"Sekarang jelas "peluru" UMNO untuk menjayakan alasannya untuk mengambil balik Perak pada 31 Ogos nanti nampaknya sudah kehabisan.
Peluru pertama dengan usaha jahat dan kotor untuk membeli Adun-Adun pakatan Rakyat samad DAP, PKR dan PAS jelas tidak berhasil, umpama perpatah : " hidung tak mancung pipi tersorong-sorong". setingginya dengan harga RM 30 Juta dan serendahnya tidak disebutkan harganya , sudah cabut lari tidak talipon lagi temasuklah saya.
Peluru kedua yang ada alasannya ialah petisyen bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Kuala Kurau, Lubuk Merbau dan Kuala Sepetang.
Peluru getah mengajak kami bergabung dengannya langung tidak menjadi malah dijawab tegas oleh pimpinan PAS dan dijawab oleh Menteri Besar Perak dengan mengajak UMNO masuk dalam mana-mana parti Paktan Rakyat.
Keputusan mahkamah tinggi Ipoh kelmarin menghampakan banyak pihak yang berhajat besar itu.
Alhamdulillah Allah akan menyelamatkan Kerajaan Negeri perak Pakatan Rakyat yang kita sayanginya ini.
Kita nasihatkan kepada sahabat sebelah sana, bersabarlah sebagaimana kami sebulum dari ini dan sebagaimana yang dianjurkan Islam untuk menunggu Pilihanraya ke 13 pada 2011 atau 2012 nanti.
Itulah medan yang selayaknya dipergunakan oleh semua pihak termasuk kami bagi menentukan nasib masing-masing. Kalau kami menyeleweng rakyat akan menolak kami begitulah sebaliknya.
-------------------------------------------------------------------------------------
Kerusi Kuala Kurau dan Kuala Sepetang dimenangi calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala kerusi Lubuk Merbau dimenangi calon PAS.Abdul Yunus Jamahri dari Parti Keadilan Rakyat menang di Kuala Kurau dengan majoriti 467 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Mohd Salleh Mat Disa, di Lubuk Merbau, Mohd Zainuddin Mohd Yusof dari PAS menang dengan majoriti 72 undi mengalahkan Datuk Jamal Nasir Rasdi dari BN manakala di Kuala Sepetang, Tai Sing Ng juga dari PKR, menang dengan majoriti 564 undi menewakan See Tean Seng dari BN.

Y.B. Tuan Haji Mohd. Zainudin bin Mohd. Yusof
Pengerusi, Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan (PAS/Lubok Merbau)
Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim menolak kesemua petisyen dengan kos.Dalam petisyennya bagi memohon pengisytiharan bahawa pilihan raya bagi kerusi Kuala Kurau adalah terbatal, Mohd Salleh mendakwa responden atau pekerjanya dilihat berada dan cuba memujuk pengundi di sekitar 50 meter dari tempat mengundi di Sekolah agama Al-Hidayah, tetapi Hakim Wan Afrah berkata perbuatan berlegar di kawasan 50 meter dari tempat mengundi bukan merupakan sebahagian daripada pilihan raya.
Pengerusi, Jawatankuasa Pembangunan Industri, Perdagangan dan Penerangan (PKR/Kuala Sepetang)
Bagi kerusi Lubuk Merbau, Jamal Nasir dalam petisyennya mendakwa responden pertama iaitu Mohd Zainuddin, telah melakukan perbuatan rasuah apabila memasang kain rentang yang tidak mengandungi nama dan alamat pencetak dan penerbitnya.Dalam penghakimannya Wan Afrah berkata pempetisyen gagal menyatakan dengan jelas orang yang didakwa melakukan rasuah selain gagal membuktikan dakwaan rasuah itu ada kaitan dengan pilihan raya berkenaan.

Y.B. Encik Abdul Yunus bin Jamahri
(PKR /Kuala Kurau)
See, dalam petisyennya bagi kerusi Kuala Sepetang, mendakwa antara lain kononnya satu kertas undi pos sengaja dicampur bersama undi yang ditolak tetapi Hakim Wan Afrah berkata bahawa sekalipun jika peraturan yang berkaitan tidak diikuti, dalam pengundian bagi kerusi berkenaan, satu undi tidak membawa kesan kepada keputusan itu.
~ cina Islam ~"
ummi : bawak2 la bersabar dan buat la benda2 yg berpekdah sikit...rakyat yg perlukan bantuan dah lama menunggu...baiklah di dahulukan yg mana penting...biarlah Kerajaan Perak di bawah naungan pemerintah PR..kalau tak sesuai...pilihanraya ke 13 nanti usahalah bertapak semula..
3 comments:
salam UmmiAini,
Apapun yang kita buat yang pertmanya bergantung kepada NIAT.. bila yang itu dah tak betul..apapun mereka cuba laksanakan..Allah Maha Mengetahui..Perancangan dengan NIAT yang jahat pastinya GAGAL..Wallahualam
payah nak baca blok kak yong ni. background dan tulisan warna seakan sama. pedih mata. mike rabun ni
salam..
mr.kulat,
setiap perbuatan memang kena tgk nawaitunya...segala pekerjaan,perbuatan mestilah kerana Lillahi Ta'ala..
tok pengulu,
maaf ler tok..aritu ummi godek2 html nya..last2 jadi la camni..pastu nak ubahsuai lagi takde masa la tok...tgh dalam usaha gak ni..maaf la kerana kesulitan ini ye tok..
wallahualam
Post a Comment