Followers

Sunday, October 04, 2009

Bagan Pinang penuh warna warni..

Penamaan calon sudah selesai sekarang dalam tempoh berkempen..bahasa lainnya masa untuk promote produk..dah tentu masing2 akan menyatakan produk keluaran mereka baik2 belaka..indah2 belaka..berguna dan paling ngetop di pasaran..

ummi tak dapat bersama menikmati kemeriahan penamaan calon di Bagan Pinang kerana urusan keluarga..maklumlah bila musim peperiksaan dekat ni..semua sekolah menganjurkan majlis bacaan Yassin untuk pelajar2 yang bakal menduduki peperiksaan penting..maka ummi terpaksa mendahului anak2..di kesempatan ini ummi nak menyeru semua pembaca mendoakan anak2 kita yang akan menduduki peperiksaan PMR pada hari Rabu ini 7hb Okt 2009 dan SPM pada bulan November nanti...semoga dapat menjawab soalan dengan tenang dan berjaya...

berbalik cerita penamaan calon Bagan Pinang..ummi di Perak ni hanya dapat melihat dari gambar2 yang banyak di blog2 ...memang meriah..dan ummi rasa penamaan calon kali ini menampakkan penyokong dari BN lebih banyak sikit dari penamaan calon di PRK2 yang lepas..syabas BN kerana dapat menggamit ramai penyokongnya untuk mengiringi calon mereka walaupun kita boleh lihat kebanyakkannya adalah budak2 yang di awal remaja..yang mungkin belum boleh mengundi lagi..





betapa berbezanya akhlak pemuda BN dan pemuda PR..



Penamaan calon Bagan Pinang seperti juga penamaan calon yang sebelum2 ini..acara baling botol..tunjuk bontot..kata mengata dah jadi biasa...tapi yang paling menarik di Bagan Pinang adalah isu pukul memukul..cerita yang ini ummi nak buat satu entry yang khusus..kerana seronok nak diulas..kerana kita lihat sekarang calon yang nak bertanding, Isa Samad sudah ditenggelami oleh mangsa pukul ini..si Azeez..sapa si Azeez ni..??

sedikit ehsan dari sahabat dari Seremban En.Garfu Besi ...warna warni penamaan calon N31 Bagan Pinang...








No comments:

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil