Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif ketika dihubungi Agendadaily menyifatkan, laporan Malaysiakini yang mendakwa ada laporan perubatan tiada kesan liwat ke atas Saiful berniat jahat bagi memberi gambaran tidak berlakunya perbuatan liwat. "Laporan ini mempunyai unsur mala fide . Apa juga bentuk laporan sama ada kesan calar ada atau tidak, tiada siapa boleh buat kesimpulan liwat tidak berlaku selagi perkara berkenaan tidak dibicarakan di mahkamah,” katanya. Lagi pun jelasnya, prosedur pemeriksaan juga mestilah mengikut prosedur siasatan sekiranya ia melibatkan aduan jenayah.
Sehubungan itu, Dr Latif berkata, jika benar ada laporan doktor mengenai isu liwat berkenaan disebarkan, Saiful sebagai pesakit boleh membuat aduan kepada Majlis Perubatan
kata polis
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan laman web itu juga disifatkan sebagai cubaan untuk mengelirukan orang ramai. Serentak itu tambah beliau, pihak polis sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas laman web dan sebuah blog yang turut menyiarkan laporan berkenaan yang didakwa dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi,
Laporan laman web itu menyebut Saiful mendapatkan rawatan di Hospital Pusrawi pada 28 Jun lalu kerana mengadu hadapi kesukaran membuang air besar. Berdasarkan laporan laman web itu, tiada bukti menunjukkan Saiful yang merupakan bekas pembantu peribadi Anwar diliwat seperti didakwa. Ismail turut menafikan laporan bahwa doktor yang didakwa membuat laporan itu, Dr. Mohd Osman Abdul Hamid telah ditahan oleh polis.
KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam menafikan polis menahan seorang doktor bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, dakwaan seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysia Today adalah tidak berasas kerana doktor lelaki itu hanya dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
"Laporan itu adalah tidak berasas. Kita hanya mengambil keterangan mengikut prosedur biasa, tidak timbul isu tahan-tahan seperti yang dilaporkan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau berkata, doktor lelaki tersebut antara 18 saksi yang sudah dipanggil untuk direkodkan keterangan sebelum ini.
Ismail bagaimanapun enggan mengulas mengenai laporan portal Malaysiakini yang mendakwa laporan perubatan pemeriksaan Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dikeluarkan oleh sebuah hospital swasta tidak menunjukkan kesan liwat.
Pada 28 Jun lepas, Mohd. Saiful, 23, bekas pembantu Anwar membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu .
Pada 16 Julai lepas, Anwar ditahan selama kurang 24 jam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes tersebut, tetapi dibebaskan dengan jaminan polis keesokan harinya.
Ketika ditahan Anwar turut di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan, namun beliau enggan membenarkan darahnya diambil bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA). - Bernama
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sumber dari Siasah
KUALA LUMPUR, 28 Julai: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunggu reaksi dari kerajaan khasnya polis berikutan laporan perubatan mengesahkan tidak ada sebarang kejadian liwat berlaku ke atas Mohd. Saiful Bukhari bin Azlan ketika dia membuat laporan polis 28 Jun lalu.
Semalam, Malysia Today melaporkan, Dr Mohamad Osman pernah ditahan tiga hari oleh polis selepas itu dan kini sedang bersembunyi bersama keluarganya.
No comments:
Post a Comment