Teringat masa kecik2 dulu..bila kita buat sesuatu perkara yg salah, bila mak kita dapat tangkap mati2 kita nafikan..selalunya dulu kalau ummi la kan..orang lain ummi tak tau la..ummi ni anak pompuan yg tua kira akak la..biasanya yg tua ni kena la jaga adik2..kadang tu geram punya pasal tak dapat keluar pergi main, kita cubit la adik kita biar dia nangis pastu mak akan ambik adik..
mak akan tanya ''kenapa adik nangis..?'' kita akan jawab ''ntah..akak tak cubit pun..''
perasan tak bila anak2 kita buat salah bukan susah nak tau apa yg dorang dah buat..dorang sendiri akan bagitahu walaupun dalam cara tak sengaja..
camtu jugak la dengan kes Datuk Najib ni..dia nafikan pembentangan Rang Undang-Undang Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Parlimen ada kaitan dengan pilihanraya..pada hakikatnya memang tu la niatnya..
kalau dah lama akta ni disediakan kenapa nak dibentangkan time la ni..tunggu2 la lepas pilihanraya ..kalau betol2 tak ada kaitan dengan pilihan raya dan tak ada konspirasi politik la..
tak payah nak nafi2 la Datuk...dah terang lagi nak suluh2 ke..
"
BUKIT MERTAJAM, 18 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini membidas pembangkang yang mengaitkan pembentangan Rang Undang-Undang Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Parlimen mempunyai kaitan dengan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Beliau turut menafikan dakwaan mereka bahawa akta itu mempunyai konspirasi politik."Apa-apa yang kita buatpun dia (pembangkang) dakwa ada kaitan dengan pilihan raya dan ada konspirasi politik itu.
Itu adalah perkara biasa tetapi sebenarnya akta ini dah lama disediakan cuma belum dibentangkan," katanya kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Sama Gagah, di sini.Rang Undang-undang DNA itu dibentang untuk bacaan kali pertama hari ini dan dijangka diluluskan pada sesi Parlimen yang sedang berlangsung sekarang.
baca selanjutnya di sini --> BERNAMAKUALA LUMPUR: Akta DNA 2008 yang akan mewajibkan penjenayah memberi sampel DNA kepada pihak berkuasa, dijangka dibentang dan diluluskan dalam sesi Parlimen kali ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata akta yang sudah lama ditunggu itu bagaimanapun bukan dibuat bermotifkan politik, sebaliknya penting bagi memudahkan tuga polis menyelesaikan kes jenayah pada masa depan
"Akta ini tiada kaitan dengan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya."
1 comment:
PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menafikan dakwaan wujudnya konspirasi politik berikutan penahanan dua Exco Kerajaan Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung dakwaan rasuah.
"Kita tidak mempolitikkan setiap tangkapan yang dibuat...sesiapa saja yang disyaki terbabit dalam perbuatan rasuah, BPR akan mengambil tindakan.
"Rasuah tetap rasuah...siapa yang dikesan terbabit dalam perbuatan berkenaan kita ambil tindakan dan ini tidak mempunyai kaitan langsung dengan politik.
hampeh la dia nih..mana isu rasuah linggam x abis2 lapor kes rafidah tak jd apa pun ptuih laaa
Post a Comment