TERKINI !!!! SIDANG MEDIA : PR MAHU PERALIHAN SECARA AMAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG ~ Ref Malaysiakini
Anwar dengan penuh tanggungjawab dan serius menekankan Pakatan Rakyat sudahpun mendapatkan bilangan Ahli Parlimen yang lebih dari mencukupi untuk membentuk kerajaan.Ahli-ahli parlimen yang menyertai PR terdiri dari pelbagai agama, bangsa, kelompok dan wilayah.
Namun beliau tidak menyatakan ahli-ahli Parlimen yang menyertai Pakatan Rakyat atas alasan keselamatan dan mengelakkan tindakbalas dari BN.
Ini terbukti, katanya sebaik sahaja SAPP membuat kritikan kepada BN, Presidennya Yong Teck Lee terus dituduh dengan tuduhan rasuah.
Beliau meminta Kerajaan BN tidak menahan ahli-ahli parlimen yang baru menyertai PR atau sedia ada di bawah ISA, tidak mengisytiharkan darurat dan menggunakan Polis untuk menghalang kemaraan PR membentuk kerajaan.
Anwar memberi jaminan PR akan patuh kepada undang-undang negara dan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Beliau meminta PM dapat berjumpa dengan PR untuk memulakan proses peralihan kuasa dengan licin dan aman.
waktu terbitan 9/16/08 - 2:59 PM
No comments:
Post a Comment