PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa hari ini.Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi.
Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.
Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006.
"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya. -mStar
Alhamdulillah...kurang lagi kerusi BN di Perak...apa komen mike Zahid..? tu le bak kate satu hadis tu...mike merancang..Allah pon merancang..tapi perancangan Allah adalah yang terbaik..
wallahualam...
3 comments:
Bagus tu, dengar kabar dia ni nak ganti Nizar si menteri besar yang tak punya semangat yang besar. Bagus tu, kalau dia jadi Menteri Besar tak lah macam Nizar yang selalu kena buli dengan DAP.
hahhaa ...tipikal umno..otak macam plastik. Nizar kena bulim dengan DAP? Hang ingat orang PAS bodo macam ameno ke? Ameno lagi buruk, buli rakyat sendiri, bangsa sendiri. Kuikuikui..selipar karat biru masuk longkang
Salam- ziarah dari http://kerani-opis.blogspot.com/
Post a Comment