Nampaknya jalan pintas yang cuba diguna oleh Zambry melalui peguam-peguamnya telah dipintas juga oleh para hakim yang arif lagi bijaksana. Zambry gagal menggunakan Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkannya sebagai MB yang sah.
Dia berbuat demikian sebab tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf sebagai MB yang sah di Perak. Kemana sahaja dia pergi rakyat mencemuhnya dan mengelar MB haram. Dalam kes yang difailkan oleh Zambry pada beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:
1) Samada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.
3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.
Dengan itu, kes permohonan Zambry bagi mengisytiharkannya sebagai MB yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Posted by MisbahulMunir
ummi...
apa nak jadi dengan Zambry ni...lain kali jangan suka2 jadi pak turut...orang suh gi tejun lombong hang ikut..orang suh jadi MB hang ikut..tapi bila rakyat tak iktiraf hang..mahkamah tak iktiraf hang..apa hang nak kata...ini satu peringatan..kalau nak jadi pemimpin rakyat biarlah dari pengiktirafan rakyat..bukan dari pengiktirafan orang yang berkuasa...mesti punya pendirian yang tegas...jangan jadi lembu yang dicucuk hidung...yang susah sapa sekarang ni...Zambry dan geng2nya jugak...tapi yang terlebih susah adalah kami2 rakyat Perak..pikir lah demi rakyat bukan demi orang yang berkuasa..ada paham...!!
bak kata Mamamat ,
"Patutnya Perak membanggakan rakyatnya kerana memiliki dua MB dalam satu masa. MB DPulau ada kuasa. MB Nizar ada rakyat. MB Nizar terus mendapat sokongan dan simpati rakyat. MB DPulau pula masih teraba2 mencari rentak kuasa. MB DPulau ada kuasa tanpa rakyat, manakala MB Nizar pula ada rakyat tanpa kuasa. Kome pikioler mana yang seronok dalam idup ni? Dedulu sape pegang kuasa, rakyat kerumun. Ghuper2nye ler ni rakyat udah pandai memilih. Rakyat hanya kerumun sape yang pegang kuasa yang halal jer.fikir2 lah...Teringat teman pada kata2 satu orang tua semasa PRK Bukit Gantang. Dia kata di Perak ni, seorang MB mengumpul dosa setiap hari dan seorang lagi MB mengumpul pahala setiap hari. Tanda2 MB yang ngumpul pahala ialah rakyat suka membantunya sekiranya dia dalam kesusahan. Tanda MB yang ngumpul dosa pula ialah rakyat mencemuhnya setiap kali dia cuba menerangkan kebaikannya kepada rakyat. Untung MB yang dapat pahala. Udah tiga bulan. Banyak weh. Kesian pulak pada MB yang udah tiga bulan ngumpul dosa. Orang yang berdosa ni, walaupun banyak berbuat kebaikan udah takde makne kecuali bertaubat melepaskan jawatannye. Tapi kalo udah banyak sangat dosa, Allah payah nak bukakkan pintu hatinye. Allah bagi dulu apa yang dia ndak. Lepaih tu siapler. Nyesaipun tak guna dah."
7 comments:
ow~jadi, g mahkamah lagi la nie eyh~ sampai bile ni~~
rakyat jadi mangse ni~
kalau hakim membelahi PAS, ummi kata "hakim yang arif lagi bijaksana." hehe kalau hakim menyebelahi UMNO @ BN, ummi kata hakim pro BN. hehe tah la ummi, saya lihat cakap2 ummi ni belit2 macam jugak cakap2 pemimpin2 yg ummi agungkan seperti Anwar Ibrahim, Nizar, Nik Aziz dan Hadi.
Sikap ummi ni sememangnya sikap fanatik PAS yang tulen! Sama macam bila org UMNO lompat masuk PR, wahhh ummi bersorak gumbira dan takde pun cakap2 membantah lompat katak tu, tapi bila dia lompat BN balik, ummi pun melatah! kata lompat tak beretika la, salah lah. hehehe HIDUP UMMI!!!!
kesian dia.......gaji emm bee dah dapat ke.
saya masih belum mempercayai hakim.tunggu perbicaraan pd 5 dan 6 mei sebelum persidanan DUN
salam semua...
terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen anda..
to malaysian2day..
kita kena paham situasi la...dah terang lagi bersuluh jawatan yang dia dapat secara haram..bila mahkamah putuskan mengikut undang2 yang sah..kita nak bangkang buat apa..kita sokong la.. kalau dah kita nampak dia betol tapi mahkamah putuskan salah itu baru kita bangkang..idok le nak bangkang atau nyokong
tak tentu pasal..
kalau bab isu lompat parti ni kena tgk cara dia lompat le...kalau lompat dengan rela hati..takkan kita nak tahan lak..tapi kalau dia tu 'dilompatkan' dengan umpan bagai..tu dah terang2 tak ikhlas dan tak bermoral..disitulah perbezaannya..tapi rasanya ummi tak melatah la kalau bab2 orang nak lompat ni...sebab ummi berpegang setiap perbuatan pasti akan mendapat balasannya..antara cepat dan lambat jek..
hang kata aku fanatik..nak kata aku ada buh gambaq DS Nizar ke..TGHA ke..TGNA ke...DSAI..lambang PAS ke..PKR ke..takde pulak..setakat perjuangan memang ummi dibawah payung Pakatan Rakyat..dan tanggungjawab ummi untuk mempertahankan PR..cam hangpa la jugak demi umno dulu kini dan selamanya....tapi ummi lebih kepada memperjuangkan Islam..sapa2 tolak Islam aku pun tolak depa jugak..
ummi nak tanya..nape blog anda tak dibuka ruang untuk mengomen...?
bila mahkamah menyebelahi anda,maka anda kata mahkamah adil,tetapi bila tidak menyebelahi mahkamah zalim. LIDAH BIAWAK, LIDAH BERCABANG.
salam RBF..
di dalam blog ni ummi tak menggunakan lidah..ummi guna jari jek untuk menaip..
wallahualam
Post a Comment