TAHNIAH...!!
SHAH ALAM 7 Nov. – Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini menerima permohonan habeas corpus bagi pembebasan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin daripada ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau diperintahkan dibebaskan serta merta. - Utusan
SHAH ALAM, 7 November, (SK) - Pengendali Laman Web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin akan dibebaskan daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekitar jam 3.30 petang di Mahkamah Tinggi Shah Alam apabila hakim memerintahkan pembebasannya segera.
Kini, Raja Petra sedang bersiap sedia untuk dibawa ke Shah Alam dari Kamunting dan dijangka tiba di perkarangan mahkamah sebelum pukul 4 petang ini.
Menurut isterinya, Marina Abdullah, beliau memanjat syukur kepada Allah SWT kerana akhirnya perjuangan rakyat Malaysia yang menuntut suaminya dibebaskan berjaya.
“Namun, saya dan suami serta rakan-rakan akan meneruskan perjuangan supaya kem kamunting ditutup dan seterusnya semua tahanan ISA dibebaskan serta ISA dimansuhkan,” katanya yang dihubungi oleh Suara Keadilan sebentar tadi.
Mahkamah membuat keputusan tersebut melalui habeas corpus yang dibuat oleh peguam Raja Petra supaya beliau dibebaskan daripada tahanan ISA.
Beliau telah ditahan pada 12 September lalu sebelum dihantar ke Kem Tahanan Kamunting pada 23 September.
Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar telah menandatangani perintah penahana terhadap Raja Petra beberapa hari sebelum ini, dibawah seksyen 8(1) ISA.
Di bawah akta ini, penahanan ialah selama dua tahun tanpa sebarang perbicaraan dan boleh disambung pada bila-bila masa.
8 comments:
Keluaq jugak mangkok ni kan...
pasal mangkok ni jugak la segala salahlaku dan penyelewengan pimpinan kerajaan terbongkar...
segala yg tersirat dah tersurat..rakyat pon dah banyak bukak mata...
jeng..jeng..jeng..ada yg tak dapat tido lena la lepas ni...
Paria ni barua bukan melayu
paria tak paria...janji banyak rahsia dia sudah kasi keluar..
ramai org besar2 sudah tarak boleh titon oo...
to tanpa nama & hangpa kata....
itu la ayat yang selalu penakut cakap,hangpa nak kata apa pun kata la...mungkin mata hati hangpa tu buta kot tu pasal tak nampak..
Kalau dia mangkok korang balaci bn la...hahahahaha...
Buat najib ada brani!!!
alo geng...aku balaci org melayu bukan mcm hangpa semua balaci kapiaqqqq!!!!
salam semua..,
harap dapat menjaga perkataan anda semua jgn sampai menyinggung perasaan org lain..
mangkok,paria,barua,balaci,kapiaq...bukan caranya utk meluah perasaan..dan tidak dituntut dlm Islam menghina sesama manusia...
tahap keimanan seseorang itu adalah urusan Allah.
harap maklum...
umm..jika benar ape yang dibongkar itu, alhamdulillah..tapi jika itu semua fitnah??
jgn lupa juga bahawa rpk yg kononya liberal ini juga pernah menulis artikel meghina islam dan Muhammad S.A.W
Post a Comment