jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua). berita penuh di sini -->Malaysiakini
Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.
Bekas ahli jawatankuasa (AJK) Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) bersedia tampil secara sukarela memberi keterangan dalam siasatan awam berhubung jutaan ringgit dana badan tersebut.
Siasatan awam tersebut diadakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, dijadualkan tahun depan.
Isu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.
Yang dipertuanya Zaharah Kechik, yang juga isteri bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo , telah memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.
Wang yang berjumlah RM9.9 juta, disalurkan ke akaun lain sebelum diserahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti)
terdapat sumbangan yang perlu disiasat seperti peruntukan membeli pakaian, pakaian sukan dan "hadiah yang mahal-mahal".....siasatan itu dijangka diadakan awal tahun depan atau paling lewat sebelum pertengahan 2009.
ishh..ishh..ishh...banyak rupanya tuyul2 kat Selangor ye...
2 comments:
Salam Ummi,
Hang baru tau ka? kat Selangor banyak toyol. Sebelum Toyol laki bini yang tewas PRU-12 sebab rakyat panggil tok bomoh PR, pasal dah tension duit kerap sangat hilang. Baru 3 hari, lepas kena belasah dengan bomoh PR sempat lagi toyol laki-bini ni cilok duit. Orang cite diorang guna ilmu Botox. Tapi toyol ni mengaku pulak dia guna ilmu Tempe.
Sebelum tu ada jugak Toyol rambut putih... yang ni sekejap je... bab sebab duit tu biasala... dengar cite bini orang pun dis sapu.. ontah le..
Dan sebelum tu ada toyol tak tau cakap omputih, lagi ganas dari toyol laki-bini. Toyol ni siap bawak beg pi ostolia RM2.4juta, punya la ganas nak bagitau kat hang, dalam istana pun dia masuk ingatkan nak cilok duit, rupanya berkenan kat puteri. Ni lah dia toyol yang paling ganas dan paling lawak kat selangor.
Biasa le Akak ...
Ada pepatah kata "Hangat hangat Taik Ayam"
Itu lah maksudnya.
Post a Comment