Followers

Wednesday, January 28, 2009

Ramlang Porigi akhirnya dipecat...

Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu selepas berucap dalam satu kempen ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu.

Dalam surat tersebut yang bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu dipecat kerana "mencemarkan nama perkhidmatan awam" selepas terlibat dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.- malaysiakini


Dah agak dah nasib Ustaz Ramlang ni...takpe ustaz bumi Allah ni luas...rezeki pon Allah yang beri...

kita lihat sekarang nasib2 pegawai2 kerajaan semuanya bergantung kepada pahaman politik seseorang itu..kalau anda pro BN..anda akan selamat..kalau pandai ampu itu dikira bonus..

kalau anda pro PR...maka banyak lah halangan dan tekanan yang akan anda terima..dalam kes Ustaz Ramlang ketegasan terhadapa qada' dan qadar Allah lebih utama dari harta dunia..

12 comments:

PAPA GOMO said...

PENJAWAT AWAM BOLEH BERKEMPEM KE???

KENA KAJI DULU TU....

JANGAN CAKAP IKUT SEDAP MULUT JE...
NANTI FITNAH PULAK JADINYA!!!

sumandak bayu said...

Salam Sis,

Man syorkan kita khatam dulu buku PERINTAH AM baru bagi komen dengan kedudukan sebenar Ramlang...

Rezeki kita bukan ditentukan oleh manusia tetapi bila kita melakukan sesutau kesalahan maknanya pembalasan dari-Nya kita terima...

Qadaq n Qadar perlu jugak kita fahami bersama

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam gomo..

betol la penjawat awam takleh berkempen..tapi kenapa penjawat awam dibolehkan berkempen untuk BN..saya ada bukti...

baru2 ni di Kuala Terengganu..apa lak citenye..??kenapa nak double standard

Anonymous said...

PENJAWAT AWAM BOLEH BERKEMPEN KE?UNTUK UMNO SAHAJA.

untuk pakatan rakyat,siap kena buang kerja.

MEMANG DASAR UMNO BANGSAT, CELKAKA 44 KETURUNAN!!!!!!

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam sumandak..

alhamdulillah paham jugak..seperti juga keadaan amno la ni..kena lah terima qada' dan qadar Allah..

taring amno makin tumpul dan dah tak hebat seperti dulu...kerana putran roda itu menyebabkan amno sedang menuju ke bawah..

wallahualam..

muraisenja said...

xpa jgn dok susah la.... rezeki kita Allah Taala yg bagi, sbg penjawat awam ke apa ke kalau dah nk jadi rezeki kita kt mana2 duduk pun boleh hidup... InsyaAllah

PAPA GOMO said...

ASALAM...UMMNI.

POSTKAN BUKTI DI BLOGG SAUDARI YANG MEMBUKTIKAN PENJAWAT AWAM BERKEMPEN BAGI PIHAK BN!!!

TERIMA KASIH

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam gomo yang saya boleh ceritakan..salah seorang teman ummi yg bertugas di jabatan pendidikan negeri..diarah oleh ketua jabatan mereka untuk ke PRK Kuala Terengganu untuk berkempen bagi pihak BN/UMNO...mereka pergi seramai 11 orang diarah ke sana dari hari penamaan calon sehingga hari pengundian..dan mereka sentiasa diawasi oleh SB2...

ok..dari kisah diatas apa komen gomo..apakah mereka patut terlepas dari hukuman dari syarat2 yg telah ditetapkan oleh kerajaan..?

cerita ini keluar dari mulutnya sendiri tapi demi menjaga reputasinya..ummi takleh dedah siapa orangnya..

wallahualam..

PAPA GOMO said...

EMMM SUSAH NAK PERCAYA LAH UMMI.
KALAU CAKAP JE PAYAH SIKIT NAK FAHAM!!

APA-APA PUN KES RAMLANG NI MEMANG LAH DIA SALAH.
MANA BOLEH BERKEMPEN.

JADI BIARLAH DIA...
MUNGKIN REZEKI NYA AKAN ADA LEPAS INI.

MANA TAHU PAKATAN RAKYAT OFFER KERJA YANG BAGUS PADA DIA.

JANGAN LAH ISU RAMLANG NI DAH MACAM ISU BESAR PULAK. TERANG-TERANGAN RAMLANG NI BERSALAH.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam gomo..

apa pulak susah nak paham..senang aje..dua2 kes salah...ramlang pon salah..teman ummi pon salah...tapi bezanya..ramlang kempen untuk PR...teman ummi berkempen untuk BN diarah pulak oleh ketua jabatan...

bukan saja2 nak besarkan.kalau boleh biarlah kerajaan berlaku adil...semua rakyat mengharapkan kerajaan yang adil...

wallahualam

Anonymous said...

WOI GOMO BAHALOL INI JAWAPN UNTUK HOTAK UDANG MACAM KAU

LEBIH DARI BEKEMPEN UNTUK UMNO

Datuk Azmi suatu ketika dulu Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan pada masa yang sama menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Pekan.
Aminuddin suatu ketika dulu Guru Besar SK Jalan Bahagia dan pada masa yang sama menjadi setiausaha UMNO Bahagian Temerloh.
Hassan Mat Amin,Guru Besar SK Teluk Sentang dan sekarang AJK UMNO Bahagian Kuala Krau.
Mazlan,Pegawai khas kepada YB Chua pula adalah seorang GPK di sebuah sekolah di Jengka.
Saifuddin Abdullah,ahli parlimen Temerloh dikatakan mempunyai setiausaha sulit seorang GPK dari sebuah sekolah kebangsaan di Seberang Temerloh.Sebelum ini,Aminuddin menjadi setiausaha sulit Saifuddin.

PAPA GOMO said...

ASROL FITNAH!!!
KAKI FITNAH!!!

BUKTI TAK NYATA. MACAM MANA NAK PERCAYA.

KENAPA MAT SABU BAGI GELARAN ANWAR AL-JUBURI???

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil