
Bagi kerajaan yang di berikan oleh rakyat mandat untuk mentadbir negara mereka tidak merasakan ISA itu suatu peraturan yang zalim kerana rakyat sudah memilih mereka untuk di laksanakan dan melaksanakan ISA di anggap suatu amanah daripada rakyat
ISA adalah satu akta yang menakutkan oleh orang yang di anggap melakukan kesalahan yang menghuruharakan keselamatan negara tanpa di sebut perkara yang khusus punca-punca huruhara itu, apa yang pasti apabila huruhara itu berlaku maka orang tersebut ada harapan untuk di kenakan tindakkan
Jika kita tinjau sejarah zaman dulu-dulu apabila seseorang ketua kerajaan tidak berpuas hati dengan seseorang maka ketua itu akan berkata "pasung orang itu, atau kurung orang itu, tanpa
kira bicara atau siasatan yang rapi, mereka di anggap bersultan di mata beraja di hati
ISA adalah peraturan yang di halalkan oleh kerajaan Malaysia sekarang kerana ia di anggap perlu untuk membendung gejala mengkucar kacirkan pentadbir negara, pada mereka ia adalah halal kerana kebenaran adalah daripada rakyat yang memilih mereka untuk di laksanakan
Menyalahkan kerajaan yang memerintah rasanya kurang tepat kerana rakyat sendiri yang memberikan kerajaan melakukan akta tersebut dengan mengundi mereka untuk melakukan kezaliman terhadap manusia, sekalipun peraturan tersebut di anggap tidak bertamadun
Penahanan manusia tanpa di bicarakan adalah suatu yang sangat zalim, pun begitu ramai di kalangan manusia yang di anggap terpelajar dan bijak pandai masih memberikan sokongan terhadap kerajaan yang melaksanakan akta yang zalim itu ini bererti mereka suka kepada penginayaan sesama manusia

waktu terbitan 9/18/08 - 2:42 AM
No comments:
Post a Comment