Followers

Wednesday, April 29, 2009

Hanipa Maidin menjawab Dato' Hafarizam...

Saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Dato Hafarizam untuk menjawab artikel saya yang tersiar secara meluas di alam internet ini (“ Zambry perolehi perintah yang tidak laku” ) Paling kurang saya berterima kasih beliau membaca artikel saya. Terima kasih sekali lagi.

Sebagai peguam saya menghormati pendapat beliau dan bagi saya tidak salah untuk beliau mengambil keputusan menjawab artikel saya tersebut . Menyanjung roh demokrasi yang sebahagiannya adalah kebebasan bersuara , kita wajar menghormati kenyataan beliau ketika menjawab artikel saya tersebut.

Saya tidak bercadang menjawab satu persatu apa yang beliau tulis sebaliknya memadailah saya hanya menjawab isu teras yang beliau bangkitkan di dalam kenyataan beliau tersebut.

Ramai meminta saya jelaskan kenyataan beliau bahawa

"Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah, adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan"

Sebenarnya kalau para pembaca membaca tulisan saya dan memahami betul-betul apa yang saya cuba sampaikan, para pembaca akan tahu bahawa dua perintah deklarasi ( perisytiharan ) yang Zambry dan enam exconya perolehi tidak membawa apa-apa kesan .

Bagi sesiapa yang pelajari dan terdedah dengan undang-undang pentadbiran ( administrative law ) mereka akan tahu perintah deklarasi sahaja tidak cukup kuat untuk mengikat Sivakumar.

Memanglah susah nak terangkan pada mereka yang bukan ahli undang-undang ( laymen ) khususnya ahli dan penyokong Umno tentang apa dia certiorari dan apa dia mandamus kerana bukan sahaja orang awam susah untuk faham malahan tidak semua para peguam juga dapat memahaminya atau memahaminya dengan baik..

Saya tidak pasti sejauh manakah Dato ‘Hafarizam biasa dengan kes-kes semakan kehakiman ( judicial review ) dan jenis-jenis perintah ( remedies ) yang biasa dipohon di dalam kes-kes semakan kehakiman.

Bagi pihak saya dan bukan niat nak membanggakan diri, sudah hampir 16 tahun saya menjadi pengamal undang-undang dan dalam tempoh tersebut antara cabang undang-undang yang saya banyak kendalikan kes adalah melibatkan kes-kes semakan kehakiman .

Saya akui tidak semua kes saya menang tetapi pendedahan kepada undang-undang tersebut agak mungkin agak lebih sikit dari Dato’ Hafarizam ( yang juga kawan baik saya )

Saya lihat di dalam jawapan beliau kepada artikel saya , Hafarizam tidak menjawab mengapakah Zambry tidak memohon perintah certiorari ( quashed the decision of Sivakumar ) dan perintah mandamus ( supaya Sivakumar benarkan beliau dan enam exconya masuk ke dalam siding DUN Perak )

Hakikatnya apabila persoalan tersebut dibangkitkan oleh Haji Sulaiman Abdullah, peguam Zambry iaitu Encik Fairuz Hussin mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa Zambry tidak dibenarkan memohon dua perintah tersebut

Berdasarkan jawapan dari Encik Fairuz tersebut, beliau sendiri mengakui bahawa Zambry terikat dengan doktrin pengasingan kuasa - bermakna Mahkamah tidak boleh perintah untuk Speaker membuat sesuatu atau melarang speaker membuat sesuatu. Dengan lain perkataan Fairuz mengakui Zambry tidak boleh mendapatkan perintah certiorari dan mandamus ke atas Sivakumar.

Tanpa perintah certiorari dan mandamus sebaliknya hanya mendapat perintah deklarasi sahaja , ianya tidak membawa apa-apa kesan kerana perintah deklarasi tidak boleh memaksa Sivakumar membuat sesuatu atau melarang Sivakumar membuat sesuatu perkara.

Bagi orang awam mereka mungkin bertanya kenapa perintah deklarasi bersifat begitu ?

Saya boleh jawab tetapi saya jika saudara tanya begitu samalah seperti saudara tanya seorang doktor kenapa ada ubat demam dalam bentuk pil dan ada dalam bentuk minuman atau pun saudara tanya seorang Ulama kenapa solat zohor empat rakaat dan kenapakah solat subuh hanya dua rakaat ?

Di dalam kenyataannya Hafarizam menyatakan bahawa isu mengapa Zambry tidak memfailkan semakan kehakiman sebaliknya hanya memfailkan Saman Pemula sahaja tidak wajar ditimbulkan kerana Mahkamah Persekutuan telah menolak bantahan peguam Nizar berkenaan isu tersebut .

Ya, benar Mahkamah telah menolak bantahan awal peguam Nizar terhadap isu tersebut, Tetapi apa yang Hafarizam tidak jelaskan adalah meskipun Mahkamah menolak bantahan tersebut ianya tidak bermakna perintah -perintah deklarasi yang Zambry pohon sama tarafnya ( dari segi kekuatan dan keberkesanannya ) dengan perintah seperti perintah certiorari dan perintah mandamus.

Hafarizam mungkin terlupa untuk menyatakan bahawa dengan penolakan bantahan tersebut , Mahkamah , pada hemat saya, pada hakikatnya ingin menyampaikan mesej kepada Zambry dengan mesej berikut :-

a. Bahawa memandangkan kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja , kami ( para hakim ) hanya benarkan untuk kamu memohon perintah tersebut melalui kaedah Saman Pemula dan tidak melalui Semakan Kehakiman di bawah Perkara 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

b. Tapi kamu juga kena faham apabila kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja dan tidak memohon perintah certiorari dan mandamus, kami boleh beri perintah yang kamu pohon tapi jangan salahkan kami kalau perintah tersebut tidak boleh membawa apa-apa kesan pemaksaan ( coercive force ) ke atas Sivakumar.

c. Kamu sendiri harus dipersalahkan kerana tidak memohon perintah certiorari dan mandamus bagi memastikan sebarang keputusan Sivakumar bukan sahaja dapat dibatalkan tetapi juga dapat dibuang/dipadam dari rekod DUN Perak. Tanpa perintah certiorari, keputusan Sivakumar tersebut akan kekal di dalam rekod di DUN Perak kerana kamu tidak pohon untuk padamkan perintah tersebut.

d. Kalau peguam kamu sendiri mengaku bahawa kamu tidak boleh pohon perintah certiorari dan mandamus bagi memadamkan keputusan Sivakumar, mengapa kamu masih juga memfailkan permohonan saman pemula ini dan meminta kami memerintahkan perintah yang tidak membawa apa-apa manfaat untuk mencabar keputusan Sivakumar.

e. Memandangkan kamu dah berada di Mahkamah ini dan memohon perintah-perintah deklarasi ( sebanyak 10 perintah ) kami bagi jugalah sebagai “saguhati” kepada kamu iaitu dua perintah deklarasi dari 10 perintah tersebut.


Sama ada mesej tersebut difahami oleh Umno atau tidak kita lihatlah pada 7 hb Mei ini .

sumber Hanipah Maidin

10 comments:

lebaymans berkata said...

salam ummi,
alhamdulillah dan syukur kehadrat allah swt, insyallah mudah mudahan kebenaran semakin terserlah jua akhirnya,sekurang kurangnya maklumat sdra hanipah maidin menjawab persoalan pokok permasaalahan.kita tunggu dan lihat pada 7hb.mei.2009.wauallahualam.

Malaysian-2Day said...

fikiran biar simple, Sultan ketua negeri, dia berhak memilih siapa yang dia suka untuk menjadi MB di negerinya. Itu dah cukup bagi otak manusia biasa macam aku untuk mengenalpasti siapa MB perak sekarang. Tak perlu akta itu, akta ini, buat pening kepala hotak aku je.

Sivakumar pun nak kene pecat tak lama lagi. so biarlah Zambry memulakan tugas membangunkan negeri perak ni tanpa gangguan dari PR. PR boleh bagi cadangan apa yang baik untuk negeri ini. tak perlu la nak susah2 pikir sapa MB yang sah.

Cuba korang guna otak sikit. Kalau mahkamah kata Nizar MB yang sah, apa nizar boleh buat? sekadar nak bubarkan DUN negeri perak kan? itu je matlamat korang. Kenapa lah busuk hati sangat. Biarlah Zambry memerintah negeri ni, nanti masa pilihanraya umum akan datang, kita lihat siapa yang rakyat pilih untuk memerintah negeri perak ni.

Sabar! Sabar separuh dari IMAN!

Anonymous said...

malaysian-2day...?????

i think you are malaysian-thoseday...

memangla sultang boleh lantik mb yg dia berkenan, tapi biarla mb lama letak jawatan secara berkhemat atau undi tak percaya atau bubar dun.

bukannya undi tak percaya pada speaker. ape punya terbalik la politik ameno ni.
ini dicision kerajaan dlm kelambu ker???
(dulu kerajaan 3-beranak ngan kepala tido)

ya... PR boleh bagi idea utk kemajuan rakyat. tak de parti politik dlm dunia ni pun nak rakyat dia mumdur, hatta zimbabwe sekalipun, atau kominis cina, atau pun kominih rusia yg dah collapse dulupun nakkan maju.

pas pernah bagi idea/saranan dlm NEAC dulu, tapi ape yg che det buat?? dibakul sampah saje.
parti politik yg mundur ialah parti politik yg tuduh atau sekat parti politik lain memerintah.
woi!! len kali tubuh kerajaan sosialis atau kominis la (tukar jadi 1st kominis melayu). senang citer. tak yah nak kempen, buang duit jer. tak yah berarak. tak yah ceramah.
dok rumah main buai.

adi360 said...

kesian malaysian-2day, entah kenapa dia jadi malas nak berfikir... kalau macam tu lebih baik tak payah ada mahkamah n undang2... semua refer pada sultan.. sikit2 sultan.. sikit2 sultan..

kalau sultan tu ketua negeri, elok bagi dia je yang memerintah.. tak payah ada pilihanraya... kan dia ketua negeri.. suka hati dia nk memerintah dengan sapa...

tertanya gak aku, rakyat pilih zamry ke untuk jadi MB?... adakah orang yg mengundi yang memberi kemenangan kepada 3 ekor katak dulu menyokong BN?

Pak Oncu said...

den cadang kan malaysian-2day poie berkampong dengan sakai sakai jakun jakun yang masih hidup gaya primitive daslam hutan tu,,, ha ha ha ha ha jangan marahhhh !!!!!!!!!

kotak14 said...

Thursday, April 30, 2009
madu yang dibuang,sebelum habis sepahnya......

aku terpanggil untuk menulis kisah ini.lambang persaudaraan dan persahabatan aku pada seorang sahabat bloggers.Jumaat lepas,heboh di akhbar akhbar utama,kisah seorang pengendali blog "pahangdaily"disaman sebanyak RM 2 juta atas tuduhan fitnah.Saman ini telah dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan.Mangsa kononnya yang diliwat Dato Seri Anwar Ibrahim.

Pada jumaat lepas,aku ada menghubungi rakan rakan bloggers yang lain,apakah bantuan yang perlu diberikan kepada bloggers berkenaan "cucu mat kilau".Sayang seribu kali sayang,rupanya sahabat bloggers yang lain cuma ada kesedaran berpolitik.Tiada kesedaran sosial sama sekali.

Begitu juga sikap para pemimpin PAKATAN RAKYAT yang lain.terutamanya DSAI sendiri.Seorang bloggers yang membersihkan nama DSAI dilayan seperti seorang pelacur tua yang tidak mahu dibantu sama sekali.

Kemana perginya peguam peguam PKR didalam membantu "cucumatkilau".Adakah hati saiful izham,latifah koya,shamsul iskandar telah dibutakan dengan sedikit kemenangan.Dimana sikap kemanusiaan DSAI dalam membantu "cucu mat kilau".

Perbualan telefon aku bersama "cucu mat kilau"sebentar tadi menjelaskan segalanya.memang sah tiada bantuan,sama ada sokongan moral,bantuan nasihat guaman tidak ada langsung.

Beginikah sikap seorang peminpin yang langsung memperdulikan nasib seorang yang membela maruah DSAI sendiri.

Begitu juga sikap para sahabat bloggers yang lain.Sehingga posting ini ditulis,tiada sokongan dari sahabat bloggers sama sekali.

buat semua bloggers network,masih ingatkah kita dengan deklarasi semasa penamaan calon permatang pauh.dibawah khemah sambil menikmati asap rokok,mee udang dan nasi.Kita sama sama berjanji,untuk membela nasib rakan bloggers yang lain.

sayang seribu kali sayang,deklarasi berkenaan kita dilupakan.semua semakin hanyut dengan dunia glamour masing masing.Kita mula lupa daratan.menganjurkan berbagai majlis hi-tea dan pelbagai majlis cari glamouryang lain.

Kita mampu menebalkan muka memohon derma simpati untuk tembolok sendiri ketika berjuang ats nama parti.tapi kita lupa rakan sendiri yang kini terkontang kanting memohon simpati dan sokongan moral.

Jika beginilah sikap kita,yang lebih pentingkan tembolok sendiri,majlis hi-tea dan sebagainya..adalah lebih baik,kita para bloggers,pemimpin pakatan rakyat membuat pertunjukan sarkis.menjadi badut di pentas diketuai DSAI.

Ayuh,buka minda,buka mata hati...seorang rakan kita "cucumatkilau"perlukan kita semua dikala ini.Beliau bukan meminta wang ringgit,sebagai pejuang seperti beliau.Pamerkan no akaun di laman blog bukan pilihan.Beliau cuma perlukan sokongan moral.

berkenaan bantuan guaman,biarlah DSAI dan pakatan rakyat uruskan.

Setuju dgn mummy said...

M2day ...

kalo tak mahu peningkan kepala pg kawan dgn budak2 tadika. Guling2 kat padang sampai letih pastu rehat tido. Memang tak pening pon. Hang nih makin tua makin bengap plak. B%^&H x mahu diajar.

Anonymous said...

perkara teknikal undang2 nie x payah bertelagah sangat. Ingat dlm negara demokrasi rakyat adalah sebaik-sebaik hakim. Berikanlah yang hak menentukan untung baik negeri.Zaman goverment know sudah berlalu.
UBN! zaman memancing rakyat dengan batik-pelikat dah berlalu.

UBN! zaman mengugut rakyat dengan pembangunan jalan,tiang elektrik buku teks dah berlalu.

UBN! zaman medera rakyat dengan merarik subsidi dan biasiswa dah berlalu, rakyat dah paham mainan itu.

UBN! zaman adu domba antara kaum, pecah perintah cara british dah berlalu, rakyat dah paham mainan itu.

UBN! zaman media exploitas cerita murahan dah berlalu, rakyat dah paham mainan itu. Rakyat minta berubahlah perangai tu.

UBN! Apakah takut perak ditakbir pr? Apakah takut gabungan pas dap berjaya mentabir hinggakan merompak disiang hari. Rakyat nampak undang2 boleh dimanipulasi oleh orang tak amanah. Undang2 kita reka, teknikalnya berubah menikut masa.

UBN! Menjamin keadilan kepada rakyat adalah amanah. memberi tanah kepada yang berhak adalah amanah, keadilan tidak boleh diukur dengan warna kulit. Memberi tanah kepada perompak adalah salah. Assobiah menutup mata kita dari melihat keadilan. Jgn menjahilkan rakyat dengan assobiah.

UBN! Zaman terima kasih dah berlalu. terlalu banyak rakyat bayar penguasa jadi kaya raya. banyak khazanah bumi diangkut semaunya silih berganti. Dari pemuda hingga menjadi veterannya. Sudahlah rakyat nampak.

Kepada rakyat perak lihatlah, bandingkanlah 11 bulan dgn 50 tahun memerintah. Jika ini ditakdirkan. hukumlah penguasa yang tidak berlaku adil pd pru 13. kerajaan didirikan oleh amanah rakyat.

zaidi

Malaysian-2Day said...

hehe, korang ni byk sgt berfikir, tapi tak guna otak. fikiran korang mengalahkan pemimpin korang sendiri! hehe korang ingat korang dah pandai? otak tu tuhan bagi gunakan. masaalah di perak ni ialah masalah yang di timbulkan oleh PR dan PAS sebagai tunggangan DAP je. Kalau masa BN kalah di pilihanraya umum lepas, kenapa BN tak pun nak buat macam2 helah sebegini? Kami boleh menerima kekalahan sebagai seorang lelaki budiman :) tapi korang tidak, korang menagalahkan budak2 tadika. hehe berguling sana sini termasuk atas jalanraya. ingat ke peristiwa tidur atas jalanraya tu? hehe. point aku simple je, korang tak pernah menang di Perak, jadi apa salah tunggu lagi setahun dua untuk membuktikan kehandalan korang. kenapa macam org giler meroyan nih? relek bro. Buat kerja dulu, bukan buat kecoh.

Tengok lah gelagat korang termasuk Nizar sendiri, aku perangai macam budak tadika atau kamu semua dan Nizar? mula2 dulu taknak keluar rumah rasmi MB, lepas tu taknak kasik balik ereta rasmi, lepas tu taruk depan apagar rumah dia sewa tu "Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak" hehe apa punyer tadika nih? Baru2 ni pulak, semasa berceramah nizar siap mengugut nak buat kecoh semasa persidangan adun 7hb nanti. ini perbuatan org dewasa?

Jadi untuk kamu semua yang suka maki2 org ni, gunakanlah kapala lutut kamu semua sebelum bercakap.

Kembalikan kuasa kepada rakyat kunun! kembalikan kuasa kepada nizar yg betul nyer kan? itu lah perjuangan korang. Takder makna nyer beb!

PerakMari said...

alahai malaysia 2 day,bende ni takkan berlaku kalau UBN boleh berlapang dada dengan kekalahan UBN masa PRU 12 aritu.kalau UBN tak rampas Perak,takkan kecoh Perak ni cam skrang ni..PAHAM...!!!aku ulanglagi sekali..kalau UBN tak RAMPAS Perak dah tentu aman dibawah pemerintahan PR.

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil