Followers

Sunday, August 17, 2008

selesai sudah..

assalamualaikum.gif salam picture by elorange_360

Alhamdulillah selasai sudah Muktamar Tahunan Pas kali ke 54..

banyak sungguh pengalaman dan kenangan yg dah ummi tempuh muktamar kali ini dan sempat jugak ummi lari ke Permatang Pauh bersama2 dengan warga Pakatan Rakyat di penamaan calon DSAI..dan semasa di Permatang Pauh ummi juga berkesempatan beremu dengan rakan2 blogger seperti Mat Saman Kati,matcomot,perisik rakyat,zulfikar,cikgu bard,hijat penang, acidburn, aris,zorro and the gang walaupun ummi tak kenai sape2 tapi tau la mereka2 ini...tapi memang best,ummi pergi bersama syaomel85..

ummi dengan sya bertolak dari Ipoh jam 4 pagi..dan suasana memang meriah,memang kalahlah sure hebohhh anjuran tv3..dari start berarak..'berbalas pantun' dengan geng BN sehinggalah kes gado2 selepas penamaan calon...pertama kali ummi tengok suasana begitu kerana berlaku betol2 di depan mata...tapi kesimpulan salah itu datang dari pihak mereka yg kena pukul..boleh dikatakan bila kita menjolok sarang tebuan tentu tebuan takkan duk diam dalam sarangkan..so sendiri mau ingat la beb...

bermula pada hari rabu 13hb Ogos 2008 hingga lah 17hb Ogos 2008..ummi meninggalkan rumah dan keluarga tapi dengan izin suami la...memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah so anak2 tolong ambik alih tugas ummi dorang ni tolong uruskan hal rumah..terima kasih kepada suami dan anak2 ummi kerana memahami dan merestui dengan apa yg ummi buat selama ni..jasa dan pengertian kalian akan ummi jadikan sebagai penguat semangat ummi untuk teruskan perjuangan walaupun tak sebesar mana tetapi ummi rasa akan kemanisan perjuangan tu...

InsyaAllah nanti ummi masukkan gambar2 sekitar muktmar dan penamaan calon..




sekitar Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke -48 dan Muktamar Tahunan PAS kali ke-54





5 comments:

Hijat Panjang... said...

salam kak..apa yang selesai sudah tu?? penamaan calon, blogger's gathering atau muktamar dewan muslimat? Hehehehe...camne pun ok dgn perjumpaan kelmarin..posting hal kelmarin boleh ler kak jengok2 kat blog zul ibrahim a.k.a aloha2, http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com
Jgn lupa nak masukkan blog saya dlm link blog akak...saya dah masokkan dlm blog saya..k,salam perjuangan..salam reformasi!!

aloha2 said...

amboi2 hang ijat..aku saja malas tanak promote nama aku...hang baik punya pi pecah lobang...hehehe...akak ummi bukan tahu nama aku...dia letak nama zulfikar...hehehe

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam

Ijat,

yg dah selesai semua yg Ijat sebut..berkempen dan membuang undi je belum sudah...
pasal gath tu..yg ni kira first time kan..so ummi kena control ayu gitu..hahaha kalau ada rezeki lagi jgn lupa gitau ummi k..

Zul,

Jgn risau ekk..ummi janji takkan bgtahu orang yg Zul Ibrahim tu bukan Zulfikar...kalau Ijat tak kasi tau pun ummi tau la...hehehe

Zulfikar tu yg lagi sorang tu kan..yg itam manis tu kan..

tapi yg penting gath aritu memang best..sungguhpun time tu lapaq giler..tapi takleh nak masuk pasai tetiba aje kenyang..hahaha

salam perjuangan utk semua

aloha2 said...

ummi....

hehehe...ooo...time tuh lapaq tapi control...hehehe...nasib baik la sempat kirim mee udang matcomot bawa balik...hehehe

yang pastinya jejaka si hitam manis tuh adalah zulfadzli hehehe...xpa,nanti kita minta dia tukar nama...hehe

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

zul,

la ye ke...dah silap pandang la ni...gabra punya pasai 'fadzli' tukar jadi 'fikar' hehehe

tapi tang mee udang tu ummi kempunan sikit la..pasai terlalu sedap sampai ummi pun tak merasa..nanti nak mntak matcomot blanjer lagi.hehe

translator..

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
by : BTF

Fakta Perak

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
    5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
  • Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vincent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
  • Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
  • Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
    Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Perberbelanjaan Pilhanraya Kecil