Pada 13 September lepas warga lorong Hj Taib diraikan beramai-ramai dengan majlis ifthar dan solat terawih beramai-ramai. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah JAWI sebagai perasmi dan YB Dr Lo’Lo selaku Ahli Parlimen Titiwangsa.
Majlis tersebut kelihatan sangat meriah dengan kehadiran beramai-ramai warga lorong Hj Taib dan persatuan-persatuan kebajikan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan warga penduduk di situ. Ia tambah meriah dengan kehadiran ahli-ahli PAS kawasan Titiwangsa yang sudi datang bersama YB Dr Lo’ Lo’.
YB Dr Lo’ Lo’ ketika ditemui berjanji akan cuba sedaya upaya membantu warga dilorong ini dan sekitar Chow Kit Amnya.
Sebelum ini pada 31 Ogos 2008 yang lepas, beliau yang memimpin lajnah kebajikan turut turun menemui golongan-golongan pondan dan pelacur disekitar kawasan itu.
ummi - Alhamdulillah..sekurang2nya mereka merasa tidak tersisih dari masyarakat....semoga terbuka pintu hati mereka utk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan...kerana mereka juga hamba Allah..pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yg ingin bertaubat
Syabas Pemuda Wilayah..!!
No comments:
Post a Comment