Kes itu gagal diselesaikan. Akhirnya, Dr Scully diminta oleh FBI untuk memujuk Mulder supaya dapat kembali ke dunia siasatan. Sesiapa yang biasa menonton filem ini, pastinya akan dapat membezakan banyak sikap berbeza antara Mulder dan Scully. Tapi, perbezaan sikap inilah yang mengeratkan hubungan antara mereka.
Bagi menyelesaikan kes ini, Mulder sangat percayakan mistik, psikik dan semua ini sukar diterima oleh pakar seperti Scully yang cenderung ke arah penyelidikan saintifik. Pertama sekali, Mulder menggunakan khidmat seorang paderi yang punya visi (seperti kasyaf atau terus mata menurut jalan bahasa Melayu purba) untuk mengesan pembunuh itu.
Scully menolak penggunaan khidmat paderi Father Joseph ini kerana dosa-dosanya yang lalu. Ini kerana, paderi itu ada rekod jenayah seksual dan mustahil visinya boleh diterima. Tetapi pada akhirnya, kebanyakan visi paderi ini tepat.
Sebenarnya, gabungan sikap Mulder yang membuat siasatan berdasarkan visi paderi serta penyelidikan Scully telah banyak membantu kedua-dua mereka di dalam usaha menjejaki lelaki pembunuh dari Rusia. Tapi, kemuncak kepada usa ha menjejak itu berawal daripada kesedaran dan kemahuan Scully ketika merobohkan tembok egonya selama ini.
Scully memang cepat putus asa. Tetapi, akhirnya dia mula belajar mempercayai beberapa panduan berdasarkan ucapan paderi. Panduan itu kemudian membawanya kepada Mulder yang telah cedera parah setelah bergelut dengan pembunuh tersebut.
Fox, sebagai individu yang sangat percayakan kes paranormal, akan terus bertindak tanpa ragu-ragu lagi. Di sini wujud titik perpecahan antara mereka. Namun, yang lebih menarik perhatian saya bukan kisahnya, tetapi nilai-nilai yang melingkari kisah itu seperti misteri kehilangan, sikap tidak putus asa dan kepercayaan.
Kehilangan ..(ni abang2 polis kena menjawab)
Tidak seperti kes kehilangan di Malaysia , kes kehilangan di Amerika ada waktunya cuba dikaitkan dengan misteri kehadiran makhluk asing, UFO yang cuba menyeludup manusia untuk dijadikan bahan ujikaji.
Di New Mexico , kawasan Roswell adalah tempat yang selalu menjadi tumpuan pengkaji-pengkaji UFO. Tempat itu dikenali sebagai Area 51. Namun, peliknya, kerajaan Amerika didakwa menyimpan banyak jasad makhluk asing dan UFO di situ, dan mereka dikatakan telah merahsiakan banyak perkara di situ daripada pengetahuan umum.
Kesimpulannya, jika UFO boleh menghilangkan manusia dan maklumat mengenai jasad-jasad makhluk asing itu disimpan dengan selamat di Area 51, Roswell , ertinya kehilangan manusia juga ada kaitan dengan kerajaan Amerika Syarikat.
Kalau ditinjau masalah kehilangan di Malaysia , masalah kehilangan ini ada kaitan dengan penjenayah. Tetapi rakyat perlu lebih berawas dengan kehilangan yang ada kaitan dengan kerajaan sendiri. Misalnya, kehilangan yang disebabkan oleh polis itu sendiri.
Dalam kes pembunuhan Altantuya misalnya, seorang polis berkata bahawa beliau pernah diarahkan untuk 'menghilangkan' enam oran g sebelum ini. Nam pa knya, Amerika melihat dengan teliti terhadap usa ha 'menghilangkan' oran g ini.
Makhluk asing serta UFO dijadikan sebagai kambing hitam untuk membersihkan diri dari jena yah menghilangkan oran g di Amerika. Ini menyebabkan kita teringat balik kenya taan Musa Hassan ketika beliau dengan congkak, berlagak menyatakan bahawa video CCTV yang menangkap wajah pembunuh Nurin itu telah dihantar kepada FBI.
Sampai sekarang, pembunuh Nurin, malah penculik Sharlinie masih dibiarkan berleluasa. Saya percaya polis bukan saja putus asa mencari pembunuh, penculik anak-anak kecil itu malah mereka tiada masa untuk mencari penjenayah itu.
Balasundram boleh 'hilang' di luar negeri, rekod kedatangan Altantuya boleh dihilangkan. Dan fail kerajaan negeri di bawah pentadbiran Umno boleh hilang ketika Pakatan Rakyat memerintah. Ini angkara siapa? Jujurkah Umno dan ikhlaskah mereka?
Seperti mana Amerika boleh menghilangkan oran g tertentu atas nama makhluk asing, dan UFO, Malaysia menghilangkan oran g-orang tertentu dengan Unit Tindakan Khas (UTK). Mungkin kerana Malaysia kecil, mustahil kerajaan dapat memperuntukkan suatu kawasan luas seperti Roswell , New Mexico untuk 'menyimpan' oran g-orang yang hilang itu.
Semua ini menyebabkan kita terfikir sejenak, adakah kehilangan Sharlinie ada kaitan juga dengan polis? Kemungkinan itu tetap ada. Tapi, Sharlinie bukan dihilangkan polis. Cuma ada kemungkinan penjenayah penyimpan itu bersekongkol dengan polis.
Operasi demi operasi dilakukan dari rumah ke rumah. Tapi, tetap Sharlinie tidak dijumpai kerana apa? Salah satu sebabnya kemungkinan pihak polis sendiri yang menerima suapan penjenayah untuk membocorkan maklumat operasi polis dari semasa ke semasa.
Apabila penjenayah Sharlinie meletakkan ' oran g-orangnya' dalam pasukan polis, mereka ini akan memberitahu tarikh dan di tempat mana polis akan membuat serbuan. Semua ini sedikit sebanyak akan membantu penjenayah bersiap-sedia daripada ditangkap polis.
Semua ini tentulah menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan putus asa daripada pihak polis, jika benar-benar hal ini berlaku. Pihak polis di bawah pentadbiran Musa Hassan tak lagi kelihatan hebat dan gah seperti zaman Ketua Polis pada zaman sebelum beliau.
Tetapi, kita tidak boleh bersikap seperti Dana Scully yang putus asa mencari oran g hilang itu. Inilah sikap polis yang telah 'putus asa' mencari Sharlinie yang hilang itu. Masih lagi tidak berputus asa ialah bapa Sharlinie. Sikap ini mesti dicontohi.
Pakatan Rakyat misalnya telah lama berusaha menjatuhkan Umno dan BN sejak berpuluh tahun lalu. Mereka tidak pernah berputus asa mengatur ceramah demi ceramah melainkan seorang dua yang putus asa dan akhirnya memutuskan untuk masuk Umno di atas 'ijtihad' mereka. Istilah 'ijtihad' digunakan untuk menyucikan tindakan masuk Umno itu.
H Fansuri
No comments:
Post a Comment