TIMBALAN Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (kanan), mempengerusikan Mesyuarat Terbuka Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris di PICC, Putra Jaya, semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom. - Foto Izhari Ariffin
PUTRAJAYA(Berita Harian): Persidangan Meja Bulat Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang berakhir di sini semalam, merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI.
Pilihan itu ialah:
Pilihan itu dirumuskan selepas lima sesi Persidangan Meja Bulat PPSMI diadakan, yang disertai tokoh akademik, penyelidik, parti politik dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pakar dari Lembaga Pentaksiran dan Kurikulum Victoria, Australia (VCAA), William Perrin, turut menyertai persidangan semalam.
"Ini penting supaya pelajar dapat memahami sepenuhnya konsep pembelajaran Sains dan Matematik, sekali gus meningkatkan kebolehan mereka berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif.
"Penggunaan bahasa Melayu sudah terbukti mampu melahirkan ramai golongan profesional dan saintis sebelum diperkenalkan PPSMI. Di negara maju, contohnya Jepun, Perancis dan Korea, mereka tetap boleh membangun walaupun menggunakan bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris pula boleh terus dipertingkatkan menerusi pendekatan lain, seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), selain memantapkan penguasaan bahasa itu oleh tenaga pengajar.
ummi..
yang ini ummi sokong..dari yg merapu2 nak tambah subjek tarian dan drama tu..biar la diperelokkan yg dah sedia ada..jangan la tambahkan pening kepala para mak bapak...tak larat le asik telan panadol...bukan ummi la..kot2 orang lain..hehehe
No comments:
Post a Comment