Followers

Sunday, April 26, 2009

apa cerita Konvensyen Teh Tarik kali ke-2..??

Konvensyen Teh Tarik kali Ke 2 sedang dalam perancangan..pada mesyorat tingkap yang lepas kami dah buat rancangan beberapa program dan salah satunya adalah mengenai KTT kali ke-2..cadangan tempat dalam mesyorat tu di belah2 Lumut atau Teluk Batik..so orang yang dipertanggungjawab untuk meninjau tempat adalah Manjung Mai dan MSK...


sila baca catatan depa seterusnya..ummi cilok cerita ni dari Manjung Mai..layann...

Petang tadi jam 3.00ptg MSK talipon aku, dia dah tak ingat nak masuk mai rumah aku, terpaksa keluak kat simpang taman tunggu, rupa-rupa Dugong Darat yang jadi pemandunya, katanya nanti kalau dah pakai Toyota Camry senang, dah ada driver..
Mai rumah aku biasalah, bini aku pagi hingga tgh dia kena pi sekolah, aku pulak kerja sampai pukul 1.00, nak ajak makan nasi pun dah pukul 3, menu hari ini ikan kembung goreng, bendi goreng lada.. alhamdulillah, balik kerja kena nasi panas, phurgg lega, tak kan nak lawa dia makan nasi.. baki ikan pun tinggal sekor..nak selamat anak aku yang lepas SPM pi beli goreng pisang jamu kat dia, sembang-sembang pukol 4 kami pi ke hala Teluk Senangin, tengok tempat cadangan nak buat konvension Tea Tarik 2..
Cadangan aku nak buat kat Kem PLKN Teluk Sakah, 4 tahun lepas aku dah pegi hantar bini aku bawa anak muridnya buat kem motivasi kat situ, petang tadi aku pun macam biasa ikut jalan tu, masuk short cut kot kebun kelapa sawit, rupanya dah tutup ikut lorong tu, panik sekejap, nasib baik ada sebuah kereta kancil, mai dari mana aku pun tau...aku tanya rupanya lorong tu dah bertahun dah tutup, keluar balik jalan hala ke Teluk Senangin terus sampai..
Dan inilah gambar-gambar yang sempat aku snap...

Pantainya kira OK juga, waktu kani sampai air pasang penuh.. suasana sini orang tak ramai macam kat Teluk Batik, yang terlalu padat...dengan manusia dan gerai-gerai yang banyak..

Yang ada kat sini petang tadi pasukan Bulan sabit Merah Daerah Manjung dan pelajar-pelajar SRI TAALIM yang ada buat program di sini.

Kalau sesiapa ada pukat boleh memukat tangkap ikan kat sini..

Person In-Charge Blogger Network Perak... MSK baru lepas merandok air laut pasang..jambatan di sini roboh disebabkan peristiwa tsunami yang lalu..

Pelajar SRI TAALIM Seri Manjung sedang melakukan solat di atas pasir pantai.

Persediaan pelajar membuat flying fox...

Huhh lega dah selesai... anak sapa tah!! aku pun tak kenal ...

Komen aku.. tempat ini bagi aku kira OK kalau kita nak buat Program Konvension Tea Tarik sambil bawa keluarga bersama-sama bersiar.. Tentang cost budget berapa kena aku tak pasti.. sebab time MSK dok bincang dengan Pengurus tadi aku pi sembahyang asar, tapi tak mahai sangat berpatutan dengan tempat..hangpa tunggu nanti MSK keluar notice..apa pun aku harap semua blogger PR dapat mengahdiri program ni.. Insyaallah...

ummi...

Kalau di Teluk Senangin memang best..tapi nak masuk ke dalam tu jalan dia agak sunyi..tapi kira ok la..famili ummi selalu turunkan bot tang situ la jugak..tak sesak sangat dengan manusia..tapi yang ummi paling teruja sangat yang hat flying fox tu..aktiviti kegemaran ummi...mintak2 ada can buat flying fox..hehehe..

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil