Followers

Tuesday, May 19, 2009

DS Zambry BUKAN Menteri Besar Perak..

Menurut laporan penghakiman setebal 78 mukasurat yang dikeluarkan media semalam kita sudah diperjelaskan bahawa Zambry tiada hak ke atas jawatan Menteri Besar Perak..walaupun mahkamah rayuan menangguhkan keputusan mahkamah tinggi..sebenarnya sudah terang bahawa Zambry bukan Menteri Besar Perak..maka perlantikkan yang dibuat ke atas Zambry tidak bermakna apa2..kerana perlantikkan hanya memenuhi kehendak BN untuk memerintah Perak..hakikatnya DS Nizar masih Menteri Besar yang SAH...!!

KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (Menteri Besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.

Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim bila beliau mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei

Dalam penghakiman 78 muka yang dikeluarkan kepada media semalam, Abdul Aziz berkata sebaik saja Menteri Besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiada siapa lain.

Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.

Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap Menteri Besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.

"Saya berpendapat bahawa pemecatan Menteri Besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," kata beliau.

Beliau berkata fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali Menteri Besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat Menteri Besar.

Abdul Aziz berkata Sultan Perak telah menemui dan menginterbiu tiga anggota dewan negeri yang menjadi anggota bebas dan seorang lagi anggota dewan yang sebelumnya keluar dari Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian menyertai semula parti itu dan mereka memberitahu Sultan tentang sokongan mereka kepada BN secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, walaupun menerusi pertanyaan Sultan, Baginda berpendapat Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendapat sokongan majoriti anggota DUN, ini tidak bermakna Baginda boleh membuat keputusan bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti dewan berkenaan.

Beliau berkata pendapat peribadi atau keputusan Sultan tidak relevan kepada maksud Artikel 16 (6) yang memperuntukkan bahawa "jika Menteri Besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan, maka, kecuali atas permintaannya, Baginda membubarkan dewan, beliau dikehendaki mengemukakan peletakan jawatan majlis eksekutif".

Abdul Aziz mendengar prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh Mohammad Nizar, 52, memohon writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk memberi sebab atas asas apa atau kuasa apa beliau adalah menteri besar yang sah.

Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.

Mohammad Nizar, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam plihan raya umum ke 12.

Kedua-dua pihak, bagaimanapun, mempunyai 28 kerusi masing-masing, selepas tiga anggota dewan dari pakatan itu keluar parti untuk menjadi anggota bebas dan yang keempat melompat semula dari PKR kepada Umno.

Sultan kemudian meminta Mohammad Nizar meletak jawatan menteri besar dan Zambry mengangkat sumpah selepas mengisytiharkan bahawa Barisan Nasional mempunyai majoriti di dewan undangan negeri.

Mahkamah Rayuan, pada 12 Mei, membenarkan perintah penangguhan keputusan itu kepada Zambry dan menetapkan Khamis ini untuk mendengar bersama permohonan Mohammad Nizar mengetepikan perintah penangguhan.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga berkata beliau tidak meragui bahawa Sultan mempunyai budi bicara mutlak berhubung pelantikan Menteri Besar dan tidak memperkenan permintaan bagi pembubaran DUN.

"Saya tidak pernah meragui tentang pelaksanaan prerogatif diraja untuk melantik seorang Menteri Besar mengikut Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak semata-mata berdasarkan pendapat peribadi Baginda.

"Dan bahawa Baginda boleh memilih apa carapun bagi memuaskan hati dan membuat keputusan sewajarnya tentang siapa yang mendapat keyakinan majoriti DUN hingga beliau boleh dilantik sebagai menteri besar untuk memimpin majlis eksekutif," katanya.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata perkara yang sama tidak boleh dilakukan berhubung Artikel 16 (6) dalam memutuskan sama ada Menteri Besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan. Mstar.
komen

7 comments:

LanaBulu said...

Bila yang buta mata hati memperbaiki undang2..maka hasilny adalah kemusnahan kepada ketelusan undng2 tu sendiri.

GOMO said...

SALAM UMMI...
MB ZAMBRY MERUPAKAN LANTIKAN SULTAN. APA SULTAN SILAP DALAM MELANTIK MB ZAMBRY???

BAGAIMANA DENGAN NIZAR???
SIAPA YANG MELANTIK NIZAR???

ZAMBRY DILANTIK SETELAH NIZAR HILANG KEPERCAYAAN ADUN. DAN SULTAN SETELAH BERPUAS HATI MAKA BERHAK MELANTIK ZAMBRY ATAS KUASA YANG TELAH DIBERIKAN BAGINDA.

MENGAPA NIZAR TIDAK RELA AKAN KEPUTUSAN SULTAN SETELAH MELANTIK ZAMBRY SEBAGAI MB???
DAN MENGAPA PULA BARISAN NASIONAL TIDAK MEMPERTIKAI NIZAR DI LANTIK MENJADI MB SELEPAS PRU KE 12???

ADAKAH NIZAR DI PILIH MELALUI SIDANG DUN SEBAGAI MENTERI BESAR???

UMNO 27 KERUSI

UMNO SELAYAKNYA BERHAK MENDAPAT JAWATAN MENTERI BESAR. NAMUN UMNO TIDAK MEMBANTAH SAMA SEKALI KEPUTUSAN SULTAN.

NIZAR PERNAH BERKATA....
REDO DENGAN KEKALAHAN ATAUPUN KEMENANGAN YANG KITA HADAPI. NAMUN HAKIKATNYA???

CUBAAN MENYERANG ISLAM DI TANAH MELAYU INI http://www.gomounited.com/2009/05/mmonoharamjadah-cubaanya-menyerang.html

Naruto sensei said...

Salam..?

Sila lawat

http://bagindareformasi.blogspot.com/

Ada cerita best saya di sana nak copy dan siarkan pun diizinkan..

Wassalam

Naruto sensei said...

GOMO..!


mananya..Majoriti UMNO..?, 3 ADUN masih dalam kes mahkamah..!

27 kerusi UMNO simple majoriti GOV pun tak boleh tubuh la.. fakta mana anda follow ni..?

Zambry and the geng masih dalam penggantungan oleh speaker yang sah..konsep pemisahan kuasa mahkamah dengan Executive pun tarak tahu ke..?

UMNO bikin undang2 tapi dia sendiri jahil undang2 sampai suruh lawyer dia belajar kat oversea..aparaa..!


Tak payah la nak meracuni pemikiran orang, HINDRAF tu marah dengan UMNO dan BN sahaja ..

Korang MelayuUMNO yang cari pasal korang jawab lah sendiri...

Dah robohkan kuil ,lepas tu tangkap mana hindraf tu tak marah.. lagi pun dia marah kat UMNO saja bukan marah pada melayu Islam jangan nak jadi batu apilah ..orang tak tahu cerita bolehlah anda menipu...

Tak sudah2 menyebar fitnah...

Apa2pun

PR cool bertanding...ha ha ha

Baginda Reformasi said...

GOMO nih sengal..... aku ingat kalau BINI die belum cerai maka boleh carik LAKI lain? maka dah tak boleh pecat MB NIZAR cane boleh lantik MB MAMAK pulak? mudah saje.... ini ade muslihat adari PM.... kan ke sehari sebelum SULTAN tabal MB baru BAKAL PM (masa tu) ada jumpe.... harktui la MAMAK BESAR PEGHAK

Baginda Reformasi said...

1990-1995 (GERAKAN MENJADI TUNJANG UMNO)
Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi 7 kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi. KM PULAU PINANG siapa ye? (selanjutnya link dibawah)

http://bagindareformasi.blogspot.com/

info said...

terkini dari mahkamah rayuan layari :
http://tankuda.blogspot.com/2009/05/live-dari-makamah-rayuan-putrajaya-ds.html

dari mane..


translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil