Followers

Monday, March 09, 2009

mari menyerang...!!

http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg
-bicara tok iskandar

Eloklah bulan Mac ini kita memerangi UMNO-BN dengan mendedahkan segala kelemahan,skandal,rasuah,salahguna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka.Tak lupa di manakah sumber kekayaan mereka,berapa aset yang mereka miliki dan kat bank mana mereka simpan.Kita dedahkan satu persatu.
Pegawai-pegawai kanan kerajaan dan hakim-hakim yang bersekongkol dengan UMNO-BN juga kita bongkarkan kelemahan dan skandal mereka.

Bulan Mac kira bulan panas kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang bertanding di dalam pemilihan UMNO hujung bulan ini.Tok cadangkan beberapa nama seperti Mat Taib,Rahim Thamby Chik,Zahid Hamidi,Hishamudin,Hamid Albar,Khir Toyo,Mukhriz,Khairi dan Ismail Sabri.

Jangan lupa kat negeri pasir dua butir yang dirampas dan kini di bawah jagaan menteri pasola @ zambri.Dedahkan segala kelemahannya,sumber kewangan dan aset yang dimilikinya sampailah dia angkat bendera putih.

Rakan-rakan bloggers perlu bersatu dan bekerjasama mengumpulkan bahan-bahan bukti mendedahkan segala kekejaman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh polis selama ini.Satu gerakan boleh dibentuk untuk mendesak Musa Hasan dan Ketua Polis KL meletakkan jawatan kerana kekejaman polis dan FRU terhadap peserta-peserta perhimpunan 100 ribu membantah PPSMI sabtu lepas.Cara yang sama yang digunakan terhadap Rashid,bekas Pengerusi SPR boleh digunakan.Desakan beliau meletakkan jawatannya berkumandang di dalam parlimen oleh MP-MP Pakatan Rakyat.

GMP atau gerakan memansuhkan PPSMI perlu diteruskan dengan siri-siri ceramah jelajah negara dan penyerahan memorandum kepada Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu.

Sebagai menghargai perjuangan rakan-rakan kita yang masih ditahan di dalam lokap kerana membantah PPSMI,eloklah semua rakan-rakan blogger memaparkan gambar penangkapan seorang anggota unit amal yang dipukul dan ditahan oleh polis ketika cuba menghalang orang-ramai keluar dari Masjid Negara.Gambarnya ada disiarkan di dalam BBC News.(www.bbc.com).Berita terkini ada menyebut hanya tinggal dia seorang sahaja lagi yang ditahan di dalam lokap dan akan dibebaskan pada hari Selasa.Tidak lupa gambar-gambar mereka yang dibelasah polis dan FRU dan yang terkena gas pemedih mata.Paling penting gambar gas pemedih mata yang dilepaskan ke dalam masjid negara.Ini boleh jadi modal kempen Pilihanraya Kecil dan juga boleh dihantar kepada Amnesty International dan media-media asing seperti Al Jazeera,BBC,Gulf News,Jakarta Post dan banyak lagi.Biar satu dunia tahu sekarang Malaysia diperintah oleh sebuah kerajaan yang barbarian dan tidak menghormati undang-undang negara dan lunas-lunas demokrasi.Semalam tok baca laporan tentang demo PPSMI yang disiarkan dalam hampir kebanyakan media antarabangsa.

Rakan-rakan bloggers juga boleh sediakan satu ruang di dalam blog mereka untuk pembaca blog menghantar segala maklumat tentang kelemahan,rasuah,skandal dan salahguna kuasa pemimpin UMNO-BN dan tidak lupa juga pegawai-pegawai kanan kerajaan yang bersekongkol dengan mereka.

Pembentukan bloggers united atau kesatuan bloggers sangat penting terutama untuk berkongsi maklumat dan juga membentuk semangat setiakawan yang jitu sesama rakan bloggers.

7 comments:

Anonymous said...

Ekonomi makin gawat, orang politik tak pernah membantu rakyat, mereka hanya mementingkan diri mereka sahaja, terutamanya pemimpim PR. Jangan hanya pandai cakap untuk membela Rakyat, tetapi hakikatnya hanya mementingkan politik sendiri. Rakyat hanya alat untuk mencapai matlamat Politik mereka, maka ujudlah istilah yang sedap di dengar tetapi perit untuk rakyat menerimanya. Orang politik mengunakan rakyat untuk mencapai cita-cita politik mereka.

Anonymous said...

oitt orang takdak nama..

baik hang cakap macam tu kat pemimpin UBN..habaq mai bila depa ada membela rakyat Malaysia..kalau depa baguih sangat..takkan berlaku perkara2 yg tak patut berlaku sekarang ni..sapa punca benda2 ni berlaku..UBN la..lagi mau tunjuk baguih..

bodoh piang...cakap macam ludah ke langit ..kena kahak hang kat mulut hang balik..uweekkk geli aku..

EQUILIBRIUM said...

puan tanpa nama,

patutnya puan cakap begitu kepada menteri beend sbb mereka mempunya kuasa di peringkat federal.

kalau sudah ada kuasa masih tak tahu nak buat apa dan tak buat apa2 itu memang takde otak namanya. dan hanya pandai bermain politik.

Anonymous said...

betoi tu apa yg kome kata tu perakmali dan paloi.orang tanpa nama tu tak paham atau buat2 tak paham.pr hanya perentah negeri dan bn perentah federal atau persekutuan dalam bahasa melayunya.maka lain kali jangan cari salah orang cubalah cari puncanya.

roh_insan said...

"Tak Dpt Hilang Busuk Hati Melayu Yg Cintekan Dunie'

Ase yang berkate TS Khalid Mb Sel,agak kurang mahir berpolitik,tp SeM'sia tau malah negare luar pun pernah MENGIKTIRAF Ts Khalid sbg CEO terbaik.

Penyamun2 umno sdg giat utk membunuh Ts Khalid,c mamat tempe dgn lembu2nye sdg kaji n mengkaji ape lg strategi utk memusnahkn Ts Khalid selaku MB Sel.Penyamun umno sedar sekirenye PROGRAM2 MENGRAKYATKAN EKONOMI Sel(MES),tdk di bendung make bkn kate rakyat sel,malah seluruh rakyat M'sia akan berpaling kearah program MES tersebut.Penyamun2 umno itu mmg bodoh n mmg sombong,tdk terpikir di benak hati mereke selame puluhan tahun menerajui M'sia utk melaksanekn program yg telah di ilhamkn Ts Khalid.(Adus...mati kite andai di biarkn Ts Khalid itu meneruskn program MES.)

Sbg anak selangor aku amat bangge n amat yakin Ts Khalid akn berjaye didalam membangunkn ekonomi rakyat selangor khas nye kpd org melayu.Smp kehari ni Mike Tyson(kunun nye setie bak Hang Tuah)tdk sepatah haram pun berani mempertikaikn tentang PROGRAM yg di anjurkn olih Ts Khalid.(Mike Tyson amat menyedari tak mungkin die hebat sewkt menjadi Mb Sel,seandainye Ts Khalid tdk bersame pd wkt itu.)

Cume ape yg aku bimbang dan aku berharap agar PEJUANG EKONOMI MELAYU yg tdk mengambil kire tentang pahaman politik ini tdk mengalami nasibnye seperti Tan Sri Yahya yg mati nye menjadi tande tanye sehingge kehari ini,Heli nye yg begitu canggih tibe2 mengalami kerosakkn yg tdk dpt dikenal pasti,ape pun aku redha atas segale ketentuan Illahi.

Ape pun aku sedar n amat perasan hanye org melayu sahaje yg akan MEMBUNUH org melayu bile mane terase INSAN lain lebih MULIE dari dirinye,sejarah melayu lame telah pun membuktikn,Patih Karma Wijaya yg telah berjaye menghasut Baginde Sultan sehingge terbuangnye Laksemane Hang Tuah msh lagi meninggalkn keturunan nye sehingge kehari ini.Apelah maknenye ungkapan "tak hilang melayu didunie" andai yg ade hanye mementingkn PERUT sendiri serte MEMBUNUH bangse sendiri(aku sering bertanye apekah benar itu kate2 asal Laksemane Hang Tuah?? atau berkemungkinan kah Hang Tuah berkate begini.." Tak dapat hilang busuk hati melayu yg cintekn dunie")Wallahhualam.

Aku doakan Ts Khalid berjaye mengembangkn misinye sehingge ke seluruh Tanah Airku n akan sentiase di dalam Rahmat n Pelihare ALLAH.Amin..

Oh Negeriku Selangor..

Aku mmg mengakui TS Khalid Mb Sel,agak kurang mahir berpolitik,tp SeM'sia tau malah negare luar pun pernah IKTIRAF Ts Khalid sbg CEO terbaik.

Penyamun2 umno sdg giat utk membunuh Ts Khalid,c mamat tempe sdg kaji n mengkaji ape lg strategi utk memusnahkn Ts Khalid,Penyamun umno sedar sekirenye PROGRAM2 MENGRAKYATKAN EKONOMI Sel(MES),tdk di bendung make bkn kate rakyat sel,malah seluruh rakyat M'sia akan berpaling kearah program MES tersebut.

Sbg anak selangor aku amat yakin Ts Khalid akn berjaye didalam membangunkn ekonomi rakyat selangor khas nye kpd org melayu.Smp hari ni Mike Tyson(kunun nye setie bak Hang Tuah)tdk sepatah haram pun berani mempertikaikn tentang PROGRAM yg di anjurkn olih Ts Khalid.(Mike Tyson tak mungkin hebat sewkt menjadi Mb Sel,seandainye Ts Khalid tdk bersame pd wkt itu.)

Cume ape yg aku bimbang dan aku berharap agar PEJUANG EKONOMI MELAYU yg tdk mengambil kire tentang pahaman politik ini tdk mengalami nasibnye seperti Tan Sri Yahya yg mati nye menjadi tande tanye sehingge kehari ini,Heli nye yg begitu canggih tibe2 mengalami kerosakkn yg tdk dpt dikenal pasti,ape pun aku redha atas segale ketentuan Illahi.

Ape pun aku sedar n amat perasan hanye org melayu sahaje yg akan MEMBUNUH org melayu bile mane terase INSAN lain lebih MULIE dari dirinye,sejarah melayu telah pun membuktikn,Patih Karma Wijaya yg telah berjaye menghasut Baginde Sultan sehingge terbuangnye Laksemane Hang Tuah msh lagi meninggalkn keturunan sehingge kehari ini.

Aku doakan Ts Khalid berjaye mengembangkn misinye sehingge ke seluruh Tanah Airku.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil