Followers

Tuesday, May 19, 2009

betul ke BN taknak bertanding ni...?? macam tak caya aje..


aro 2009 Mei 19 05:33

Betui ke ni takmo bertanding? Saya baru balik dari Penang tadi, Sabtu hari tu saya ada lalu depan Bangunan UMNO Permatang Pauh.. Fuh meriah sekali dengan bendera nya, banner sana sini, ceramah politik oleh ustaz .. (apa nama saya lupa, tk pemes sgt..haha) yang paling besh tengok banner TEKUN, untuk menarik orang wat pinjaman.. antara nya ada lah sorang kawan saya ni , kena laks pak dia ada wat sket projek kambing area Penanti tu, nak try apply, dia kata pe kt saya tu? " Kawan aku ada pernah buat TEKUN nye loan, dia bayaq sekali je installment, pastu sampai skang tk bayaq dah, tkde kacau punya.. time camnie sure senang dapat.." haha.. ape nak kata..? aku senyum je la.. Duit rakyat tu digunakan.. Entahlah.. Nie pun saya rasa ada nanti yang tawar diri gak bertanding last minute ni samada gunakan BEBAS, Zahid Hamidi pun kata depa kt sana dh bersiap sedia, ayat je tue kt media takut kalah ar tue.. hahaha.. no komen la.. wakakaka.. Lupa nak habaq, 'kuarters' untuk Polis dah siap di bina dah kt pekan BM satu, lagi satu kt ape ntah nama tempat tue, fuh.. mcm ada expo, meriah..





pelik kalau BN tak mahu bertanding...umpama mimpi dalam mimpi lak....bila terbaca aro punya komen pagi ini..hati ummi berkata2...adakah pengumuman yang dibuat PM 1 Malaysia ni 1 gimik saja..? mintak sapa2 kat sana check2..kalau sungguh bagai yang dilaporkan oleh aro...kita kena bersiap sedia...pasai depa ni bila kata 'taknak'..maknanya 'nak' la tu..ummi rasa dia nak tengok reaksi orang ramai dulu bila dia kata 'tak akan' bertanding..bila dah dekat penamaan calon nanti..dia akan berkata..atas desakkan ahli BN dan penyokong BN..maka BN terpaksa letakkan calon di Penanti..

kepada jentera PR..bersiap sedia tak kira siapa lawan kita..kepada semua penyokong dan pendokong PR..jangan mudah terpedaya dengan mulut manis BN..ikut naluriku...BN akan bertanding di Penanti...

wallahualam..
komen

2 comments:

Baginda Reformasi said...

MCA: WE ARE A SECULAR NATION news strait times JULY 19 2007- BIAQPILAH kate UMNO... hark...tui!

Anonymous said...

bukan taknk bertanding la kak umi..kalau bertanding asik kalah je...so dorg taknk malu lagi la..hihii..yela..duit hbis,janji hilang,yang dpt hanya malu..sbb asik2 kata kita dh pegang dah pegang pastu lepas pengumuman kalah..adoi malu je..hiihii

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil