Umno sedang menggali kuburnya sendiri. Majoriti rakyat Perak tidak dapat menerima pengambilalihan tampuk pemerintahan kerajaan Perak secara haram dan tidak mengikut perlembagaan. Ianya satu rampasan kuasa…walau apapun alasan mereka. Keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang adalah bukti dimana rakyat tidak merestui apa yang dilakukan oleh Umno di Perak. Kalau Umno masih belum faham..saya tidak tahu apa yang perlu diperkatakan lagi.
Ramai cerdik pandai undang-undang telah mengulas isu ini termasuk bekas hakim dan peguam terkenal dan semuanya berpendapat bahawa tindakan Umno adalah haram dan tidak mengikut pelembagaan. Oleh itu, adalah dijangkakan bahawa pada 7 Mei ini, rakyat akan berkumpul di Dewan Undangan Negeri Perak untuk menunjukkan kekecewaan mereka. Malah dikalangan mereka yang rapat dengan Najib telah menyatakan kekecewaan mereka tentang apa yang berlaku di Perak. Mereka merasakan bahawa Najib telah melakukan satu kesilapan besar
Kerabat-kerabat diraja, termasuk kerabat diraja Perak turut merasa gusar. Bukan semua kerabat diraja meyokong pembangkang tetapi tidak semua juga menyokong Umno. Kerabat diraja telah berpecah dalam sokongan mereka terhadap parti pemerintah. Walaupun ramai diantara kerabat diraja menyokong parti pemerintah atas alasan peribadi ataupun kepentingan perniagaan, mereka juga bimbang sekiranya kesilapan Umno ini bukan sahaja akan melenyapkan parti itu, malah akan melenyapkan institusi Raja itu sendiri. Raja Muda Perak sendiri merasakan bahawa kerosakan terhadap institusi Raja itu bukan sahaja akan untuk jangka masa panjang, tetapi mungkin juga tidak dapat diperbaiki.
Sememangnya, kita tidak dapat mentafsir sentimen kerabat diraja..sama ada pro-rakyat ataupun pro-demokrasi. Lagi pun, siapa yang bakal menjadi Sultan adalah mengikut warisan…bukan dipilih secara demokrasi. Oleh itu..demokrasi bukanlah sesuatu yang disukai oleh Raja-Raja. Tetapi..Raja-raja hari ini bukan seperti raja-raja dahulu. Sekarang, raja-raja berpendidikan tinggi dan ramai daripada mereka belajar dilluar negeri. Mereka tahu tentang sejarah. Mereka belajar tentang sejarah dan mereka tahu apa itu ‘storming the Bastille’ dan bagaimana ianya berlaku.
Raja-raja risau tentang masa depan mereka. Mereka risau…sekiranya mereka melawan arus, mereka akan lemas. Biar bagaimana handal pun mereka berenang, tidak mungkin mereka dapat melawan arus. Dan mereka bukan sahaja melawan arus deras tetapi Tsunami! Tsunami akan menelan apa sahaja dihadapannya dan menarik mangsa kedasar lautan.Rakyat Malaysia belajar tentang kuasa Tsunami pada 24 Disember 2004 dan sekali lagi pada 8 Mac 2008, apabila buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya Malaysia, pengundi menunjukkan kekuatan kuasa rakyat.
Raja-raja sudah gementar. Mereka sedar…mereka tidak mampu melawan Umno. Apatahlagi..arkitek dan jurutera Krisis Perlembagaan yang berlaku pada pertengahan 1980an dulu, Mahathir Mohamad, sekarang sudah kembali kepangkuan Umno..merancang dan merencana disebalik tabir. Raja-raja tidak takut kepada Najib..sebagaimana mereka takut kepada Mahathir. Apatahlagi…Najib seolah-olah sama seperti mereka…seperti bapanya Tun Razak.
Orang Melayu pada amnya adalah feudalistic. Dan Umno adalah parti feudal. Hampir mustahil memisahkan Melayu, Umno dan feudalisma. Ketiga-tiganya datang dalam satu pakej. Dan inilah yang cuba dilakukan oleh Mahathir…iaitu memecahkan pemikiran feudalisma dikalangan orang Melayu. Oleh itu…beliau melancarkan perang terhadap raja-raja dan mengajar orang-orang Melayu bagaimana menjadi kurang ajar.
Semasa Krisis Perlembagaan 1980an…Tun Ghafar Baba merupakan Timbalan Perdana Menteri. Tetapi tanpa disedari oleh kebanyakan orang melayu, langkah-langkah untuk menghapuskan budaya feudalistic melayu bermula lebih awal dari itu. Ia bermula apabila Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri masa itu. Dan Musa dengan jelas menyatakan bahawa sudah sampai masanya orang Melayu belajar bagaimana menjadi kurang ajar.
Ramai yang tidak faham apakah yang dimaksudkan oleh Musa pada masa itu. Orang Melayu mesti belajar menjadi kurag ajar…tetapi kurang ajar kepada siapa? Orang Cina? Umno? Tidak! Musa Hitam bukan rasis. Semua wanita dikelilingnya bukan Melayu. Musa bermaksud bahawa orang Melayu mesti lari dari tradisi. Dan salah satu daripada tradisi yang ketinggalan dan tidak produktif ialah budaya feudal yang menghalang Melayu daripada menjadi progresif dan memandang kehadapan. Bukankah “Biar mati anak, jangan mati adat” itu peribahasa Melayu? Orang Melayu lebih rela mati mempertahankan tradisi mereka dan itulah yang menghalang mereka untuk berubah.
Ramai yang tidak memahami mengapa Mahathir memilih Musa…dan bukan Razaleigh sebagai Timbalan. Bukankah Tengku Razaleigh member laluan untuk Mahathir menjadi timbalan Hussein Onn..dan selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri, Razaleigh akan dilantik sebagai orang nombor dua? Itu adalah perjanjian mereka. Tetapi Tengku Razaleigh adalah seorang pro-Raja dan Musa adalah seorang pro-republik. Dan Mahathir memerlukan seorang pro-republik sebagai timbalannya….bukan seorang pro-Raja seperti Razaleigh.
Sejarah Umno sering berkait dengan feudalisma dan kesultanan. Onn Jaafar merupakan ‘orang istana’. Begitu juga dengan Tunku Abdul Rahman, diikuti dengan Tun Razak dan Hussein Onn. Kesemuanya…sejak 1946..dibesarkan diistana dan rapat dengan istana. Onn Jaafar diberikan penghormatan oleh Jepun semasa pemerintahan mereka di Malaya dan diberikan pakaian seragam lengkap pegawai tentera Jepun…lengkap dengan sebilah pedang Samurai. Penghormatan ini bukan sahaja diberikan kepada istana..malah kepada mereka yang rapat dengan istana.
Akhirnya..pada tahun 1981, Umno Berjaya menjauhkan diri mereka dari feudalisma dan untuk pertama kalinya, mereka mendapat seorang Republikan sebagai pemimpin. Ia mengambil masa dua dekad untuk berlaku. Dan apabila Umno tidak lagi dikuasai oleh ‘orang istana’, mengapa perlu Mahathir mengambil Tengku razaleigh yang berdarah raja untuk dijadikan Timbalan? Jadi…Mahathir memilih Musa. Dan apabila Musa meletakkan jawatan, dia memilih Ghafar Baba..bukan Razaleigh.
Tetapi Ghafar datang dari generasi lama yang berpegang kepada tradisi lama. Dan apabila Krisis Perlembagaan meletus pada pertengahan 1980an, Mahathir mengarahkan Ghafar mengetuai penentangan terhadap Raja-Raja Melayu. Dan Ghafar melakukan beberapa perjumpaan di Istana Negara bersama Anwar Ibrahim untuk berbincang dengan Raja-Raja Melayu. Mesejnya cukup mudah. Sekiranya Raja-Raja Melayu menentang, maka rakyat akan bangun mendesak Raja-Raja Melayu dihapuskan dan Umno tidak akan mampu menyelamatkan Raja-Raja Melayu.
Raja-Raja Melayu masih berdegil. Oleh itu…Mahathir melancarkan kempen menghina raja keseluruh negara. Raja-raja Melayu dipersendakan. Malah orang-orang Umno sendiri mendesak supaya Raja-raja perlu diajar. Mahathir kemudiannya bertindak sebagai ‘pendamai’ dan menyelesaikan masalah diantara Melayu Umno dan Raja-Raja. Raja-Raja Melayu akhirnya tunduk..bahawa Umno merupakan Bos di Malaysia…bukannya Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu terpaksa menanggung malu dan mengaku kalah dan Mahathir menang.
Tetapi Krisis Perlembagaan pada masa itu menonjolkan Ghafar Baba sebagai seorang yang lemah. Terlau lembut. Dia merupakan Melayu lama yang berpegang kepada tradisi dan budaya. Dan salah satu daripada tradisi ini ialah Melayu tidak boleh derhaka kepada raja. Kalau bukan kerana Anwar, Ghafar tidak mungkin berani menghadapi Raja-Raja dan berkonfrontasi dengan mereka. Itu sebabnya Mahathir menghantar Anwar untuk bersama Ghafar ke Istana Negara. Sekiranya Ghafar gagal..maka Anwar mampu menyelamatkannya.
Dan itulah yang sebenarnya berlaku. Disatu ketika semasa perdebatan yang hangat dengan raja-Raja Melayu, Ghafar menanggalkan songkoknya dan meletakkannya diatas meja. Itu adalah perbuatan yang paling kurang ajar, tetapi Ghafar mungkin tidak menyedarinya. Ghafar tidak berniat untuk berlaku kurang ajar kepada raja-Raja …cuma merasa kecewa. Dan didalam kekecewaannya, dia menanggalkan songkoknya. Yamtuan Besar Negeri Sembilan juga menanggalkan songkoknya dan meletakkan diatas meja. Untuk menyatakan …sekiranya Ghafar boleh berlaku kurang ajar, dia juga boleh berbuat demikian.
Mahathir menyedari bahawa Ghafar masih tebal feudalismanya. Ini tidak dapat dielakkan, kerana Ghafar merupakan orang tua..tujuh bulan lebuh tua dari Mahathir. Orang Melayu tua tidak akan bersikap kurang ajar terhadap Raja. Mahathir mengambil keputusan bahawa Ghafar perlu berundur. Dia tidak mungkin menjadi seorang republikan.
Tetapi Anwar boleh. Oleh itu, Mahathir meminta Anwar menentang Ghafar. Dan Anwar bersetuju. Dan apabila Ghafar menyedari bahawa Mahathir mahukan dia berundur, dia berundur dan memberikan kemenangan percuma kepada Anwar. Anwar menjadi orang nombor dua tanpa tentangan.
Dikemuncak Gerakan Reformasi sekitar 2001, saya telah diminta untuk datang ke Istana dan ditanya mengapa saya begitu bodoh menyokong Anwar. Saya menjawab bahawa saya tidak menyokong Anwar seperti saya tidak menyokong Mahathir. Saya melakukan ini untuk Raja-Raja…kerana Mahathir merupakan anti-Raja dan akan menjadikan Malaysia sebagai republik sekiranya dia berkuasa.
Sultan menjawab bahawa Anwar juga tiada bezanya. Anwar merupakan pemain utama semasa Krisis Perlembagaan. Anwar…dan bukan Ghafar yang menyebabkan Raja-Raja Melayu sakit kepala. Ghafar tidak banyak bercakap sebaliknya Anwarlah yang bercakap dan yang perlu dihadapi oleh Raja-Raja. Raja-raja tidak mempercayaai Anwar dan tidak akan menerimanya sebagai Perdana Menteri.
Perjumpaan tersebut menyerlahkan apa yang bermain dikepala Raja-Raja Melayu. Anwar dianggap sebagai republikan…sama macam Mahathir. Dan siapa yang menang didalam persengketaan Mahathir-Anwar pada tahun 1998 tidak penting. Mereka menyedari..bahawa Anwar merupakan mangsa kekejaman Mahathir…dan mereka tidak mempercayaai tuduhan yang dibuat terhadap Anwar..terutamanya tuduhan liwat. Tetapi adalah baik sekiranya Mahathir berperang dengan Anwar…sekurangnya Raja-Raja merasa terselamat untuk beberapa tahun akan datang.
Dan itulah sebabnya mengapa Raja-Raja tidak membantu Anwar pada tahun 1998 apabila Mahathir menghumban Anwar kepenjara. Mereka menghargai Gerakan reformasi…sekurang-kurangnya dapat menyebabkan Mahathir sibuk dan akhirnya melemahkan Umno. Sekiranya Umno kuat…Raja-Raja akan lemah.Sebaliknya…sekiranya Umno lemah…Raja-Raja Melayu akan diperlukan kerana Umno boleh berlindung disebalik Raja-Raja Melayu untuk melindungi kejahatan mereka…seperti yang berlaku di Perak masa ini. Lagipun, apakah Raja-Raja sanggup menyebelahi Anwar dan menyebabkan Mahathir murka? Sekurang-kurangnya…dengan bersikap ‘berkecuali’ Anwar dan Mahathir akan terus berentap.
Berlainan dengan Najib! Memang benar Najib mempunyai banyak skandal. Tetapi begitu juga kaum kerabat Raja-Raja Melayu. Lagipun Raja-Raja pun manusia biasa juga…sama dengan Najib dan kebanyakan pemimpin Umno yang lain. Tetapi Najib orang Istana dan tidak mungkin dia akan menghapuskan kesultanan Melayu dan menjadikan Malaysia sebuah republik. Dengan Anwar..apa-apa pun boleh terjadi…seperti yang terjadi dalam Krisis Perlembagaan 1980an. Lebih baik syaitan seperti Najib daripada Anwar yang memungkinkan berakhirnya kuasa Raja-Raja Melayu.
Perlu diingat..Anwar merupakan pemain utama dalam Krisis Pelembagaan pada tahun 80an. Tetapi Najib tidak. Sebaliknya Najib sentiasa berhubung dengan istana sepanjang krisis tersebut. Najib menunjukkan keakrabannya terhadap Raja-Raja …bertentangan dengan Anwar.
Tidak hairan..mengapa Sultan Perak dilihat menyebelahi Umno..atau pun Najib..kerana Najib adalah dalang disebalik Krisis Perlembagaan Perak sekarang. Sesiapa pun boleh mengatakan Anwar diarah oleh Mahathir. Najib dan Ghafar juga begitu…tetapi mereka tidak menentang sekeras Anwar.
Sekiranya ada sesiapa yang mengatakan Anwar bukan anti-Raja, dan hanya mengikut arahan Mahathir..pertentangan Anwar dengan Sultan Kelantan membuktikannya. Anwar merupakan Menteri kewangan pada masa itu dan beliau mengarahkan Jabatan Kastam merampas kereta Lamborghini kepunyaan Sultan Kelantan atas alasan tidak membayar cukai. Sebenarnya..Sultan tidak perlu membayar cukai keatas tujuh buah kereta pertama yang diimpot sementara Raja Muda atau Tengku Mahkota mendapat tiga pelepasan cukai. Kesemuanya sepuluh kereta dan Sultan Kelantan belum lagi mencukupi kuota tersebut.
Sultan amat murka dan meminta pegawai istana pergi ke pejabat kastam dan mengambil kereta tersebut secara paksa. Pegawai istana mengambil kereta tersebut dihadapan pegawai kastam dan Jabatan Kastam dan Anwar menuduh Sultan mencuri kereta tersebut. Tidak lama kemudian, telah dibuktikan bahawa tindakan Sultan tersebut benar dan Anwar salah…dan kes tersebut didiamkan. Tetapi imej Sultan tercalar. Tindakan Anwar merupakan tindakannya sendiri dan bukan atas arahan Mahathir. Oleh itu tiada siapa yang boleh mengatakan bahawa Anwar hanya menurut perintah Mahathir.
Untuk memahami apa yang berlaku di Perak hari ini, seseorang itu perlu melihat apa yang berlaku 25 tahun lalu, apabila Anwar dan Ghafar melakukan beberapa kunjungan untuk berbincang dnegan Raja-Raja Melayu ketika Krisis Perlembagaan. Imej Raja-Raja tercalar dan Anwar merupakan orang yang terpaksa mereka hadapi…bukan Mahathir. Benar…Raja-Raja tahu bahawa Mahathirlah yang menjadi dalang tetapi Anwarlah yang bertegang urat dan bertekak dengan Raja-Raja Melayu…manakala Ghafar hanya duduk diam.
Benar..Raja-Raja pentingkan diri sendiri. Apa yang dilakukan.. adalah untuk survival mereka. Tapi bukankah ini reaksi semulajadi manusia? Bukankah tindakan untuk survival itu sifat semulajadi manusia? Dan ini lah yang dilakukan oleh Sultan Perak. Dia menyokong Najib..bukan Anwar. Dan dia memberikan kerajaan Perak kepada parti Najib dan bukan Anwar. Itulah tindakan yang akan dilakukan oleh sesiapa saja apabila keadaannya terancam.
Tetapi apakah keadaan sebaliknya akan berlaku di Perak? Bukankah apa yang dilakukan oleh Sultan Perak ini akan mempercepatkan lagi keruntuhan institusi Raja? Hanya masa akan menentukannya. Mungkin…apa yang berlaku diPerak akan menyebabkan orang bertanya..apakah relevannya institusi Raja. Mungkin …Tsunami kuasa rakyat akan mencabar kewibawaan Raja-Raja dan desakan untuk menghapuskan Raja-Raja akan memuncak. Ataupun..Najib akan dilihat sebagai penyelamat institusi raja…sekurang-kurangnya semasa hayatnya menjadi Perdana Menteri.
7 Mei 2009, boleh jadi…ataupun tidak..amat penting kepada Raja-Raja. 7 Mei 2009 akan menyaksikan sama ada Raja-Raja akan menjadi semakin kuat…atau semakin lemah. Kita akan tahu apabila 7 Mei menghampiri kita. Apakah rakyat akan turun beramai-ramai? Apakah mereka akan turun dalam jumlah yang ramai seperti apa yang dilihat pada hari Penamaan Calon di Bukit Gantang dulu? Apakah kita akan melihat ‘’storming the Bastille” pada 7 Mei 2009 ini?
Sudah pasti, Umno juga akan mengumpulkan penyokongnya yang ramai. Umno mungkin akan mengangkut penyokongnya dari seluruh Malaysia untuk meramaikan pengikutnya. Tidak dinafikan…Umno mempunyai sumber kewangan untuk membiayaai “perhimpunan agong” ini.Dengan wang..banyak perkara boleh dilakukan.
“Disebelah sana”..adalah penyokong Pakatan Rakyat..yang juga akan berada diIpoh pada 7 Mei 2009. Bukan kerana mereka dibayar…tetapi kerana mereka mahu berada disana. Penyokong Pakatan Rakyat tidak perlu dibayar untuk hadir. Mereka akan berada disana diatas kerelaan mereka…dan diatas perbelanjaan mereka.
Dijangkakan..polis akan mengeluarkan kenyataan. Rakyat akan diberi amaran supaya jangan datang ke Ipoh pada 7 May 2009. Polis akan mengisytiharkan bahawa perhimpunan di Ipoh adalah haram dan tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang berkumpul di Ipoh pada 7 Mei 2009.
Saya kurang yakin bahawa rakyat akan merasa takut. Dulu…rakyat mungkin boleh diugut dan ditakutkan supaya mereka tinggal dirumah. Rakyat akan berada disana. Kedua-dua pihak akan berada disana. Dan bagaimana pihak berkuasa mengawal keadaan..bergantung kepada apa yang berlaku selepas itu.
Dan jangan kata anda tidak diberi amaran.Kami memberi amaran bahawa setiap tindakan akan berlaku reaksi yang serupa atau bertentangan. Kekuatan akan dilawan dengan kekuatan. Dan keganasan akan menghasilkan keganasan. Dan tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menghalang kehendak rakyat terbanyak. Banyak negara didunia, termasuk negara jiran, telah menunjukkan buktinya. Kuasa rakyat akan menang akhirnya. Tiada pilihan lagi.
Jumpa di Ipoh pada 7 May 2009.
(Diadaptasi dari artikel asal “To Understand the Perak Constitutional Crisis”. Malaysia Today)
sumber MSK
2 comments:
salam Ummi...
Langkah terbaik jalan penyelesaiainnya serah saja pada rakyat iaitu bubarkan DUN, bukan Sultan. Kalu nak tahu kuasa siapa yang lebih kuat? Kedudukan Sultan juga akan goyah dek kerana kuasa rakyat.
tak salah ummi nak berangan. perak tak mungkin akan kebalai kepada PR walaupun DUN di bubar. PR dah mula merepek2 dgn isu yang tah apa2. Dgn tuduhan2, dgn fitnah2. Lagi satu di harap ummi nasihatkan lah pemimpin2 PR tu, jgn la import org luar masuk perak ni untuk timbulkan kekacauan. menyusahkan kami je di sini. Yang datang siap ada dari bangla la, indon la. bukan main lagi woooo parti PAS sekarang, INDON pun masuk PAS. hehe.
Anywayz ummi, saya pun tak saba nak tunggu 7hb nih. Kami semua akan turun padang jugak ummi, kami bukan kayu. sama-sama lah kita lihat apa yang terjadi nanti. Aku cuma doakan agar segala nya berjalan lancar dan tiada huru hara berlaku. sebab kalu berlaku huru hara kali ini, maka kita akan lihat macam mana marahnya org2 melayu sejati terhadap org2 melayu yg tak berapa melayu.
Semoga Perak Aman Sejahtera demi rakyat nya. Kembalikan lah keamanan di Perak sepertimana semasa Perak di perintah oleh Kerajaan BN sebelum ini. Bukakanlah pintu hati para pemimpin PR dan pengikutnya agar mereka dapat menerima kekalahan yang di tentukan ilahi. Aminnn.
Post a Comment