Followers

Wednesday, December 17, 2008

adakah kau kenal siapa dirimu..??


sumber PakKaramu

Assalamu'alaikum Wr,Wb

ASAL USUL

Asal tanah daripada air
Asal air daripada angin
Asal angin daripada api
Asal api daripada satu rahsia

Tanah yang tersenarai di atas asal usulnya berbentuk kandungan molikuk,atom, elektron, neitron, proton,nuclius (Jauharul fardhi) yang mengandungi Nur, ertinya Tanah nurani, Air nurani, Angin nurani dan Api nurul Adhom, empat anasir ini tidak dapat di pisah-pisahkan

Setiap anasir di atas jangan kita bayangkan tanah yang dapat kita lihat sekarang, ia tidak berbentuk demikian, demikian juga api, angin dan air, demikian kekuasaan Allah menjadikan anasir tersebut untuk Dia menjadikan alam yang nyata ini, adapun jauhal fardhi tersebut di jadikan Tuhan sebelum planet yang ada sekarang di jadikan

Apabila anasir di atas telah tersedia maka Allah memerintahkan kepada Nur Muhammad mengunjungi ke empat-empat anasir tersebut, mula-mula Nur Muhammad mengunjungi Tanah dan memberi salam, Nur Muhammad mendapati tanah bersikap tenang dan aman, ia tidak bersikap sombong dan bongkak, ia tidak menderhakai Allah, tidak meninggikan diri, tidak suka bantah-membantah, dia bersikap terbuka dalam semua perkara, suka berterus terang dan bertanggungjawab, tarafnya berhawakan muthmainnah (tenang)

Kemudian Nur Muhammad mengunjungi Air dan memberikan salam, pada air ini Nur Muhammad mendapati sikap air ini suka menunjuk-nunjuk dan memanggakan diri sendiri, tidak suka di tegur tapi suka di puji, suka memuji diri sendiri, kadangkala ia suka menolong dan bertolak ansur namun ia suka pula melakukan penderaan, sikap ini adalah taraf berhawakan Al Lawamah

Selepas Nur Muhammad mengunjungi air maka Nur Muhammad pergi pula mengunjungi Api, di dapati api bersikap tidak suka menolong, suka buat fitnah serta menginaya orang lain, selain itu ia memiliki sifat sombong dan bongkak dan tidak bersabar, suka menggelabah, tergesa-gesa, putus asa dan suka merangcang untuk cetuskan huruhara, sifat nafsu ini adalah berhawakan natiqah dan Ammarah

Dan akhirnya Nur Muhammad di perintahkan mengunjungi Angin, Nur Muhammad mendapati angin bersikap tidak bertimbang rasa terhadap yang lain, dia bersikap gelojoh, tidak berfikir panjang, tidak suka mencari masalah punca sesuatu yang di anggap membuang masa, suka bercakap lepas dan tidak pedulikan akibat yang akan menimpa, suka kepada merosakkan kepentingan orang lain dan suka mengampu, hawa nafsunya bertaraf berhawakan Lawamah dan Natiqah

Anasir yang di atas bererti setiap tanah, air, api dan angin mereka ini memiliki perangai masing-masing, sebagai fitrah yang Allah cipta untuk Dia menjadikan alam semesta ini dan Allah jadikan demikian adalah dengan hikmah yang tertentu, yang kita manusia menilainya dengan menggunakan akal, dan semua sikap ini telahpun di jadikan oleh Allah lebih awal terhadap Rohani, yang mana ia di lokasikan oleh Allah pada hawa nafsu, ini bererti apa yang ada pada Rohani maka ia ada pula kepada tanah,air,api dan angin.


Sebagaimana kita maklum bahawa sifat hawa nafsu yang ada pada Rohani ada pula pada jasmai dan sifat anasir jasmani ada pula pada Rohani, sifat-sifat ini membolehkan Rohani tinggal dalam jasmani dan jasmani pula mampu menampung kehadiran Rohani, ini menunjukkan pada jasmani itu ada kesesuaian dengan Rohani jika tidak maka di antara satu dengan yang lainnya akan hancur terutama pada jasmani sebab itu di katakan bahawa pada jasmani itu ada alat seolah-olah cooling sistem untuknya berdaya tahan

Daripada empat anasir (tanah, air, api dan angin) itulah Allah membentuk khalifah yang pertama iaitu nabi Adam a.s, setelah nabi Adam terbentuk sebagai patung yang berupa patung tembikar mala apabila cukup tempuh ia hendak di sempurnakan maka Allah meniupkan Rohani kedalam jasad Adam itu lalu Adampun bangun sebagai manisia yang sempurna yang tingginya 60 hasta bersamaan 90 kaki tinggi

Setelah Adam hidup sebagai manusia yang biasa maka Adam di perintahkan oleh Allah berjalan-jalan dan memakan buah yang ada di dalam syurga Khuld, maka di syurga inilah Adam bertemu dengan Hawa sebaik dia terjaga dari tidur kerana keletihan, pertemuan ini membuahkan terjalinnya perhubungan di antara Adam dan Hawa dan akhirnya mereka menjadi suami isteri

Adam dan Hawa di perintah turun kebumi bersama dengan Azazil yang telah melanggar perintah Allah kerana tidak mengindahkan larangan daripada Allah. Apabila Adam dan Hawa telah berada di bumi maka bermulalah sejarah pembiakan manusia di bumi, maka bermulalah sejarah asal kejadian manusia selepas Adam a.s yang anasir kejadiannya dari sari pati air benih yang di kandung oleh Adam dan juga Hawa sehingga ke hari ini, cerita ini adalah secara rengkas sahaja kerana untuk menceritakan asal usul kejadian manusia (secret of birth)

1. Tetekala perasaan bapa di dalam pengetahuan Allah, benih manusia di namakan Nalnamah

2. Tetekala rahsia turun ke ubun-ubun bapa, ia di namakan ghalib

3. Tetekala rahsia benih hampir turun ke ubun-ubun bapa, benih bernama 'Asyuratullah

4. Tetekala rahsia benih turun dan nyata di ubun-ubun bapa, maka ia di namakan Qiblatul awal

5. Tetekala benih di dalam pengetahuan otak bapa, ia di namakan kun zun

6. Tetekala rahsia benih berada ketahap dada bapa, ia bernama mamsakul hal

7. Tetekala rahsia benih pada pusat bapa, ia di namakan idam-idaman, ketika ini bapa mengidam

8. Tetekala rahsia benih berada pada pinggang bapa, benih bernama wadi

9. Tetekala rahsia benih berada pada zakar bapa. ia bernama mani

10. Tetekala bapa timbul berahi, benih di namakan junub

11. Tetekala bapa melakukan persenyawaan dengan ibu, maka benih yang bakal menjadi manusia, maka benih yang tergantung pada hujung zakar itu di namakan tekah (alam) Tekah di kandung bapa selama 40 hari itu di namakan Tanafas

12. Tetekala menitik air mani bapa kedalam rahim ibu yang mengandungi tekah, maka benih itu di namakan air zapitah, maksud firman Allah: Bukankah asalnya dari setitik mani yang di pancutkan ? Al Qiyamah 37

13. Tetekala air benih bapa bercampur dengan air benih ibu (maknikam) ia di namakan wahdatul jama'ah (persenyawaan)

14. Tetekala berpindah mani yang mengandungi tekah ke dalam rahim ibu, ia di namakan maknikam

15. Tetekala benih (zigot) berada sehari di dalam rahim ibu, ia di namakan hayatullah

16. Tetekala benih (zigot) berada 7 hari di dalam rahim ibu, ia bernama shuhud

17. Tetekala benih berada selama 14 hari di dalam rahim ibu, ia bernama nuthfah

18, Tetekala ia berada 30 hari di dalam rahim ibu atau masuk 31 hari, kita berupa c

19. Tetekala ia berusia di antara sekitar 40 hari, ia masih bernama nuthfah

20. Tetekala benih berada dalam kandungan ibu dari 40 hingga 80 hari, kandungan itu bernama 'alaqah, semasa itu nyawa bertasbih pada mata, ketika peringkat inilah ibu mula tahu ia sudah mengandung dan ia mula merasa mengidam, pada peringkat ini juga di kenali sebagai masa berkhalwat pada Allah dengan nama ma'ul hayat dan rupa kita sudah berbentuk sebagai macam manusia, masa itu ia berdoa dengan istilah mukholaqah (surah luqman ayat 14)

21. Tetekala kita berada di dalam rahim ibu antara 81 hingga 119 hari kita di namakan Mokholaqah

22. Apabila kita genap di dalam kandungan ibu 120 hari, maka kita di namakan Barzah (ertinya sidrah, jalan hidup)

23. Apabila kita genap 160 hari dalam kandungan ibu maka kita di namakan Izaman

24. Apabila kita genap 200 hari dalam kandungan ibu maka kita di namakan Lahman, (Al Mukmin ayat 14)

25. Apabila kita berada di dalam kandungan ibu 240 hari, maka kita bernama shal-shal

26. Apabila kita berada di dalam kandungan ibu 270 hari dan di lengkapkan uri,temuni, bali dan mentuban (tetuban) dan atas qudrat dan iradat Tuhan maka lahirlah ilmu awal daripada Tuhan iaitu ilmu La Illaha Illallah di dalam kandungan tersebut, dan apabila sudah mencukupi 9 bulan 10 hari mengikut adat maka kita di namakan tanafas, saat ini hanya menunggu untuk lahir sahaja kedunia ini dengan nama Ibnu Minassholihin

27. Ketika kita sudah lahir maka kita boleh ketawa maka kita bernama Shomad

28. Ketika kita sudah berjalan jatuh, maka kita bernama muhammad Yatim

29. Ketika kita sudah mula bercakap maka nama kita Rahmat Allah

30. Apabila kita sudah akhir baligh maka kita di amanahkan melaksanakan amanah Tuhan semasa di alam Roh dulu iaitu amanah La Illaha Illallah


LURUTAN PERKEMBANGAN MANUSIA SELEPAS ADAM

Di dalam Al Quran Allah berfirman yang bermaksud:

" Tuhan jadikan kamu dari diri yang satu (Adam) Dia jadikan kamu berpasangan (lelaki & Perempuan) supaya kamu berasa aman, ketika ia di sentuh (isteri) maka mengandunglah ia, satu kandungan yang rengan, apabila kandungan telah berat, kedua-duanya berdo'a kepada Tuhan " (Al A'araf 187)

Firman Allah di atas menceritakan bahawa apabila kita masih TEKAH (benih) di dada bapa, maka Tuhan berikan perasaan berahi yang sangat kepada ibu, maka bapa juga demikian, maka berahi itu adalah di sebabkan adanya Tekah, lalu berlakulah penyatuan ibu dan bapa (bersatu kita bersatu)

Hasil bersatu kita bersatu itu maka berpindahlah tekah yang ada pada bapa kepada ibu dengan nama Nuthfah sebagai mana firman Allah yang bermaksud:

" Isteri kamu itu adalah ladang kamu, oleh sebab itu datangilah ladang kamu sebagaimana yang kamu kehendaki" (Al Baqarah 223)

ayat yang di atas jelas menerangkan bahawa isteri kita di ibaratkan ladang, dan suami sebagai Pak Tani, maka Pak Tanilah lah mencucuk tanam, bukannya isteri yang bercucuk tanam, maka tanamlah sebagaimana yang kamu kehendaki (mengikut adab) Dan Pak Tani kenalah pelihara ladangnya jangan sampai semak dan samun

Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud:

" Bukankah asalnya ia setitik dari mani yang di pancutkan? (Al Qiyamah 37)

Ayat yang di atas menceritakan bagaimana asal kejadian manusia dengan suami memancutkan benih kedalam rahim ibu? Dan ini harus kita sedar bahawa kejadian ini adalah untuk persediaan membentuk jasmani, iaitu membentuk rumah kepada Rohani (Rohani ceritanya ada pada ruang umarak Dagang)

Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud:

" Kemudian Kami jadikan dia setitik mani yang di tempatkan di tempat yang terpelihara kokoh " (Al Mukmin 13)

Ayat ini pula menceritakan bahawa benih bapa yang di pancutkan ke dalam rahim ibu yang bernama Nuthfah adalah terpelihara dari sebarang gangguan, dan Allah pula membentuknya dari satu peringkat ke satu peringkat (Embrioloji)

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Mengapa kamu tidak mahu menghormati setinggi-tingginya kepada Allah, pada hal Dialah yang menjadikan kamu perengkat demi peringkat" (An Nur 13,14)

Nuthfah yang berada di dalam kandungan ibu ia merupakan biji mata, itulah yang di namakan berkhalwat di sisi Allah swt (shuhudul kasrah fil Wahdah, suhudul wahdah fil kasrah) dan memohonlah ia kepada Allah supaya lengkap menjadi manusia iaitu rupa Adam yang awal (kholaqollahu adama 'ala shurotihi)

Semasa kita masih di anggap benih dan melakukan khalwat di dalam sebutir telur dalam perut ibu, maka kita bernama marundik dan di sana kita mula belajar ilmu menghisap jari (tanda belajar menyusu dan makan) ertinya ada dua pelajaran yang kita perolehi semasa dalam kandungan ibu sebagai suatu fitrah hidup

Semasa kita berusia 4 bulan 25 hari di dalam kandungan ibu maka datanglah Malaikat Jibril membawa sifat yang 13 iaitu sifat yang menggerakkan nyawa bagi pengabdian diri kepadaNya iaitu solat atau kerja buat ikrar dan ketentuan rezeki, ajal, tanah kubur dan bahagia atau celaka, maka takrif rezeki itu ialah anak-anak dan isteri-isteri atau suami yang di katakan jodoh pertemuan

Ketika ini juga jasmani sudah cukup matang untuk Rohani di tiupkan kedalam jasad bayi dengan membawa ikrarnya semasa di alam Roh dulu iaitu kalimah la illaha illallah iaitu ilmu yang datang daripada Allah dan tiupan Rohani kedalam jasad itu di namakan salam zaman iaitu La Illaha Illallah, dan ketika ini juga kita sudah tidak lagi berpesenyawaan dengan nyawa ibu.


Ingatan: Bab ini hanya untuk embriologi jasmani, pada Rohani klik Umarak Dagang

Setelah kita lengkap di dalam perut Ibu dan sudah ada Rohani di tiupkan bersama-sama ilmu ikrar amanah, maka baru kita sedar bahawa kita dalam keadaan huru ALIF yang sempurna (Insan Kamil) Dan kita adalah ibarat cabang pengembang benih manusia yang akan terus berkembang, ketika ini kita bernama alam saghir atau alam Basyariyah

Pada ketika ini baru kita faham bahawa diri kita terdiri daripada dua unsur iaitu unsur jasmani dan Rohani, jasmani alam saghir (alam kecil) dan Rohani alam Kabir (alam besar) inilah juga pegangan Dr Yusuf Al Qardawi yang di ambil dari Saidina Ali r.a (pandangan ulamak terkini) sia rujuk Khutbah Yusuf Qardawi

Adapun alam kabir itu adalah alam diri yang lengkap dan tangga kita untuk mengenal diri dan mengenal Allah (Man 'arofa nafsahu faqod 'arofa Rabbahu) maksudnya "Barang siapa yang mengenal dirinya maka ia mengenal Tuhannya" di sini harus berhati-hati kerana Rohani itu terdiri dari dua istilah diri iaitu diri sebenar diri dan juga diri terperi. iaitu Ruhul Hayat dan Ruhul Yaqazah

Setelah kita mengenal dan memahami Nafsahu (Ruhul hayat) maka terjawablah sudah pertanyaan Allah: "fal yan zuril insanu mimma khuliq" At Thaariq ayat 5

Baru kita tahu bahawa kita adalah daripada Allah dan akan di kembalikan kepadaNya, (Inna lillahi wa inna ilaihi raji'uun) "daripada Allah kamu datang dan kepadaNya kamu akan di kembalikan" (iaitu Rohani)

Adapun alam saghir itu adalah alam kecil iaitu alam jasmani, yang berasal dari: " Yakhruju min baini shulbi wat taroif" At Thariq ayat 7 , yang bermaksud: Yang keluar dari shulbi bapa dan Tha ro if ibu

Adapun anak lelaki itu berasal dari ibu dan anak perempuan itu berasal daripada bapa, iaitu apabila telur ibu keluar (maknikam) menyambut Tekah terlebih dahulu maka anak itu akan jadi anak lelaki, dan jika Tekah (benih lelaki) keluar dahulu daripada bapa maka dapat anak perempuan

Apapun nyawa Tekah itu sama ia seperti Roh iaitu tidak lelaki dan tidak perempuan, yang dapat di kenali hanya kepada jasmani sama ada lelaki ataupun perempuan pada jantinanya

Perkembangan (embrio) melengkapkan anggota jasmani sebelum Rohani di tiupkan bermula dalam tempuh kandungan 4 bulan 10 hari iaitu perkembangan terjadinya telunjuk kanan pada jari kanan iaitu menunjukkan awal lahirnya ilmu La Illaha Illallah

Semasa umur jasmani 4 bulan 11 hari zahirlah kepalanya

Semasa umur jasmani 4 bulan 12 hari maka zahirlah dua tangannya

Semasa umur jasmani 4 bulan 13 hari maka zahirlah dua kaki

Semasa umur jasmani 4 bulan 14 hari maka zahirlah 360 tulang

Semasa umur jasmani 4 bulan 15 hari maka zahirlah 248 sendi

Semasa umur jasmani 4 bulan 16 hari maka zahirlah urat besarnya

Semasa umur jasmani 4 bulan 17 hari maka zahir perkembangan dagingnya

Semasa umur jasmani 4 bulan 18 hari maka zahir perkembangan kulitnya

Semasa umur jasmani 4 bulan 19 hari maka bertambah rambutnya

Semasa umur jasmani 4 bulan 20 hari maka bertambah kukunya

Semasa umur jasmani 4 bulan 21 hari maka berkembang hidungnya

Semasa umur jasmani 4 bulan 22 hari maka berkembang mulutnya

Semasa umur jasmani 4 bulan 23 hari maka di jadikan lidahnya

Semasa umur jasmani 4 bulan 24 hari maka di jadikan dua telinga dan rongganya, rongga mulut dan duburnya

Semasa umur jasmani 4 bulan 25 hari maka Rohani di tiupkan ke dalam jasad bayi (kita) peristiwa ini di sebut sebagai Salam Zaman, iaitu salam La Illaha Illallah sebagai ilmunya

Apabila Rohani sudah berada di dalam tubuh bayi, maka bayipun mulalah bergerak kali pertama selepas ada sumber nyawa sendiri Roh sendiri, Akal sendiri dan nafsu sendiri, maka rahsia gerak itulah yang di namakan gerak dari La Illaha Illallah, maka si ibu dan bapapun jatuh kasih sayangnya, ERTINYA KASIH SAYANG KEDUA IBU DAN BAPA KEPADA KITA LAHIR SEJAK DARI KANDUNGAN IBU LAGI

Selepas cukup tempuh matang kita di dalam kandungan ibu iaitu 9 bulan dan 10 hari maka dengan izin Tuhan lahirlah kita di dunia fana tempat kita bertugas sebagai khalifah Allah dengan di perdengarkan balik kalimah amanah tersebut dengan mengingatkan kita dengan maksud azan ataupun qamat

Apakah janji kita di ingatkan ?

Allahu Akbar
Naik saksi aku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
Naik saksi aku bahawa Muhammad itu pesuruh Allah
Hidup itu beribadat atau marilah kita beribadat (mengabdikan diri pada Tuhan)
Hidup menuju kepada kejayaan
Allah yang Maha besar
Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah (ertinya lillahi Ta'ala)

Itulah kita di ingatkan kembali ikrar kita semasa di alam Roh dulu melalui azan atau qamat, bagaimana dengan kita ? sudah ingat ? atau sudah lupa ? Ertinya jalan hidup kita sering di ingatkan melalui laungan azan dan mempraktikkannya melalui solat menandakan kita akur atas seruan azan tersebut so bagaimana ? Dalam surah Al A'araf ayat 172 Allah menyatakan " Jangan ingat Kami lalai tentang hakikat tauhid itu dan jangan ingat kamu tidak di berikan peringatan"
Al Quran pimpinan Ar Rahman muka surat 314

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil