Followers

Tuesday, December 16, 2008

jangan hang dapat kasut macam Bush pulak Fairus ooiii..!!

Setelah setengah dozen pegawainya meletak jawatan baru-baru ini, kini dua pegawai sukarelanya pula ikut serta, salah seorang ialah penasihat undang-undang peribadinya.

Rosni Abdul Rashid dan seorang peguam yang enggan dikenali memberikan alasan yang sama - masalah sikap Fairus, membuatkan mereka menarik diri dari membantu Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu.

Difahamkan kedua-dua mereka membantu Fairus secara sukarela sejak beberapa bulan lalu.

Dengan perkembangan ini, sehingga kini telah lapan pegawai Fairus sama ada meletak jawatan atau menarik diri daripada bertugas dengan ‘pemimpin’ muda itu.

Fairus, menurut sumber cuba memujuk kedua-duanya tetapi mereka menolak dengan baik.

Bahkan jelas sumber itu lagi, Rosni telah dipujuk dengan janji untuk diberikan gaji bulanan.

Sementara itu, pegawai khasnya Rezal Huzairi dan setiausaha akhbar Farid Wajdi telahpun memulakan cuti mereka bermula semalam-15 Disember.

Kedua-dua mereka antara enam pegawai Fairus, membabitkan setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas telah meletakkan jawatan dalam tempoh sembilan bulan Pakatan Rakyat menerajui Pulau Pinang.

Mereka memberikan alasan yang sama: "masalah sikap" pemimpin muda itu.

Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.

Malah seorang bekas pegawainya, yang enggan dikenali, meminta beliau meletakkan jawatan segera sebelum melakukan banyak kesilapan dan menjejaskan nama baik pemimpin PKR dan Pakatan di negeri itu.

Dalam kenyataan balasnya kepada Malaysiakini, Fairus menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.

-Alahai... FAIRUS TKM 1 Penang !

12 comments:

Mr Joker said...

part paling best dalam entri ni iolah tajuk eee...

kok kono kasut, jadik pairus adidas ko, pairus, nike ko, pairus kelcin klein ko, pairus dr martin ko nayo kau pairos...

jangan jadik pairos slipa jopon sudahhhhhh!!!

Anonymous said...

humangaiii... kalau kono kepalo, mahu jondol...macam flower horn.

Siapa yang angkat Fairus ni?

Anonymous said...

salam

ke ni satu kaedah untuk jawatan TKM 1 tu diberi pada orang lain?sekadar bertanya

wasalam

pemerhati

Anonymous said...

kasut apa kelassss...! LADAM KUDA laa beb! kan ker dia nak kuda ! sekali kena..mau jadi flower horn,cacat beb!

ABO

Mr Joker said...

ABO - huhuhu... ganas amat kau... ladam kudo torosss kau ofper...

lepas ni pairus tukar x mo pakai kuda, aku donga dio dh buking kaldai.

sapo nak sponsor.

*tujuan utamo pairos nak pakai kaldai iolah supayo sonang bagi alasan kalau lewat - transport buat hal..!

wakhakhakhakha

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

TP..

aku bukan apa..penat dah dgr cerite dia ni..dia buat tengin jek..tak paham atau saje buat2 tengin aku pon tak tau la..

ketegaq sgt dia ni..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

tok ghimau..

flower horn pon comey..

yg pasti dia tak dapat undi dari ummi..ni namo e tak konang budi..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

pemerhati

tapi digalakkan mansuhkan aje jawatan TKM ni..sonang cito..

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

ABO..

kalau kena ladam kuda ke keldai ke..bukan benjoi aje...arwah pon mau..ganeh tol hang ABO..

TP..kalau dio nak guno koldai..suruh pakai baju koboi sekali..baru sesuai gitu...hahahaha

Anonymous said...

Salam Ummi.

Coba hang habaq mai... apa masalah si Fairus sebenaq-benaqnya. Che' blurr bab ni sebab tu tak berani nak komen. Hang habaq mai betoi-betoi.... biaq che' paham sikit. Apa hei sebenarnya tentang mamat ni???

Hijat Panjang... said...

salam A Mum Of Three Mohd,

bace ajer nukilan dari ex-staff tkm1 nyer blog ni hah... http://alahaifairustkmpenang.blogspot.com/

bukan fitnahh..tapi kenyataann...

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam mum..

ummi maleh gak nak bukak cite pasal mamat ni..kalau mum nak tau gi kat blog --> http://alahaifairustkmpenang.blogspot.com/

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil