Setelah dikaji saya telah menjangka dari awal lagi peluang kedua-dua parti yang bertanding Umno dan Pas di Manek Urai adalah 50-50.
Berdasarkan sosiologi penduduk setempat dan isu yang mengelirukan ahli dan penyokong Pas mengenai kerajaan Perpaduan terutamanya bagi pengundi yang berada di luar Kelantan, yang masih lagi binggung halatuju Pas sebenarnya.
Pilihanraya kecil kali ini, adalah pilihanraya kecil yang pertama berlaku di luar Bandar, yang sudah tentunya berbeza pandangan dan kekuatan ekonomi pengundi dengan pilihanraya kecil yang sebelumnya.
Walaupun Pas menang tipis dengan majoriti 65 undi sahaja tetapi Pas seharusnya berbangga dengan hampir seluruh Menteri-Menteri Kabinet turun ke DUN Manek Urai bukan setakat tabur janji tetapi duit berguni-guni pada pengundi disana.
Dan perlu juga diakui orang melayu amnya tidak tahan dengan ujian satu ini. Duit bisa menggelapkan mata.
Lain dengan pilihanraya yang sebelum ini yang berlaku di kawasan bandar atau pinggir bandar, Permatang Pauh, Penanti, Bukit Gantang, Kuala Terengganu, Bukit Selambau.
Dan perkara yang tak dapat dinafikan politik wang terlalu bermaharaja lela di Manek Urai, jika boleh bertahan dengan majoriti ini pun dikira OK, ataupun kalah terus.
Pas juga harus berlapang dada jika dikatakan kemerosotkan majoriti disebabkan oleh Kerajaan Perpaduan yang cetuskan oleh Hadi Awang dan Nashruddin Mat Isa, yang menyebabkan pengundi-pengundi muda berada di luar kelantan mengemukakan protes yang jelas kepada Pas yang bersikap tarik tali dengan umno tanpa memikirkan susah payah ahli Pas selama ini, yang kekadang berbalah dengan adik beradik disebabkan fahaman politik yang berlainan, tapi setengah pimpinan Pas gelap mata dek tawaran menteri tu, menteri ini.
Jika dibandingkan dengan pilihanraya kecil sebelum ini.. Pas pernah kalah kerusi yang disandang semasa Pilihanraya umum sebagai contoh di DUN Pengkalan Pasir, pada PRU 2004 PAS menang dengan 56 undi, kalah pada Pilihanraya Kecil 2006 majoriti 134 setelah Adunnya meninggal dunia, tapi menang kembali pada PRU 2008 dengan kemenangan yang lebih besar 2,348, walaupun calon yang sama dengan pilihanraya kecil 2006 Hanifa Ahmad ( Pas ) Hanafi Mamat ( Umno ).
Umno memang sedia maklum dengan keadaan ini sebenarnya, tapi bolehlah pimpinan Umno atasan menghiburkan hati yang gundah gulana yang dialami dalam pilihanraya sebelum ini, walaupun kalah. Pun begitu keputusan ini tidak mengambarkan mood rakyat keseluruhannya.
ehsan dari lepassebak
No comments:
Post a Comment