Followers

Thursday, May 21, 2009

dari Mahkamah Rayuan selepas rehat..

sambungan perbicaraan diMahkamah Rayuan ni ummi ambik dari laporan secara live oleh blog TanKuda..makanya kalau nak tahu yang terkini korang kena la rajin2 refresh untuk berita yang terkini...dak pon gi la jenguk ke blog TanKuda..

terima kasih banyak2 TanKuda..pic kuda hang cantik la pulak...

13:30 Kelihatan Nizar, dan isteri sedang berjalan memasuki Bilik Bicara 3 Mahkamah Rayuan walaupun perbicaraan dijangka bersambung jam 2 petang.

14:00 Zambry masih tidak kelihatan.

14:15 Mahkamah Rayuan menyambung perbicaraan, Peguam Nizar, Sulaiman, memulakan hujah.

14:20 Sulaiman berhujah bahawa mengikut Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk memecat Menteri Besar

14:36 Menurut satu sumber,Zamry kini berada di Teluk Intan

14:38 Sulaiman berhujah soal berapa bilangan kerusi DUN Perak yang dipegang BN tidak relevan dan apa yang penting adalah peruntukan yang dinyatakan Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Perak.

14:44 Peguam Negara yang menjadi pencela dan menjadi wakil UBN tidak kelihatan di kamar makamah

14:50 Penghujahan Peguam DS Nizar nampaknya lebih konsisten dan mempunyai fakta yang kukuh serta berlandaskan perlembagaan manakala hujah yang disampaikan oleh peguam Zamry hanya sekadar biasa(tidak relevan) dan merujuk kepada bilangan kerusi DUN Perak

14:58 Ketua Wanita PKR, Zuraida kelihatan memasuki Lobi Istana Kehakiman. Jumlah penyokong di luar kelihatan bertambah

15:05 Peguam DS Nizar masih lagi berhujah di kamar makamah

15:13 Penyokong DS Nizar di lihat semakin bertambah di perkarangan Makamah Rayuan,Putrajaya

15:39 Sulaiman masih membaca autoriti bagi kuatkan hujah untuk sangkal hujah Cecil dan Peguam Negara

15:52 Berikut adlah hujah-hujah Peguam Nizar,Sulaiman Abdullah

1) Sulaiman berhujah..sekiranya hujah Cecil dan Gani Patail diterima, Perdana Menteri boleh disingkir oleh YDP Agong kerana tidak mendapat sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen BN. "Sulaiman:" Sekiranya Sultan mempunyai kuasa untuk menyingkir, sekiranya ada, ia semestinya terletak dibawah Artikel 18...tapi tak ada! Tidak juga terdapat dimana-mana!"

2) Hanya satu sahaja cara untuk menyingkir Menteri Besar..iaitu dengan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri

3) Tidak timbul persoalan Nizar perlu menghantar surat perletakan jawatan kerana undi tidak percaya tidak pernah dibuat

4) Kami bukan menyanggah kuasa DYMM Sultan. Tapi adalah tidak masuk akal untuk mengatakan Nizar sudah hilang kepercayaan dan terus menyuruhnya meletakkan jawatan
15:56 Cuaca di luar Makamah mulai mendung.Saya harapkan agar hujan rahmat akan turun bagi PR

16:12 Penguam Sulaiman mengemukakan hujah-hujah berikut:-

Sulaiman meminta para hakim supaya tidak terpengaruh dengan keputusan penghakiman yang lepas-lepas

Sulaiman berhujah Nizar menghadap Sultan Perak untuk memohon pembubaran DUN mengikut peruntukan Perkara 36 (c) Undang-Undang Tubuh Perak, bukan mengikut Perkara 16 (6) seperti yang dihujahkan Cecil

Apa yang difikirkan oleh Tuanku semasa pertemuan tersebut tidak penting. Apa yang difikirkan oleh Nizar itu yang relevan

16:19 Sulaiman selesai berhujah.Peguam Ranjit Singh pula mula berhujah bagi menyokong hujah-hujah yang dikemukan oleh Sulaiman.

16:30 Ranjit sudah selesai. Sekarang Cecil Abraham membuat penggulungan. Diluar mahkamah..penyokong kedua-dua pihak mula bergerak kearah Bilik Bicara 3

16:37 Wartawan dan krew TV masih menunggu di luar Bilik Bicara 3 untuk mendapatkan komen sebaik sahaja pihak yang terbabit keluar dari bilik perbicaraan Mahkamah Rayuan ini

16:39 Peguam Zambry, Cecil sedang membuat hujah balas.

16:47 Cecil berhujah..terdapat lebih dari satu cara untuk menyingkir Menteri Besar dan tidak semestinya hanya melalui undi tidak percaya.

16:52 Tun Majid Tun Hamzah pula mengambil tempat berhujah bagi pihak Zamry

17:00 Mahkamah Rayuan akan buat keputusan rayuan Zambry untuk ketepi keputusan Mahkamah Tinggi KL isytihar Nizar MB Perak yang sah pada 3.30 petang esok.

17:46 Nizar baru selesai mengadakan sidang akhbar di luar mahkamah. Antaranya beliau yakin keputusan hakim esok akan berpihak kepadanya


DS Nizar dan isteri dari Kompleks Kehakiman Putrajaya selepas Mahkamah Rayuan tangguhkan keputusan

18:51 Kami akan menyambung LIVE dari Putrajaya esok.Saya merayu anda semua supaya memohon kepada Allah agar DS Nizar menang kes ini

Aminn..


rajin2 la korang reload page ni ye...!!

No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil