'Seks & duit': 2 exco Perak dicekup BPR |
Aug 20, 08 12:19pm |
Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan enam orang, termasuk dua exco kerajaan Perak, kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak. Selain dua exco kerajaan negeri itu, yang lainnya ialah seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan dua orang peniaga. Sementara itu, mereka dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh pagi ini untuk ditahan reman. berita lanjut di sini-->malaysiakini |
Adakah ianya salah satu perangkap atau merupakan agenda BN untuk menawan PERAK..??
apa2 pun kita serahkan kepada BPR dan kita mengharap BPR telus dalam siasatannya....
kepada kerajaan PERAK dan Pakatan Rakyat jangan terlalu rasa selesa dengan apa yg dah dipegang...berusahalah untuk pertahankan kerajaan Pakatan Rakyat untuk kesejahteraan rakyat PERAK..
PERAK diibaratkan sebagai anak2 kambing..dan BN seperti serigala yg kelaparan..kerajaanPakatan Rakyat ibarat pengembala yg harus sentiasa bersiap sedia menghadapi serangan serigala yang berada di setiap arah..mereka2 sedang menunggu kealpaan si pengembala...
wallahualam
No comments:
Post a Comment