Hari Ahad..semua kedai tutup. Kedai runcit..tutup. Kedai Janda Bakaq pun tutup. Yang sentiasa terbuka ialah ruang dibawah pokok mempelam. Kat situ la Ahli-Ahli Parlimen yang tidak terpilih bersidang…kecuali kalau hujan.
Lepas zohor..Cyberboron..Albanjari..Dugong Darat pun berjalan keluar dari masjid Sauk berjalan menuju bawah pokok mempelam. Sya dan Ummi dah sedia menunggu..depa tak sembahyang…tapi tak kan aku nak tanya pasai apa?
Kami duduk dibangku yang tersedia ada…sapa yang wakafkan…wallahualam. Duduk dalam bulatan…sebab tak dak sapa yang nak duduk dalam barisan. Fobia.
“Abang Mat jadi Speaker!” kata Dugong.
“Ada ka patut aku jadi Speaker? Sapa nak jadi MB? Sapa nak jadi Zamry? Lagi pun..aku nak bercakap..bukan nak dengaq hangpa bercakap.” Aku balas balik.
“Jadi Speaker…sapa pun tak boleh halau Bang Mat..jadi MB..takut sat ni kena peghalau.” Kata Cyberboron.
“OK la..” Aku memulakan sidang penggal kedua Bloggers Network. “Sila kemukakan usul pertama untuk dibincangkan..”
“Emm.ehem..ehem.. Tuan Yang diPertua. “ Albanjari bangun untuk membacakan usul. “ Diatas kesedaran rakan-rakan yang telah memberikan sokongan kepada kita…dan juga selepas meneliti hujah-hujah dan idea-idea Tuan Syed dan Pak Nawi..maka dengan ini saya mengusulkan supaya Bloggers Network mengadakan satu majlis perjumpaan untuk mengeratkan persahabatan dan berkenalan sesama bloggers supaya kita dapat merancang dan melaksanakan idea-idea yang telah dilontarkan oleh rakyat bawahan macam kita.”
Speaker:” Suruh depa mai kat bawah pokok mempelam ni la!”
Albanjari:”Tak boleh Tuan Speaker! Tempatnya sempit..dan terbuka. Nanti kena serbu..naya. Lagi pun..nak berkumpul..kena minta permit.”
Speaker:” Habih nak buat kat mana?”
Albanjari: “ Kita buat satu majlis minum petang..tempatnya kita buat kat Ipoh..supaya senang orang datang. Yang dari Bagan Datoh ka…dari Bagan Serai ka.. sama jauhnya. Kita buat kat Restoran Sabar Menanti. .sebelah Stadium Perak. Tempat parking senang..lagi pun eksklusif sikit. Tak dak la bising bunyi lori.”
Speaker: “Bila nak buat tu?”
Albanjari: “3hb Mei ni. Hari Ahad..jam 5 petang”
Dugong: “ Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya kita buat juga konsert pada majlis tersebut. Tak kan nak dengor ceramah je. Sesekali kena ada hiburan jugak. Kita buat macam Jom Heboh…cari sponsor..boleh jugak buat duit. Kita panggil Amy Search ka.. Siti Nurhaliza ka..”
Ummi: “ Minta laluan Tuan Speaker…Ummi tak setuju. Kan konsert Jom Heboh tu dah difatwakan sebagai haram oleh Mufti Perak? Pasai apa kita nak buat?
Dugong:” Itu dulu, Tuan Speaker! Dulu diharamkan pasai nama dia Sure Heboh..Sekarang …dah tukar jadi “Jom Heboh”.. dah tak haram lagi. “
Speaker:” Habih…dah halal la?”
Cyberboron: “Minta laluan Tuan Speaker…mengikut fatwa yang baru dikeluarkan…hukumnya tidak haram dan tidak halal.. tapi ..harus.”
Speaker: “ Macam mana punya fatwa da?….dulu..haram sana, haram sini. La ni..harus sana, harus sani sini.”
Cyberboron:”Macam ni Tuan Speaker..oleh kerana kita tidak pasti sama ada kita boleh dapat logo halal atau tidak..kita cancel konsert tu. Kita buat secara santai..tak mau ucapan banyak-banyak…bukan nak buat ceramah…tapi kita mau lebih banyak interaksi sesama kita. Sambil makan…sambil sembang.”
Speaker:” Nak sembang dengan sapa? Nak sembang dengan hang…dah naik meluat dah.”
Cyberboron:” Kita jemput Nizar mai sekali. Kita sembang dengan Nizar…baru syok sikit. Aku sendiri tak dak chance nak sembang dengan dia. Setiap kali ada majlis…orang dok escort dia sampai meja VIP. Lepas tu depa dok buat kubu…kita nak pi salam pun tak boleh. Lepas berucap…dia makan sikit-sikit terus blah..Jadi, kali ni kita mintak dia berucap sikit-sikit, lepas tu bagi chance kat member-member kita yang datang..kot-kot nak mintak autograph ka..nak bergambar ka. Santai saja.”
Speaker: “Setuju?”
Semua: “Setuju!!!”
Dugong :” Habih…konsert macam mana?”
Speaker: “Not relevant!”
Sya-reformis:” Tuan Speaker…kita nak makan apa?”
Albanjari:” Kita makan special sikit la…ni asyik makan briyani…ayam..kambing..leceh la. Kita makan ubi rebus…pulut inti..pengat pisang..bubur pulut hitam.”
Speaker:” Yang tu ka special?”
Albanjari: “ Ya, Tuan Speaker. Sekarang ni…susah nak cari ubi rebus cicah kelapa. Pulut inti…nak tunggu orang bersunat baru ada. Pengat pisang…nak cari pisang masak pun susah sebab orang buat kerepek.”
Speaker: “Sapa nak bertanggungjawab pasai makan ni?”
Albanjari: “Yang ni kena bagi anak dara yang buat. Bagi kat Sya-reformis. Tak makan pun abang kenyang..ha..ha”
Speaker :”Setuju?”
Semua: “Setuju!!!!”
Speaker: “Sapa nak jadi Emcee?”
Dugong: “Yang ni bagi kat Ummi…Johan Tilawah Bagan Datoh. Bila dia bersuara..unggas-unggas pun menyepi..kah..kah..kah”
Albanjari: “Yang ni Wak setuju sangat…Wak sokong seratus peratus.”
Speaker: “Amacam Puan Sri Ummi?”
Ummi: “ Yang ni Ummi kena balik tanya hubby dulu..kalau dia kata OK…OK la”
Speaker:”Alright! Sapa nak handle pendaftaran? Orang nak datang nak tanya sapa?”
Sya: “ Kita suruh Wak yang buat. Dia cakap banyak…bagi dia kerja banyak sikit.”
Albanjari: “No problem. Kalau ada orang nak datang…wak akan bagi tau cara dia..masuk je blog Wak kat sini..”
Cyberboron: “Minta laluan, Tuan Speaker. Kita ni…tak mau jemput VIP ka? Macam YB-YB, YDP..Ketua Bahagian…”
Speaker: “Aku rasa..tak payah jemput. Kita tengok sapa yang datang. Kalau depa tak tau..tandanya depa tak pernah baca blog. Kalau depa tau..tapi tak mau datang..tu tandanya depa tak suka kat kita. Sapa yang datang…tu tandanya depa prihatin kat kita. Bukan kita nak jual mahal…tapi kalau kita selalu dok ikut depa dan depa tak mau ambil tau pasai kita…boleh blah la. Dalam majlis ni…tak dak VIP..tak dak YB. Semua sama. …Nizar dah confirm ka nak datang?”
Sya-reformis: “ Saya dah check dengan Amran…Amran kata…insyaallah..kalau tak mati…dia mesti datang.”
Speaker: “Fuiyo!!! Reserve kat aku 10 seat. Aku nak bawak anak bini aku datang. Pak Mentua …Mak mentua aku pun nak join. Sidang ditangguhkan “
Ummi:” Nanti sat Tuan Speaker!! Saya nak bawa usul Konvensyen Teh Tarik ?”
Speaker:”Tak tau peraturan Dewan ka? Kena bagi notis la dulu.”
Ummi: “OK..esok Ummi emailkan.”
sumber MSK
1 comment:
salam
aumak meriahnye sidang parlimen kome
www.telokbakong.com
Post a Comment