Jika kita membelek-belek durian di gerai-gerai. Si penjual segera memperkenalkan, "ini durian Segamat. Isinya padat dan lemak. Itu durian Bukit Gantang, isinya tebal. Kalau nak sedap lagi cubalah ini, durian Raub." Itu adalah antara gula-gula yang diberitahu penjual.
Kita pun mulalah terkial-kial memegang durian, takut terkena durinya. Si penjual cepat saja mencapai, mengetuk-ngetuk kulitnya dan menakik sedikit lalu mempamerkan isinya memang nampak menyelerakan, kuning dan tebal.
Ketika diunjukkan ke depan mata, kita pun tidak melepaskan peluang merasa lembut atau keras isinya. Terus dibawa ke hidung dan menghidu, wangi atau tidak baunya? Dan jika bersetuju segera sahaja diisi ke dalam plastik dan duit pun bertukar tangan.
Namun apa yang ingin dikatakan ialah sikap kejujuran peniaga. Kita memang amat tergoda dengan gebunya isi durian yang ditunjukkan. Tetapi bagaimana dengan bahagian yang tersembunyi? Sudah banyak kali kita terkena, apabila sampai di rumah dan membuka kulitnya, apa yang terpamer ialah 'makhluk asing' yang terliuk-liuk menayangkan badan. Memang saat itu kita amat marah dan rasa tidak ikhlas menghulurkan duit membeli durian-durian yang sudah ditebuk ulat itu.
Itu rasanya bukan pengalaman kita seorang. Ramai lagi yang telah tertipu. Namun oleh kerana tergoda dengan keenakan durian, kita akan tetap membelinya lagi. Memang perasaan tidak pernah puas manusia, selalunya sebentar sahaja. Ini bermakna tercucuk duri durian, sakitnya hanyalah sekejap.
Bila bercerita tentang durian..teringat pula tentang apa yg dikatakan oleh saudara Ann Wan Seng di konvensyen PAS Perak yg ke-13 tadi...apabila dia membentangkan kertas kerja yg bertajuk 'sokongan multiracial mengekalkan kemenangan',beliau sebagai seorang cina memberi sedikit tips bagi mendekati dan menawan hati bangsa cina ini..juga sedikit teguran2 yg ikhlas sebagai bangsa cina yg beragama Islam...beliau menekankan menghormati maruah setiap bangsa itu penting sekiranya kita mahu menjalinkan hubungan yg baik dengan bangsa2 yg lain....
salah satu tips yg disarankan adalah dgn memberi buah2an...terutamanya durian(mentang2 la skarang musim durian)...buah kegemaran org melayu ini juga adalah buah kesukaan bangsa cina...dan salah satu saranan dia adalah buat pesta makan durian dan jemput kawan2 bangsa cina kita join sama..gerenti dorang tak tolak punya...bukan setakat bangsa cina aje....boleh dikatakan semua bangsa sukakan doyan ni...apa lagi durian yg macam gambar dibawah ni...

lecor ayor lior wehh...! tapi ummi dah tak bape nak telan dah durian ni..pasal dah jemu,muak pun ada gak..mana ke tidak..perati la sepanjang jalan,kiri kanan jalan ada jek longgokkan raja buah ni...lalu aje mesti bau dia masuk dalam kereta...dah jadi macam filem P.Ramlee '3 Abdul'...cium bau je dah kenyang,bukan takat makan mentah..buat bubur durian makan dgn pulut pun dah takleh nak masuk...
semalam masa ummi sampai di rumah setpol MB dari luar dah terbau deghoyan...tu dia tang muka pintu dorang buat acara makan beradap...hahaha
intai gak kat dapur,nampak ada sebesen..tapi kulit je la,isi tak mandang dah...tgk buah memang ngancam tapi tekak dah tak terima..cium bau je dah kenyang...hehehe
Tu lah cerita raja buah,durian yg boleh dijadikan jambatan atau tautan untuk memikat dan menawan sesuatu bangsa...penah gak dgr cerita yg makanan juga memainkan peranan yg penting dalam hubungan sosial kita bermasyarakat,lagi2 bila Malaysia memiliki bangsa yg berbilang kaum..kita perlu berpandangan jauh, bersikap terbuka dan berlapang dada di dalam usaha untuk membina jambatan dengan masyarakat yg berbilang kaum ini..mungkin kita juga boleh mengambil iktibar daripada banyak hadis dan sirah nabi bagaimana masyarakat yg berbilang bangsa boleh disatukan pada masa lampau ....teringat kata2 Susan Lancaster dalm filem Mekanik..''org putih ke..org hitam ke..org coklat ke..kitakan org Malaysia..''
wallahualam...
2 comments:
Assalamualaikum.
Pertama, bagus sebab tukar "membebel" kepada "orang berpendapat".
Kedua, ramai yang demam pasal durian ni. Tambah lagi bila DSAI nak bertanding...tambah lagi satu demam iaitu demam Pilihanraya.
wsalam tok ghimau..
terima kasih tapi kenapa tak tegur awal2..kalau tak selesa dgn perkataan 'membebel' aritu..awl2 lagi bleh ummi tukar..
ye memang betul...skarang ni macam2 demam dah terbit..yg pasti kita ni tetap gak golongan yang tertindas..
tgh menghitung ari,bila la harga minyak nak turun ni...
Post a Comment