Followers

Sunday, March 08, 2009

gencatan jari dari berblogging untuk 24 jam...

sebagai menyahut cabaran rakan blogger al-banjari untuk memprotes..maka ummi mengisytiharkan akan gencatan jari dari menari-nari di atas keyboard ini selama 24 jam bermula jam 1.00 am...sebagai sokongan terhadap mangsa2 tahanan PPSMI..


13 comments:

Anonymous said...

salam ummi, saya tak setuju gencatan jari, bayangkan 24jam tak ada berita dari blogger rakyat, ini memberi peluang blogger BN menghentam kebenaran himpunan Anti-PPSMI esok hari. pohon ditarik balik

mas

Mr Joker said...

Tarik Balik..!

Rakyat Malaysia perlukan maklumat dari anda.

Anonymous said...

salam umi..jangan cam ni...saya kalau boleh setiap saat nak baca cerita dario blogger rakyat ni....rasanya dah sebulan saya tak baca harian metro ngan berita harian...kasihanilah kami...walaupun kami tak bersama sama....tapi at least kami ada tempat untuk mengetahui cerita sebenar dan diceritakan kepada rakan rakan....salam perjuangan......

Anonymous said...

ppsmi untuk melayu menuju era global. xrugi laa..untungnye anakx melayu kita pandai speaking b.i. bila mau maju maa..? x gugat b.m pun? guru kemas pun xpandai speaking tau. bt survey laa. bape % jer yg terror?

Anonymous said...

Aku tak update bukan pasai mogok tapi tak sempat dan kepala pulak sumbat, idea tak nai.

Anonymous said...

Untuk apa berhenti menghantar berita hanya kerana perbuatan orang-orang politik yang cukup suka menjadikan segala benda sebagai isu bagi mileage politik mereka?

Perjuangan menyebarkan maklumat perlu diteruskan tanpa perlu kita bersandar kepada orang-orang politik mahupun mereka yang sangat berminat dengan dunia politik.

Sama ada laporan itu berpihak dan kita mengakuinya sebagai tidak berpihak, mahupun laporan yang tidak berpihak tetapi dianggap sebaliknya atau laporan yang benar-benar nuetral dan penganalisaan dibuat berdasarkan maklumat, kita perlu terus menulis.

Maka disebabkan itulah, selain anggota tentera yang terbabit secara langsung di barisan hadapan, kalangan yang paling ramai menemui maut akibat peluru perang adalah wartawan, bukannya orang-orang politik yang mencetuskan perang berkenaan.

Jangan berhenti menulis!

Anonymous said...

ummianni,
tak payah la ikut,
albanjari nak cuti jalan jalan dengan anak bini,
tu sebab dia off 24 jam.

wakakakak!!!

Anonymous said...

Ummi... hari ni polis buat hal, hari ni Ummi lancar gencatan...

esok polis buat hal, esok ummi lancar gencatan...

kalau polis buat hal tiap-tiap hari macam aman?

kasi tutup ini blog lah ye?

aku ingat blogger PR semuanya cerdik-cerdik... rupanya ada lagi yang species pendek akal.

takat ni je kredibliti blogger network?

ceh...

-jangan buat malu kompeni la woi-

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam...korang ni..arini ummi turun ke bukit gantang..takdan nak nulis pon...malam karang lepas semua selesai smbung balik la..bukan 24 hari ke... minggu ke..ulan ke pon..24 jam aje la...

sabor yop and yong...ummi akan kembali dengan berita hari ini sempena 1 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat...

wsalam...

Pak Oncu said...

jgn buek gencatan jari jemari,,, kelak anjing anjing dan babi babi dalam UMNO akan bermahaRAJAlela,,,,mencemarkan kan fikiran kita semua,,,,

Miss-peninG said...

gencatan ni bukan memberi effect pada BN.. malah mereka dengan melompat lompat n say hooray!!~..

tarik balikkkkk!!~

PAPA GOMO said...

ALA..SEKALI SEKALA NAK RELAX YE TAK UMMI...

EMMM KAMI DI BPN PUN TAK KISAH WUJUD KE TAK BLOGGER PAKATAN RAKYAT NI...

SAMA JE...

ESOK KALAU ADA HAL LAGI MOGOK LAPAR PULAK YE.....

SALAM....

tok iskandar said...

Eloklah bulan Mac ini kita memerangi UMNO-BN dengan mendedahkan segala kelemahan,skandal,rasuah,salahguna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka.Tak lupa di manakah sumber kekayaan mereka,berapa aset yang mereka miliki dan kat bank mana mereka simpan.Kita dedahkan satu persatu.
Pegawai-pegawai kanan kerajaan dan hakim-hakim yang bersekongkol dengan UMNO-BN juga kita bongkarkan kelemahan dan skandal mereka.

Bulan Mac kira bulan panas kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang bertanding di dalam pemilihan UMNO hujung bulan ini.Tok cadangkan beberapa nama seperti Mat Taib,Rahim Thamby Chik,Zahid Hamidi,Hishamudin,Hamid Albar,Khir Toyo,Mukhriz,Khairi dan Ismail Sabri.

Jangan lupa kat negeri pasir dua butir yang dirampas dan kini di bawah jagaan menteri pasola @ zambri.Dedahkan segala kelemahannya,sumber kewangan dan aset yang dimilikinya sampailah dia angkat bendera putih.

Rakan-rakan bloggers perlu bersatu dan bekerjasama mengumpulkan bahan-bahan bukti mendedahkan segala kekejaman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh polis selama ini.Satu gerakan boleh dibentuk untuk mendesak Musa Hasan dan Ketua Polis KL meletakkan jawatan kerana kekejaman polis dan FRU terhadap peserta-peserta perhimpunan 100 ribu membantah PPSMI sabtu lepas.Cara yang sama yang digunakan terhadap Rashid,bekas Pengerusi SPR boleh digunakan.Desakan beliau meletakkan jawatannya berkumandang di dalam parlimen oleh MP-MP Pakatan Rakyat.

GMP atau gerakan memansuhkan PPSMI perlu diteruskan dengan siri-siri ceramah jelajah negara dan penyerahan memorandum kepada Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu.

Sebagai menghargai perjuangan rakan-rakan kita yang masih ditahan di dalam lokap kerana membantah PPSMI,eloklah semua rakan-rakan blogger memaparkan gambar penangkapan seorang anggota unit amal yang dipukul dan ditahan oleh polis ketika cuba menghalang orang-ramai keluar dari Masjid Negara.Gambarnya ada disiarkan di dalam BBC News.(www.bbc.com).Berita terkini ada menyebut hanya tinggal dia seorang sahaja lagi yang ditahan di dalam lokap dan akan dibebaskan pada hari Selasa.Tidak lupa gambar-gambar mereka yang dibelasah polis dan FRU dan yang terkena gas pemedih mata.Paling penting gambar gas pemedih mata yang dilepaskan ke dalam masjid negara.Ini boleh jadi modal kempen Pilihanraya Kecil dan juga boleh dihantar kepada Amnesty International dan media-media asing seperti Al Jazeera,BBC,Gulf News,Jakarta Post dan banyak lagi.Biar satu dunia tahu sekarang Malaysia diperintah oleh sebuah kerajaan yang barbarian dan tidak menghormati undang-undang negara dan lunas-lunas demokrasi.Semalam tok baca laporan tentang demo PPSMI yang disiarkan dalam hampir kebanyakan media antarabangsa.

Rakan-rakan bloggers juga boleh sediakan satu ruang di dalam blog mereka untuk pembaca blog menghantar segala maklumat tentang kelemahan,rasuah,skandal dan salahguna kuasa pemimpin UMNO-BN dan tidak lupa juga pegawai-pegawai kanan kerajaan yang bersekongkol dengan mereka.

Pembentukan bloggers united atau kesatuan bloggers sangat penting terutama untuk berkongsi maklumat dan juga membentuk semangat setiakawan yang jitu sesama rakan bloggers.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil