapat sedikit yang boleh menjadi tapak yang lebih luas bagi generasi selepas kita meneguhkannya. Jangan dilayan provokasi musuh dengan hujjah kononnya PAS hilang identiti, tak di hargai. Mereka ini kebanyakannya ejen BN yang sedang memecahkan PR. Sebab itu TGNA dan TGHH menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan BN. Ambillah peluang menjadi kerajaan bersama PR memperkukuhkan perjuangan kita. Percayalah!!!!!Menjadi pembangkang dalam keadaan ditindas dan disekat oleh BN adalah lebih merugikan. Kita akui segala kesilapan dan harapan kita yang terlalu jauh untuk dicapai sebagai kerajaan hari ini bersama PR namun ianya akan menjadi lebih sukar dan lebih terhalang jika menjadi pembangkang dalam keadaan BN berkuasa. Tiada yang lebih buruk dan zalim di Malaysia selain kerajaan BN!!! Teruskan Perjuangan!!!!! Sii ru alabarakatIllah

7 comments:

Abu Raihanah said...

Satu artikel yang bijaksana, mudah-mudahan memberi faham kepada mereka yang belum memahami, tahniah!

Anonymous said...

keluar keluar jugak yang penting sekarang umno harus di kuburkan dulu....

minyak mesti turun harga ...fokus sebenar

melayutara said...

tiada tiik persamaan diantara pas ditara pas, pkr & pkr. persamaan yang adapun hanyalah untuk mentajuhkan bn, itu sahaja..

bagaimana sebuah pakatan ingin mentadbir negara sekadar dgn moto perjuangan untuk menjatuh kerajaan yang ada sekarang..

fikir2kanlah

Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik said...

Panjang akai, yong.

Antara PKR, DAP dan UMNO, kita ketuk Umno dulu. Lepas tu baru la nak buat apapun, buat la.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

kadang2 pandangan manusia berbeza2...kita kena melihat dari berbagai sudut,baru dapat rumusan yg boleh menjawab kepada semua permasalahan..

pemimpin yang terhebat dan teragung adalah nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w..kenapa kita tidak mencontohi kepimpinan junjungan kita...contoh dah ada tapi takmau ikut...

saya setuju dgn semua..apa2 hal pun yg dulu patut didahulukan..yg kemudian kita kemudiankan...

wallahualam

TOK PENGULU said...

salam...ummi

pendekatan pas dari dahulu lagi adalah dengan memeberi ceramah..aku teringat masa kecik2 dulu ikut bapak aku pi hantar wakil pas berceramah ke ceruk pendalaman dengan bot. puak2 umno pandang semacam jer. la ni best ckit pasai dah boleh ceramah kat stadium. harap jangan hampakan penyokong2 hardcore macam bapak aku. wassalam...

Anonymous said...

Ahli PAS jangan cepat melatah, itu sahaja pinta saya sebagai Ahli PKR, bagi saya kita perlu bekerjasama, bukan niat untuk meruntuhkan UMNO atau pemerintah, tetapi kita mahu membebaskan rakyat Malaysia dibelenggu pemerintah yang zalim.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil