Followers

Monday, April 27, 2009

pandang belakang Najib..sapa ada..??

http://photos.friendster.com/photos/group/62/03/593026/163993554857s.jpg

-bicara tok iskandar

Najib dah macam boneka mamak mahathirlah pulak.kata BN tak nak bertanding PRK Penanti tapi ubah keputusan bila mamak mahathir bantah.
najib diam membisu ketika mamak mahathir kritik barisan kabinet dapurnya yang turut diisi oleh individu yang dibenci mamak mahathir tak lain tak bukan nazri aziz dan johari baharum.
dengar citer jambatan bengkok nak buat balik atas nasihat mamak ni.inilah baru dikatakan membazir wang rakyat.dulu syarikat yang diterajui adik ipar mamak mahathir telah diberikan pampasan oleh gomen pasal batal buat jambatan bengkok.kalau nak buat jugak,eloklah syarikat gerbang perdana pulangkan semula duit pampasan tu.

sepanjang tempoh najib jadi PM,tok tak nampak pun kredibilitinya.benarlah kata mamak mahathir tak lama dulu,najib pemimpin yang lemah.kira pepatung@boneka buat mamak mahathir.idea merampas Perak tu tak mustahil idea mamak mahathir ni.setahu tok mamak mahathir jenis yang membelakangkan undang-undang bila nak laksanakan agenda peribadinya.dulu pemecatan mufti selangor,pemecatan ketua hakim negara dan hilangnya kekebalan raja-raja melayu berlaku pada zaman mamak mahathir jadi PM.

tok perhatikan najib sibuk untuk merampas selangor,sebuah negeri yang terkaya di malaysia.umno risau kerajaan PR Selangor akan takeover pengurusan air negeri.usaha-usaha untuk merampas selangor sedang berlaku dan PR perlu berwaspada dan melindungi tok wakil mereka agar tidak dibeli oleh umno.kali ini ezam akan jadi ejen untuk menarik tok wakil PKR join umno.

Untuk pisahkan PAS daripada PKR,umno akan manipulasikan isu babi dan kilang arak yang semua tahu telah dibina ketika umno memerintah negeri ini.usaha jahat ini boleh digagalkan jika bandaraya Shah Alam dijadikan bandaraya Islam dan jadi bandar kembar kepada kota bharu.

PR negeri-negeri boleh bekerjasama dengan mengadakan expo pendidikan,kebudayaan dan lain-lain lagi.tak lupa pertandingan futsal dan bolajaring peringkat negeri PR.Festival kebudayaan Islam juga boleh dianjurkan di negeri-negeri PR.

Biar rakyat dekati PR dan jauhi UMNO-BN.Setakat ni PR jauh kedepan kerana UMNO tak banyak berubah.rakyat tengok umno berubah kepada lagi teruk.mereka meragui SPRM,SPR dan mahkamah yang dilihat seolah-olah memihak kepada umno-bn.bertambah meluatlah rakyat terhadap umno-bn

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil