Followers

Thursday, January 29, 2009

sembang petang Pak Karamu mengenai politik Malaysia

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Sebagaimana biasa setiap hari isnin Pak Karamu kembali daripada Kuala Lumpur singgah di Kuala Selangor atau Tanjung Karang untuk bersembahyang zuhur ataupun 'asar, semalam hari isnin Pak Karamu singgah saja di Kuala Selangor untuk bersembahyang zuhur, apabila masuk saja di kawasan masjid saya lihat ada enam orang sedang berbual-bual, dua orang berpakaian kot dan empat orang lagi hanya memakai tie sahaja, ketika saya melalui mereka, mereka memberi salam dan saya terus pergi mengambil wuduk dan terus sembahyang

Selepas sembahyang saya terus keluar masjid, tiba-tiba enam orang yang saya lihat pada awal tadi datang menghampiri saya dan memberi salam dan tersenyum, lalu saya sambut salam tersebut, kemudian mereka mengenalkan diri masing-masing, yang nyata salah seorang daripada mereka yang bernama Ridwan yang paling banyak cakap dan agak peramah

Ridwan: Tuan ni dari mana dan hendak kemana ?

Pak Karamu: Saya ni dari KL nak balik kampung kat Perak

Ridwan: Kalau boleh kami tahu nama tuan ?

Pak Karamu: Panggil saja Pak Karamu

(salah seorang dari mereka macam terkejut, namanya Aliasak)

Aliasak: Haaa! Pak Karamu !

Pak Karamu: Ya sayalah Pak Karamu, (dalam hati mungkin mereka mengikuti blog saya)

Aliasak: Yang punya blog tu ke ? yang ada Umarak dagang tu ke ?

Pak Karamu: Ya benar, tuan ni siapa ? (Salah seorang dari mereka namanya Hanafi)

Hanafi: Ah kami ni pengikut blog Pak Karamu

Pak Karamu: Oh begitu, berjumpa juga kita ye !

Ridwan: Inilah cara kebetulan dan Tuhan nak jumpakan kita di kawasan masjid ini, eh mari kita cari tempat makan, dan Pak Karamu boleh luangkan sedikit masa untuk kami ?

Pak Karamu: ah tidak ada masalah

selepas makan mereka minta berjumpa dan berbincang kat masjid kerana kawasan di situ agak tenang dan tiada gangguan, kami hanya duduk bersila di masid tersebut

Pak Karamu: ha apa yang beria-ia benar nak jumpa ni

Ridwan: Begini Pak, eh boleh kita bincang masalah hal ehwal semasa ?

Pak Karamu: Eh tak ada masalah silakan

Ridwan: Eh tak salah ke kita bincang masalah politik negara kita sikit ?

Pak Karamu: Eh apa pula salahnya sedangkan Rasullullah memulakan politik dari mimbar masjid

Aliasak: Al Hamdulillah !

Hanafi: Begini Pak, sebenarnya kami ni selalu bincang pasal politik negara dan agama, Apakah pandangan Pak Karamu tentang politik negara sekarang ?

Pak Karamu: Namanyapun politik kan? Di negara kita sekarang politik bagaikan bara dalam sekam, bila-bila masa boleh menyala, nasib baik angin tidak kencang, maksud saya di negara kita sekarang suasana politiknya agak huruhara akibat banyak sangat yang tidak kena terutamanya dalam soal sikap kepimpinan dan dasar parti yang berbeza, walau apapun ia dapat di kawal dengan tolak ansur demi untuk keamanan

Ridwan: Apakah pandangan Pak Karamu tentang parti UMNO ?

Pak Karamu: Saya lihat UMNO ini akan beransur lemah dan hilang kepercayaan rakyat kepadanya, ini adalah di sebabkan terlalu banyak kroni di dalam parti tersebut dan di kalangan pucuk pimpinan merekapun sudah tidak lagi sebulu dalam memperbetulkan parti, mereka kebanyakkannya hanya hendak merebut jawatan dan jatuh menjatuhkan di antara satu dengan yang lain

Ridwan: Apakah UMNO sudah tidak dapat di pulihkan ?

Pak Karamu: Kita ni bercakap dalam masjid bukan ? Ok begini saja, saya lihat UMNO sudah banyak buat silap dan sudah mengamalkan rasuah dalam mempertahankan jawatan dalam parti mereka terutama apabila mereka hendak merebut jawatan dan melakukan rasuah juga pada setiap pilihanraya, dosa ini di ketahui oleh Allah di samping manusia dan sekarang Allah mula hendak balas atas kecurangan tersebut, dan mereka yang kena inaya pula sentiasa berdo'a kepada Allah kerana di zalimi

Hanafi: Tapi UMNO banyak membuat kebajikan kepada rakyat di negara ini, tidak patut UMNO menjadi musnah dan lenyap

Pak Karamu: Saya rasa UMNO membuat kebajikan terhadap rakyat adalah atas dasar wang rakyat juga dan UMNO yang memerintah hanya mentadbir sahaja, kerja ini sesiapapun boleh lakukan, apa yang saya nampak sekarang ialah kesalahan UMNO akan di balas oleh Allah dengan menjauhkan hati rakyat terhadap UMNO, dan para pucuk pimpinan UMNO sekarang terpaksa ikhlas dan mengakui atas kerja yang mereka lakukan

Ridwan: Jika UMNO sudah tidak di hati rakyat maka akan hanyutlah bangsa kita dan akan berkuasalah bangsa lain ?

Pak Karamu: Ini suatu pandangan yang silap, saya rasa kamu sudah berfahaman khurafat, ini sangat bahaya kerana fahaman kamu yang sedimikian menidakkan kebolehan orang lain, fahaman ini hanya menambahkan kemurkaan Allah terhadap orang yang berfahaman khurafat ini dan ia menambahkan lagi kemurkaan Allah, itulah sebabnya setiap apa yang kita lakukan kita tidak bergantung kepada Allah dan hukumNya, akhirnya kamu boleh lihat dan dengar apa yang sedang terjadi sekarang

Hanafi: Pada pandangan Pak Karamu adakah harapan UMNO ini di pulihkan ?

Pak Karamu: Pada pandangan saya hanya ada satu jalan sahaja iaitu hijrahkan UMNO dari semangat bangsa kepada dasar islam dan saya yakin islam itu boleh dan mendapat jaminan daripada Allah, jika kita yang sudah islampun tidak yakin dengan islam itu boleh maka lebih baik kita tidak usah mengakui sebagai seorang islam, di mana keimanan kita kepadaNya?

Aliasak: Pak Karamu ! Bukankah UMNO itu orang melayu dan beragama islam dan tak cukup islam lagikah ?

Pak Karamu: Lagi-lagi kamu berbuat silap, saya tak kata kamu tu bukan islam, apa yang saya tegaskan di sini ialah dasar islam itu yang wajib di tegakkan di dalam UMNO bukannya semangat orang UMNO yang islam itu sebagai dasar , kamu kena faham apa dia semangat bangsa dan apa dia dasar islam dan kamu juga kena faham UMNO itu bukan islam dan islam itu bukan UMNO atau orang melayu itu bukan islam dan islam itu bukan melayu atau agama itu bukan bangsa dan bangsa itu bukan agama, sebab itu bangsa itu tiada rukun akan tetapi agama itu ada rukun, ini semua perlu di perbetulkan

Ridwan: Apakah pandanga Pak Karamu tentang parti PAS ?

Pak Karamu: Pandangan saya parti PAS adalah menepati kepada fahaman agama kerana dasarnya Al Quran, Hadis, Ijmak ulamak dan qias, sebab itu jika kita nak masuk menjadi ahli mana-mana parti mereka wajib melihat dulu apakah dasar parti tersebut bukannya atas dasar frust atau nak jadi ketua atau nak mencari kekayaan dan kuasa

Hanafi: Apakah pandangan Pak Karamu tentang ADUN UMNO dari Bota yang melompat kepada parti Keadilan (PR) itu menepati hukum ataupun untuk melayan citarasa ?

Pak Karamu: Saya di maklumkan oleh kekawan bahawa melompatnya ADUN tersebut atas dasar terlalu ramainya rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap dasar UMNO dan sikap pemimpin mereka, sikap inipun kurang baik juga akan tetapi ia ibarat lari dari suasana yang lebih teruk kepada suasana yang teruk, ini bererti adalah lebih baik sebelum suasana yang lebih teruk itu mengancam dirinya, hukumnya harus, ertinya ada hukum di situ

Ridwan: Apakah pandangan Pak Karamu jika orang melayu ini berada dalam satu kumpulan ?

Pak Karamu: Inilah cita-cita saya yang mahu melihat orang melayu ini bersatu dalam satu kumpulan yang berdasarkan agama yang berpandukan Al Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan qias, cita-cita ini kerana mahu menepati kepada kehendak Allah

Ridwan: Bagaimana jika orang melayu bersama-sama dengan PAS ?

Aliasak: Setiap orang mahukan PAS (lulus) baik di dunia mahupun akhirat, sejak dari bangku sekolah sehinggalah dalam semua hal kehidupan tapi semua orang kebanyakkannya tidak mahu PAS kecuali buat masa kebelakangan ini kita dapati ramai yang mahukan PAS termasuklah bangsa lain

Hanafi: ketawa.... Tapi bagaimana tentang DAP yang rata-rata orang melayu tidak suka kepada parti tersebut sedangkan PAS berada dalam pakatan tersebut ?

Pak Karamu: Pandangan saya siapa yang tidak betul kita perbetulkan, tidak ada bezanya antara DAP , MIC, MCA, Gerakan dan parti yang lain yang tidak mahukan kepada islam termasulah UMNO, jika UMNO mahukan kepada islam mengapa tidak laksanakan dasar islam tersebut, mungkin ada yang sebut sekarangpun sudah islam, islam apa lagi yang kita mahukan, fahaman yang sebegini kita cukup kesihan dengan mereka, cukup lemah tentang fahaman islam mereka

Hanafi: Janganlah Pak Karamu masukkan UMNO pulak sedangkan UMNO banyak buat kebajikan termasuk banyak membena rumah Allah di seluruh negara ?

Pak Karamu: Kita semua ada akal, kita boleh fikir apa yang baik dan apa yang tidak baik, kita tidak menafikan UMNO banyak buat masjid dan sebagainya, tapi itu semua hanyalah syiar, apa yang kita nahu ialah hukum, kerana hukumlah yang menyebabkan seseorang itu menjadi kafir, fasik dan zalim selain dari munafik, kita dapat melihat kesan tidak berhukum dengan hukum Tuhan maka berlakulah banyak maksiat di dalam negara dan hukum islam sebenarnya bukanlah di fokuskan kepada menghukum tapi ia merupakan kepada sistem pencegahan

Ridwan: Apakah jika PR memerintah mereka dapat berlaku adil dan dapat memberikan kebajikan kepada rakyat terutama kepada bangsa melayu ?

Pak Karamu: Sebenarnya kebanyakan orang focus kepada kebajikan bukannya keimanan dan perpaduan, tidak mungkin kita manusia lebih teruk dari haiwan, haiwanpun pandai buatkan tempat tinggal untuk anaknya dan mencari maka untuk menunaikan tanggungjawabnya, apa yang lebih malang ialah keraguan yang ada di dalam akal manusia sebelum ia merasaka sesuatu yang mereka hajatkan mereka sudah merasa ragu, ini bererti kita takut di zalimi sebelum kita di zalimi, ertinya juga kita menangis sebelum di tangiskan, pemikiran yang begini mesti di hapuskan

Ridwan: Ok Pak Karamu, kita jumpa lain kali, Pak Karamu pun jauh lagi mahu sampai rumah, oh ya bagi no telephon

Demikianlah temu ramah mereka yang berakhir jam hampir 3 petang

sumber Pak Karamu

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil