Followers

Saturday, August 15, 2009

TGNA mengaku tersilap guna perkataan...

MACHANG – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menjelaskan beliau bukan bermaksud untuk tidak membantah tindakan sebilangan pemimpin DAP yang menghina Islam seperti mana yang disiarkan di akhbar semalam.

Sebaliknya beliau berkata, beliau telah tersilap menggunakan perkataan ‘tidak salah’ dan perkataan yang sepatutnya dinyatakan ialah ‘tidak pelik’.

“Memang saya kata tidak salah pemimpin DAP menghina Islam. Tetapi maksud saya ialah tindakan pemimpin DAP itu tidak pelik kerana mereka bukan beragama Islam.

“Perkataan tidak salah yang saya sebut itu sebenarnya bermaksud tidak pelik perkara itu berlaku kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang Islam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Jambatan Konkrit Kampung Kelaweh ke Kuala Sat, di sini semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, perkara tersebut juga bertitik tolak daripada sikap umat Islam yang tidak menyebarkan Islam atau berdakwah kepada kaum lain melainkan kaum Melayu sahaja.

“Macam mana mereka nak reti (tahu) mengenai Islam kalau semua orang Islam hanya berdakwah kepada Orang Melayu sahaja dan tidak kepada kaum-kaum lain di Malaysia ini.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita (orang Islam) untuk berdakwah kepada semua tanpa mengira siapa mereka. Kita perlu rajin berhujah atau bersoal jawab dengan mereka mengenai agama seterusnya menarik minat mereka mendalami Islam,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas persiapan menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas bertekad akan lancarkan kempen besar-besar bagi mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Permatang Pasir walaupun pada bulan Ramadan.

Beliau berkata, Ramadan tidak akan menjejaskan perjuangan Pas malah akan lebih kuat berusaha demi mengembangkan syiar Islam.

Katanya, Bulan Ramadan adalah satu kelebihan dan tidak akan menimbulkan masalah kepada Pas.

“Apa salahnya bulan Ramadan, Perang Badar pun pada bulan Puasa dan Rasulullah telah membuktikannya. Kenapa kita nak takut. Inilah peluang yang patut kita rebut bagi mendapatkan lebih pahala sempena bulan Ramadan .

“Sebab itu Allah menggalakkan kita berpuasa walaupun bukan pada Bulan Ramadhan iaitu setiap dua hari seminggu , Isnin dan Khamis untuk melatih kita sentiasa bersedia dalam apa keadaan sahaja terutamanya dalam memperjuangkan Islam,” katanya.

sumber sinarharian



seperti bidalan..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata badan binasa...begitu juga dengan kenyataan TGNA yang lepas bila tersalah guna perkataan.. nak katakan 'tak pelik' guna 'tak salah'...apa lagi memang salah le jadinya..kenyataan yang menjadi kontrovesi kepada umat Islam...

tapi yang ummi nak highlightkan adalah pengakuan TGNA tersilap tu yang kita puji..dah tersilap ngaku tersilap..ye lah TGNA juga manusia biasa apa nak heran kalau tersilap pun..yang herannya bila dah silap tapi tak nak ngaku silap..egonya tinggi melangit sangat..

teringat dulu arwah atok ummi pesan kat ummi..." kalau nak bercakap pikir dulu..apakah yang mendengar tu paham ke tak cakap kita..sakit hati ke tak bila kita bercakap..jangan ikut sedap kita je ...nanti orang marah..." ini adalah pesanan arwah atok ummi yang sampai sekarang ummi ingat dan ikut..tapi kadang 'TER'lepas gak... peringatan ini untuk ummi dan semua..

Al-Fatihah buat atok ummi...

10 comments:

ghostWRITER said...

nikkie ajis salah fatwa? harakahdaily.net pula salah date pilihanraya..apa PASlernih mmg parti asyik wat slh ka? nak tau cerita harakahdaily.net? ziarahla blog aku.. http://ohpolitik.blogspot.com

Anonymous said...

salam ummi..
saya mmg dh agak.. setiap kali TGNA kluar kenyataan, pasti ada sesuatu yg tersirat dalam kenyataannye... walaupun tersuratnye "tak salah" saya tetap rasakan yang tersiratnye "tak hairan"..

kembara™ said...

--daaksaytunk
ala..PAS pun manusia jugak dan bukan semuanya ma'sum..habis tu?sume orang2 umno tu ma'sum ke?macam tak pernah buat silap..rileks ar bro...kesilapan adalah sifat kekurangan manusia...

to ummi anni :
tak pelik kalau TGNA tersalah guna perkataan..maklumlah,memandangkan usia TGNA dah begitu lama..tapi ilmunya tinggi,masyaAllah.kalau ada kesilapan,itulah lumrah..:)

Anonymous said...

bg saya ilmu agama TGNA ni tinggi,sepastinya ada maksud yg tersirat yg kita kena buat renungan semula utk mencari maksud yg sebenar.sy nasihatkan bg bukan org negeri kelantan hendaklah mendapat penerangan yg jelas drp org kelantan kerana org kelantan ada kelainan dlm menyampaikan sesuatu maksud

ghostWRITER said...

kembara..aku tak katapun PASlernih ma'sum...aku tak kata UMNO ma'sum, aku kata asyik buat salah...Kalu UMNO wat salah angpa nampak sgt...kalu angpa wat salah klua fatwa ma'sum plak...salah tetap salah..ang ada baca paper sampah angpa tew? 24 Ogos pilihanraya..biaq betoi..harakahdaily.net tew SPR ker? pandai2 umum tarikh baru..suka ati jer..

Anonymous said...

salam..hehe
Kalau ikut kamus dewan..jauh betul beza makna "tak salah" dengan "tak pelik" tu..tersirat ke..tersurat ke..memang beza maknanya..oh ye..ahli sorga la katakan,mana bole mursidul silap...
Ape lagi yang tok guruk cakap yang dah tersilap sebelum2 ni..?ntah2 semua skali..hehe,batal la segala fatwa untuk golongan yang taksub..
Cukup2 la menghentam muslim lain sebagai benci islam / menghina islam..sedangkan diri sendiri tengah berpeluk dgn harbi yang betul2 memusuhi islam..

Anonymous said...

ha ha... tok guru tu org sastera, perati baik2 kontek ayat yang digunakan sblm dia keluarkan perkataan "tak salah".. sblm tu wartawan tanya ttg DAP yg menghina Islam, jd tok guru jawab "tak salah" sbb apa jawab mcm ni, tujuannya nak bagi sedor dan perli kat pemimpin UMNO, dah pemmpin kome tu yg dari dulu ada menghina Islam..

kalo saya, saya jawab mcm.."kalau dah UMNO tolak Islam, tak terima Islam, hina hukum Allah, tak salah le DAP hina Islam" org UMNO ni mana tau gaya bahasa ringkas ke, perli ke, kena terang panjang2, sbb otak dah tersumbat dgn harta dunia

apsal skrg bising2, kalau dh UMNO tak nak islam jgn salahkan org bukan Islam mcm DAP tolak Islam.. padan le DAP perpendirian begitu kalo dah org Islam dalam UMNO tolak Islam.

Anonymous said...

aik..ni ano... kat Kelantan tew, gtau brapa byk masjid yg PASlernih dah buat? Sapa yg tolak Islam? sapa yang mengkhafirkan sesama Islam? Sapa yang nak ajar DAPig Islam?

AnTi AljUbuRi said...

Cakap mungkinlah tersasul, tapi takkan kawin pun boleh tersilap???

Kalau dia betul tak suka, tak setuju dengan orang yang caci, benci, hina, tolak Islam, yang dia kawin buat apa. Kalau jadi bini muda ok juga, ini bini tua jenis tak boleh nak buat anak lagi.. sekadar jadi tunggangan kepada si kapir!! Makan hati berulam jantung nasibnya si melukut di tepi gantang ...terhina Islam dengan perbuatan itu!!!! semata mata untuk berkuasa tetapi kemudiannya akur dengan pemberikuasa untuk tidak melaksanakan Islam

Anonymous said...

MINTA NYATAKAN SUMBER ARTIKEL TUAN 'TGNA mengaku tersilap guna kenyataan...'

JIKA INI BENAR SUDAH LAMA TERPAMPANG MUKA DEPAN MEDIA UTAMA. TIADA PENGESAHAN DARI KJAAN NEGERI KELANTAN.

HATI2 MENULIS! CHECK AUTHENTICITY BEFORE PUBLISH !

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil