Followers

Thursday, May 21, 2009

di sekitar Mahkamah Rayuan Putraja

hari ini merupakan hari paling penting buat rakyat Perak..bagi menentukan Perak punya MB yang boleh bertugas tanpa gangguan dari mana2 pihak...selama 3 bulan kebelakangan ini segala urusan yang membabitkan kerajaan negeri banyak yang tergendala akibat konflik di negeri ini..banyak urusan tertangguh..banyak urusan terhenti gara2 rampasan kuasa yang telah berlaku di Perak ini..Perak memang unik krisis ini membuat rakyat menjadi lebih matang dan cerdik menilai siapa pemimpin yang kami perlukan untuk kami...insyaAllah kalau diadakan pilihanraya tak kira RPK atau PRU...kami sudah bersedia untuk menghadapinya...

ummi sertakan rentetan situasi di mahkamah pagi tadi melalui laporan secara live dari TanKuda Blogspot..terima kasih atas usaha anda..


8:24 Ketika ini anggota polis masih belum kelihatan di sekitar kawasan Istana Kehakiman

8:59 Wakil Datuk Seri Mohammad Nizar bersama peguamnya sudah memasuki Mahkamah Rayuan bilik bicara 3.

9:07 Datuk Seri Nizar bersama isteri memasuki Mahkamah Rayuan bilik bicara 3

9:15 Peguam Negara memasuki bilik bicara 3 Mahkamah Rayuan

9:22 Penyokong Nizar hadir mengikuti perbicaraan. Keadaan terkawal ketika ini

9:24 Peguam Zambry memasuki Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan

9:31 Zambry masih tidak kelihatan

9:32 Perbicaraan nizar lwn zambry sudah bermula

10:00 Peguam Zambry sedang kemukakan hujah mereka

10:15 Kelihatan Dr Hatta bersama penyokong Nizar menunggu di luar Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan

10:17 Kedatangan penyokong Nizar semakin bertambah. Mereka berkumpul di lobi




Gambar DS Nizar masuk kamar Makamah Rayuan


10:34 Peguam BN masih berhujah


10:39 Suasana di lobi dan luar kawasan Istana Kehakiman tenang. Pihak polis menjalankan tugas mereka bagi mengawal keselamatan di sini



Gambar polis mengawal keadaan di sekitar lobi


Gambar Dr Hatta di perkarangan lobi makamah


Gambar penyokong DS Nizar menunggu di perkarangan kamar makamah


10:59 Kelihatan peguam Nizar, Sulaiman Abdullah keluar dari Bilik Bicara 3

11:10 Peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham kemukakan hujah berdasarkan 24 alasan rayuan

11:11 Galeri awam Mahkamah Rayuan penuh sesak sehingga sesetengahnya duduk di lantai.

11:11 Kelihatan Adun-Adun Pakatan Rakyat sedang berbincang sesuatu di lobi Istana Kehakiman

11:17 Peguam Zambry, Cecil, berhujah alasan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa Sultan Perak tidak mempunyai kuasa meminta Nizar kosongkan jawatan Menteri Besar adalah satu taksiran salah

11:30 Ketika ini ada dua kes dibicarakan di Mahkamah Rayuan. Difahamkan, ketika ini hakim hanya mendengar kes semakan Zambry mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi KL. Kes rayuan Nizar bagi mengenepikan rayuan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu masih belum didengar hakim Mahkamah Rayuan

11:45 Keputusan Mahkamah Rayuan belum dapat dipastikan sama ada hari ini atau ditangguhkan kerana peguam Zambry masih berhujah.

11:50 Mahkamah ketika ini berehat selama 15 minit

Kelihatan Exco Kanan Perak Yb Ngeh Koh Ham dan Exco Yb Sivanesan di perkarangan makamah


11:59 Nizar dan isteri menuju ke kafeteria Istana Kehakiman untuk menjamu selera ketika mahkamah ditangguhkan.

12:00 Selepas rehat, Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail akan kemukakan hujah

12:06 Terdapat ramai pemberita antarabangsa datang untuk membuat liputan disini


DS Nizar keluar untuk makan semasa makamah berehat selama 15 minit

12:25 Mahkamah sambung semula dengar rayuan Zambry dan Peguam Negara mulakan hujah sebagai pencelah.

12:50 Di luar Istana Kehakiman pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi tempatan membawa kain rentang yang mahukan pembubaran DUN

12:54 Peguam Negara berhujah Nizar hilang majoriti sokongan Adun di Dewan Undangan Negeri Perak kerana Pakatan Rakyat cuma ada sokongan 27 Adun berbanding BN dengan 28 Adun kerana Speaker tidak boleh mengundi.
Justeru, Nizar perlu letak jawatan Menteri Besar Perak apabila hilang majoriti kerana kumpulan minoriti tidak boleh tubuh kerajaan dan bercanggah dengan sistem demokrasi

12:55 Keadaan masih tenang di dalam dan luar Mahkamah. Penyokong masih berkeliaran di sekitar lobi Istana Kehakiman

12:58 Lim Kit Siang dilihat memasuki Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan

13:04 Peguam Negara tamat hujah dan mahkamah tangguh rehat hingga jam 2 petang

13:05 Mahkamah Rayuan menangguhkan perbicaraan dan akan disambung pada jam 2 petang nanti

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil